Wednesday, January 28, 2015

Sotong Kurita Jadian

Minggu lepas buat pertama kalinya setelah ber-anak tiga aku berjaya buat semua perkara ini dalam masa lebih kurang satu jam tiga puluh minit - masak nasi, defrost dan goreng ayam, buat ikan tamban goreng cili, breastfeed baby, servis tiga bontot termasuk bontot cumel paling kecik yang poo, solat Maghrib, berleter lebih kurang (heee), nyanyi dua tiga kerat lagu pelik-pelik dan suap dua kanak-kanak riang makan malam.

Dan ye, botol susu dan segala bekas bekal dari pejabat, tadika dan taska sempat dibersihkan mengikut piawaian, sinki dan dapur juga clear dari sebarang pinggan mangkuk ayun kotor kecuali kuali goreng ayam aku biarkan atas dapur sebab minyak masih panas. Oh ye, juga sempat load mesin basuh dan arahkan dia cuci dan mesti siap sebelum aku balik nanti. Heh.

Lepas tu macam biasa lepas tu keluar (dengan 3 orang budak yang dua mulut takretidiamasyiknakberbunyikjek) jemput incek papa di pejabat. Dan sampai pejabat setengah jam lebih awal. Woa... Sila kagum. Haha. Riak pulak, Tak sedar diri semua tu Allah yang permudahkan. Tak sedar kot Allah takdirkan si kecit tu nak melekap dua jam baru padan muka aku. Kot Allah takdirkan itu ini serba tak menjadi baru aku tau. Ok, ok, aku sedar diri. Tak nak riak lagi dah. Uhuk. Alhamdulillah sebab semua Dia permudahkan termasuklah jalan tak jam.

Tapi kisahnya apesal aku beria sangat nak masak dalam masa yang suntuk dan penuh dengan kerja-kerja lain yang tak boleh ditangguh? Sedangkan ada option lain - makan luar.

Sebab bila makan luar kanak-kanak riang ria itu sedap aje mengorder sirap bandung atau milo ais. Amboi, kecik-kecik dah pandai order ais memalam. Bila makan luar tak boleh nak makan dengan gaya bebas. Bila makan luar si leng lui asyik order telur dadar je. Favaourite dia. Baik lah aku buat sniri ye dak. Lagi bila makan luar aku rasa suasana macam kurang aman sebab dua kanak-kanak riang itu suka cakap dan nyanyi kuat-kuat di meja makan. Lagi si leng chai itu suka bereksperimen dan buat aksi-aksi akrobatitakbertempat. Dan paling penting bila makan luar bil paling tak pun dah boleh buat beli dua ekor ayam. Tak economic betul. Jadi baiklah aku masak walaupun gayanya aku rasa macam sotong kurita yang banyak tangan.

Tapi itu kalau incek papa balik pukul sembilan malam sempatlah aku buat tu sume.. Kot dia balik kol 8 tak dapek den nolong tu dowh.. Makan la kek kodai mamak ko kek kodai tom yam ko.

4 comments:

julie shahril said... [Balasan]

hebatnya 1 jam 30 minit dah setel smua perkara. sotong kurita tgk pon nangesss.

cinta said... [Balasan]

@julie shahril

er, tertakluk kepada terma dan syarat. kebetulan si kecik tu baik pulak hari tu boleh lepak dalam bb cot. cuma kena pekakkan telinga jgk dgr bebudak gaduh. kot masuk campur sume tak jalan. heee..

SuzieLAWAti said... [Balasan]

saya kagum.. awak memang hebat...!! (sila baca macam spongeBobSquarePan cakap) ..

tapi memang gagah perkasa.... tabik...!!!

cinta said... [Balasan]

@SuzieLAWAti

terima kasih kawan(sila baca mcm patrick kwn spongebob)

tapi kan, sbenarnya itu langkah berjimat belanja dapur. keh3..