Tuesday, January 27, 2015

Cerita Leng Lui Dari Taska (Tahun Lepas daa..)

Tahun lepas. Satu hari dalam kereta lepas balik jemput anak-anak si leng lui itu tiba-tiba buat muka.

leng lui: mama, tadi kak long marah cikgu.

mama; kenapa? tak baik marah cikgu bla bla bla (biasa la mak mulut leter)

leng lui: kak long nak peluk cikgu tapi cikgu marah tak nak peluk.

mama: kah kah kah..

Heheh.. Mana tak marah. orang tengah sibuk itu ini, uruskan baby bagai, tetiba datang peluk cium. Tak ke tokojut cikgu tu.

Lepas tu mama ajar camana nak peluk cikgu, nak cium cikgu, mesti mintak izin. Bukan macam peluk cium mama. Main redah je.

Sekarang bila leng lui dah ke tadika, aku dapat detect cikgu tu rindukan budak bulat yang suka peluk dia. Kadang-kadang masa jemput budak kecik comel tu cikgu tu tanya pasal si leng lui. Pasal leng chai. Tanya diorang sekolah kat mana, balik pukul berapa.

Jadi sesekali jemput leng lui dan leng chai dulu baru gi jemput si kecik comel tu. Bagi can cikgu-cikgu lama lepas rindu. Hee.. Sebenarnya mamanya pun rindu nak tengok gelagat bebudak tu dengan cikgu-cikgu lama.

Tapi taska itu dah nak tutup. Sebab pemilik banglo itu baru meninggal dan banglo itu jadi pusaka yang akan diserahkan kepada yang berhak.

Tersedih pula aku. Sebab dah tersuka dengan taska tu. Tapi ye lah, the time is ticking.

Yang lepas biarlah jadi kenangan yang indah.

~Tiba-tiba bunyi cengkerik~

Wey, anak baru masuk tadika dah rindu kenangan taska.

Tak sangka mama rock kapak ni ada ati tisu. Ahahaks.

2 comments:

CiKPuaNLawA said... [Balasan]

bila dah mak2 ni... hati tu memang akan jadi tisu... lagi2 bila pandang dorang dah makan membesar dan lebih tinggi dari kita.. lagi sayuuuu.. je rasa... ;p

cinta said... [Balasan]

@CiKPuaNLawA

dgr ckp senior anak 4. hee..