Thursday, April 16, 2015
Lady Driver
Cliche betul tajuk kali ni. Eheh.
Semalam incek Rimau kena gesel dengan perempuan (Gatal perempuan tu. Haha.). Masa nak keluar simpang dia potong sebelah kiri.
Hasilnya biasalah - calar. Boleh tahan la.
Incek Papa memang hangin. Nasib baik mama ada sebelah. Kalau tak, tak tau drama apa yang jadi. Silap-silap masuk paper dengan headline - Pemandu Wanita Dilempang.
Beberapa bulan lepas mama drive sorang-sorang.
Di simpang yang sama kejadian yang sama, model kereta yang sama - Incek Rimau kena gesel dengan perempuan yang potong sebelah kiri.
Hasil yang ni lebih sikit - calar dan dented. Grr..
Beberapa tahun sebelum tu zaman bujang senang dulu bawak kereta paling ranggi - Kelisa 1.0 GXi (Ko nampak? Manual.. Kalau jem memang masak).
Pun kena gesel juga masa nak keluar simpang. Yang gesel tu pun perempuan. Yang memotong sebelah kiri.
Yang aku heran apa pasal tiga-tiga perempuan dalam tiga-tiga kes ni suka memotong sebelah kiri time nak keluar simpang yang dah tentu-tentu kereta depan dia pun turn left sebab jalan tu memang boleh exit ke kiri je.
Berdasarkan pemerhatian aku (maksudnya ini cuma pendapat peribadi aku, sekadar hipotesis dan belum terbukti) aku buat andaian perempuan umumnya kurang kemahiran analitikal.
Lemah-lembut dan slow di jalan raya tidak bererti selamat dan bijak.
Kemahiran untuk berfikir secara analitikal dan membuat keputusan dengan cepat dan tepat adalah perlu terutama dalam pemanduan.
So lady driver (termasuk aku) - please take note and don't be offensive.
Oh ye, lepas kena gesel semalam, jemput anak-anak kat tadika, nak balik rumah hampir-hampir terlanggar kereta yang keluar simpang tiba-tiba tak reti nak berhenti dulu. Pemandu dia - perempuan.
Malu aku kat incek papa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Salam.. pekabar..lama tak bertandang..harap sihat ye..
Tapi kekadang wanita memang terlebih berhemah di jln raya..hehe
saya rasa lady driver tu nak tercirit ... tak tahan...!!!...
hahahaha... sejak ksu hentam montot keta orang... pandai pulak bawak kereta secara berhemah walaupon mulut pok pek lagi dalam kereta... hahahaha
lagi lah dah merempit ni... sangat2 lah berhati2...
(boleh percaya ke ni..?!.. )
@aTieYusof Family
salam. lama tak nampak :)
berhemah pun kena bijak. kan.
@SuzieLAWAti
nampaknya mmg nasib kitorg lah asek terserempak dgn driver sakit perut. hee..
ok kak su, percayakan diri sniri.
ermmm..sama lah. kalau naik kereta dgn husband, dia slalu mengomel driver pompuan mcm tu mcm ni...blablablabla. mula2 kita pertahankan jugak lah, (of course sbb kita pon pompuan kan). tapi pada suatu hari saya pon hampir2 nak terkena himpit dgn kereta yg drivernya pompuan. wahhh..masa tu kita pon marah2 jugak. dan masa tu jugak teringat bebelan husband tentang driver pompuan...kihkihkih.
so...kita semua pompuan harap jgn jadi mcm driver2 pompuan yg lain okeyyy...
Tp incek papa xpnah komplen psl gender. Dia pukul rata suma.
Sbnrnya ramai je pmandu pmpn yg bjak d jln raya tp yg jnis cpt panik n xmampu buat perkiraan segera lbh mnonjol.
Sy pn ada time boleh jd trgolong dlm golongan tu. Eheheh..
Salam singgah petang Isnin :)
Post a Comment