Thursday, June 25, 2015

Cara Elak Dikecewakan Oleh Juadah Bazar Ramadhan


1-Pilih Peniaga Profesional
Peniaga amatur cuma muncul dalam bulan Ramadhan. Peniaga profesional berniaga sepanjang tahun.
Peniaga profesional selalunya (tapi bukan jaminan ye)  lebih menjaga kualiti dan tak tamak.
Peniaga amatur sangat takut rugi.

2-Jangan pergi bazar Ramadhan pada minggu pertama.
Minggu pertama risik je dulu maklumat daripada mereka yang dah pergi.
Mana gerai mereka dah cuba, ok ke tak, harga macam mana, menu sedap ke tak sedap, kualiti dan sebagainya.
Bila pergi minggu ke dua kita dapat tengok corak aliran pelanggan di sesebuah gerai yang ada reputasi yang bagus.

3-Berlakon

Contohnya nak beli karipap, minta penyepit tu dengan peniaga, buat-buat nak pilih karipap, sepit dulu satu dan cuba timang-timang adakah beratnya selari dengan saiz.
Kalau ringan tak patut, cuba goncang sikit untuk memastikan dalam tu ada inti ke tak.

4-Pilih menu identiti negeri yang sama dengan peniaganya.
Maksudnya kalau nak beli akok, laksam, nasi kerabu, pastikan pembuatnya (selalunya peniaga tu sendiri) adalah orang Klate.
Atau kalu mung nok nasi dagang beli dengang peniage Tganu.
Atau kalau teringin gulai lomak daging salai ko, gulai tolor itek ko, sambal daun, bolilah dongan makcik pilah tu.

Tapi  untuk menu western jangan harapkan Johny English yang duk meniaga kat situ. Tak makan western kau nanti.

2 comments:

Wak Lat said... [Balasan]

kalo nak beli murtabak bai atau cendol pijak kaki kena beli dengan mamak bole kan makk., takyah nak gi param pon takper., hehe2

cinta said... [Balasan]

Ha ha. Bole bole..