Ada satu keluarga, mak, ayah, abang long 12 tahun, abg ngah 10 tahun, kak cik 7 tahun, Uteh 3 tahun. Busu 5 bulan.
Dan pada satu hari...
Mak: Angah dah solat belum? zohor dah nak habis waktu.
Abang Ngah: Jap la mak, sikit lagi ni.
Mak: Ala, game tu kan boleh pause dulu.
Abang Ngah: Ah, mak apa tahu.
Mak: Solat sekarang atau mak buang game tu.
Abang Ngah: (buat dek.. )
Mak: (piaaap.. rotan hinggap atas tangan yang tengah pegang konsol).
Abang Ngah: (bangun, muka cam cuka) Ahhh...
***
Petang si Abang Ngah lepak dengan geng dan bercerita pasal dia kena rotan.
Dan salah sorang ahli geng 'prihatin' dan bagitau mak dia. Dan mak dia pulak macam bagus bercerita kat orang lain dan membandingkan dengan diri sniri yang tak pernah rotan anak. Akhirnya sampai ke pihak XXX.
Satu hari si mak abang ngah itu ditahan, dibicara, dan dijatuhkan hukuman penjara sebab merotan anak.
***
Dan tinggallah semua lima beradik di bawah jagaan orang lain yang tak tahu anak-anak itu apa makannya, macamana minumnya, apa pantangnya, apa allerginya, berapa banyak nak dibancuh susu si Uteh dan Busu, berapa kali nak disusu, tak tahu mana ubat-ubatnya, tak reti nak bersegera basuh berak dan tukar lampinnya, tak tahu mandinya ada pantang sabun apa, tak reti lepas mandi si Uteh yang ekzema itu mesti disapu pelembap seluruh badan sebab tak tahu menahu pun Uteh itu ada ekzema, tak tahu Busu itu tidurnya mesti didodoi lagu apa, tak reti si Kak Cik itu tidurnya nak dicium dulu, tak tau Uteh itu macammana nak dipujuk tangisnya, tak reti jiwa Abang Ngah itu macammana nak disejukkan panasnya.
Dan sepanjang tempoh si emak dipenjara anak-anak itu ke sekolah tanpa ciuman maknya, tanpa bekal yang selalu disiapkan maknya, berstokin busuk sebab tukang kutip stokin dalam kasut dah kena jel, baju berkedut tak bergosok, kerja sekolah tak terbuat sebab takde tukang check beg sekolah.
Dan si ayah pula tertekan dengan seisi rumah tak terurus sebab tukang masak dah kena jel. Tukang sapu dah kena jel. Tukang cuci tandas dah kena jel. Tukang cuci pinggan dah kena jel. Jururawat dah kena jel. Tokey dobi dah kena jel. Radio buruk dah kena jel. Kaunselor dah kena jel. Kawan gaduh dah kena jel. Babysitter dah kena jel. Cikgu Iqra dah kena jel. Cikgu ABC, 123, cikgu muzik, ustazah, cikgu bahasa Inggeris dah kena jel. Tukang buang sampah dah kena jel. Stock purchaser dah kena jel. Si ayah nak buat semua tu? Kirim salam.
Bila mak takde depan mata ragam anak-anak jadi pelik. Yang merajuk rajuknya lama. Yang menangis tangisnya panjang. Yang bergaduh boleh bertumbuk. Bila ragam anak-anak jadi pelik, ragam ayahnya akan jadi lebih pelik. Lalu berlaku tengking menengking dalam setiap kata. Tengking je lah sebab kalau rotan nanti kena jel. Anak-anak yang asyik kena tengking, kena marah, tambah lagi tekanan perasaan, tekanan jiwa rindu maknya, agak-agak apa boleh jadi kat anak-anak ? Macam-macam.
***
Itulah, apa orang buat semua kita nak ikut. Membuta tuli. Si Luncai nak terjun? Biarkan.. Yang kita nak terjun sama apa hell?
Nak buat undang-undang sila selak Quran dulu.
Jangan gomar momandai-mandai.
Ai. Adoi ai...
Disclaimer: Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Namun realitinya akan terjadi sekiranya undang-undang penjara untuk rotan dilaksanakan.
0 comments:
Post a Comment