Tuesday, April 21, 2015

Matematik Budak Lapan Bulan



Hensem yang ini dah lapan bulan.

Ada masa sembang lebat, dan macam bayi sebaya dia tak reti diam. Tau dah.

Tapi itu bukan cerita pokok.

Ceritanya ialah dia telah mengajar mama dia bahawa budak sekecik ini juga tau buat perkiraan.

Satu hari mama dia main-main penutup botol susu dengan dia.

Mama dia pegang dan pusing-pusing dengan jari. Jarak dikekalkan supaya dia tak dapat capai.

Suka benar mama dia tengok usaha dia nak mencapai penutup botol tu.

Dia berhenti sejenak. Mama dia masih pusing-pusing penutup botol nak tarik perhatian dia.

Akhirnya dia capai tangan mamanya dan tarik dekat-dekat. Tangan satu lagi cepat-cepat sambar penutup botol.

Aksi dia buat mama dia teringat satu eksperimen chimpanzi yang dikurung dalam sangkar dan diletakkan kayu yang pendek di luar sangkar, depan lagi ada kayu panjang dan depan lagi ada pisang.

Dan chimpanzi itu capai kayu pendek, dan guna kayu pendek untuk capai kayu yang panjang, dan kayu panjang digunakan untuk dia kais pisang ke arah sangkar.

Ops, bukan maksudnya anak manusia macam chimpanzi.

Tapi kemahiran menganalisis dan membuat perkirann itu adalah satu anugerah.

Dan kejadian si hensem kecit itu mendapatkan penutup botol susu itu dengan cara menangkap tangan yang pegang penutup botol susu itu buat aku teruja sebab anak manusia sudah boleh menganalisis dan buat perkiraan sebelum dia pandai cakap, belum tumbuh gigi, dan belum pandai jalan.

Otak manusia memang hebat.

Dan Dia yang menciptakannya memang maha hebat!

Subhanallah.

8 comments:

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Pentaakulan mantik kut?
Haha....

Dr K said... [Balasan]

Subhanallah..
Hebatnya akal manusia kan, seawal8 bulan boleh berfikir macam tu..

maka pujian di kembali kan juga kpd Allah yg cipta manusia..

:)

cinta said... [Balasan]

Kalau bayi 8 bln buat penaakulan mantik itu macam cerita seram pun ada.

cinta said... [Balasan]

Kena sedar diri ye dak.

Julie Shahril said... [Balasan]

semua budak adalah genius, dorg byk akal, sebab tu kena ajar seawal usia mcm tu. otak dorg mcm sponge bob...mudah menyerap apa yg org ajar, apa yg dorg lihat, dgr....wahhhh dah macam pakar kanak2 aku berckp...hehehe.

btw...anak awk mmg bijak.

cinta said... [Balasan]

He2. Betul mcm pakar. Ank bijak kena seiring dgn akhlak kan. Tang ni yg takut fail ni. Seram lak sbb mak pak nyer xlah alim n warak. Erk..

AtieYusof said... [Balasan]

Masa awal kanak2 ni lah anak mudah nak serap benda yg kita ajar.. mcm sponge.. InsyaAllah tunjuk contoh yg baik mrk akan ikut..:)

cinta said... [Balasan]

@aTieYusof Family

masalahnya mak pak dia pun tak berapa nak baik ni. adui..