Wednesday, January 21, 2015

Buat Baik Berpada-Pada

Akhir-akhir ini selalu makan luar. Sebab incek papa asyik kena stayback dan aku balik dulu jemput anak-anak riang di taska dan tadika dan lepas maghrib keluar lagi jemput incek papa pula di pejabat. Masak? Memang taklah kalau dah ada tiga budak nak disiapkan sebelum maghrib - nak servis, nak susu, nak gaduh. Belum kira nak kena kemaskan baju-baju kotor, botol susu dan bekas-bekas bekal dari taska dan tadika. Tambah pula yang berstatus bayi itu asyik nak melekap je. Hmm, tapi seronok juga. Kecoh-kecoh layan bebudak. Baru tiga pun kecoh. Kalau enam? Eheh..

Tapi itu bukan cerita pokok.

Ceritanya pasal bila makan kat luar terutamanya kat warung-warung tom yam macam biasa akan ada anak-anak datang minta sedekah, jual ayat seribu dinar, jual 4 qul, jual yasin, awek-awek minta derma palestin, syria, adik-adik yang minta derma untuk sekolah yang tak tau betul wujud ke tidak, dan yang sewaktu dengannya.

Maaf, bukan aku nak menghasut kau, kau , dan kau supaya jangan menderma. Cuma aku sebagai seorang yang skeptik nak berkongsi cara yang lebih baik untuk berbuat baik.

Pertama, anak-anak yang datang minta sedekah dan buat muka kesian. Biasanya mereka bergerak secara berkumpulan walaupun yang datang approach cuma seorang sebab ahli yang lain akan approach orang lain. Ramai yang tau diorang cuma alat untuk orang lain. Nak bagi, nanti akan menyuburkan aktiviti mengeksploitasi kanak-kanak, tak dibagi, kesian juga takut nanti kanak-kanak tersebut pulang tanpa hasil mungkin kena balun dengan bos diorang.

Jadi apa kata daripada bagi diorang duit, cuba belanja diorang makan. Dan lepas tu (bila-bila senanglah..) sila laporkan pada mana-mana badan macam jabatan kebajikan ke untuk bertindak menyelamatkan anak-anak itu dari terus dieksploitasi.

Kedua, untuk mereka yang datang minta derma untuk Palestin ke, Syria ke, sekolah ke, dengan senyum manis, tanya khabar, dari mana (maksudnya dari group mana yang minta derma tu), lepas tu minta no. akaun bank. Begitu lebih selamat. Menderma melalui bank in online setidak-tidaknya kita tahu kepada siapa kita bersedekah, saluran betul ke tidak, dan sempat lah google dulu aktiviti persatuan diorang, status persatuan dan sebagainya. Mana tau bagi buta-buta rupanya persatuan penyokong militan. Tak pasal-pasal kita menyumbang aktiviti keganasan.

Dan satu hari aku didatangi seorang awek yang minta derma untuk Palestin atas nama sebuah yayasan. Aku tak derma. Aku minta no. akaun. Dia tunjuk kad sukarelawan. Aku tanya lagi no. akaun bank ada tak. Dia cakap boleh tengok facebook yayasan. Jadi aku cuba memahamkan dia yang aku bukan penderma duit masuk tabung tapi aku lebih suka cara online. Dia berlalu.

Semalam aku google nama yayasan tu. Maka terjumpalah laporan itu dan ini, perkaitan di situ dan di sini, laporan akhbar itu dan ini, dapat tahu siapa pengasas, latar belakang dan kaitannya dengan ajaran sesat, modus operandi diorang, eksploitasi kanak-kanak dan remaja sebagai sukarelawan, dan akhirnya membawa ke laman sesawang ini. Bila dah keluar fatwa sudah terang lagi bersuluhlah.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-mengenai-pengharaman-ajaran-azhar-bin-wahab-pengasas-al-mansur-holding-sdn-bhd

Menderma membuta tuli tanpa tahu kepada siapa yang kita derma bukan saja menyuburkan aktiviti sebegini (baca: mengemis) tapi juga membahayakan akidah. Tak sangka kan.

Itulah, buat baik berpada-pada. Buat jahat jangan sekali.

2 comments:

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Aku pun dilanda dilema macam awak juga.
Dan aku ada satu cerita...nnt la aku tulis.

cinta said... [Balasan]

@Nizam.Ariff

aku tunggu cerita awak