Wednesday, April 22, 2015

Imported Song

~Cikodok basi

Pergi sekolah cikgu benci

Balik rumah bunuh *gigi

Pergi hospital bla bla bla lal la


*Aku syak sebutan gigi itu sebenarnya diri. Scary.

Lagu itu si leng lui yang nyanyi.  Bila dah sekolah tadika pergaulan makin luas. Tambahan tadika itu agak besar. Ada 5 kelas untuk kanak-kanak 3 - 6 tahun. Lagi ada kanak-kanak transit yang entah berapa ramai. Jadi pertembungan budaya berlaku secara lebih meluas.

Selain kutu, aku dah agak akan ada budaya import yang akan dibawa balik ke rumah. Aku tak pernah berharap budaya import itu sesuatu yang baik sebab realitinya yang kurang baik itu lebih cenderung ditiru.

Tapi aku tak boleh marah dia sebab nyanyi lagu senegatif itu. Bukan dia faham pun.

Jadi aku tukar lirik yang berbunyi negatif dan nyanyi balik macam dia nyanyi;

~Cekodok nasi,

Pergi sekolah senang hati,

Balik rumah naik teksi,

Bla bla la la la


Dan dia akhirnya nyanyi lagu versi aku tanpa perlu aku suruh.

Harap-harap dia berjaya mempengaruhi pembawa dan penyebar lagu itu di tadika.

Selesai satu kes.

Lepas ni aku tak tau apa lagi yang dia akan import ke rumah.

6 comments:

Daddy Ziyyad said... [Balasan]

hahahaha...saya doakan moga lagu cekodok versi berhemah tu menjadi viral kat tadika dia

cinta said... [Balasan]

Harap-harap la.

Dr Singa said... [Balasan]

cekodok pun boleh basi eh...?

aTieYusof Family said... [Balasan]

Hihi..comel Lui nyanyi2... sama mcm Pa'e byk dah dia belajar kat Tadika dia.. harap2 lui dpt nyanyi dgn lirik baru tu:)

cinta said... [Balasan]

@aTieYusof Family

dia sekarang tak nak dah nyanyi lirik lama.
alhamdulillah..

tapi mama dia berdebar juga lagu apa lagi dia nak bawak balik nanti.

cinta said... [Balasan]

@Dr Singa

cekodok tu guna tepung tak berkualiti.
nak jimat, era cukai kanan kiri ni.