Thursday, October 29, 2015

Saat yang Indah

Mana-mana rumah yang ada budak kategori toddler, skala untuk piawaian bersih dan kemas harus diturunkan.

Paling penting lantai masih mampu berfungsi sebagai laluan untuk berjalan dengan selesa tanpa risiko kemalangan seperti kereta dipijak gergasi atau raksasa terjerit sakit terpijak adik-beradik ultra yang bergelimpangan di atas lantai.

Lagi, laci dan kabinet seharusnya dikunci atau diikat untuk mengelakkan diselongkar tanpa waran oleh pegawai-pegawai penyiasat kenit.

Lantai melekit.

Sofa ada kesan coklat.

Dalam almari pakaian ada senduk dan penutup periuk.

Buka kabinet dapur terjumpa mainan dan objek yang tidak dikenali.

Dinding-dinding dihiasi hasil seni agung yang tidak mampu ditafsir pencinta seni.

Mainan bersepah. Kalaupun tersimpan dalam kotak pasti tidak mengikut kategori.

Bagi perfectionist ini adalah waktu yang sangat sukar.

Jangan risau, tempoh ini akan berlalu dengan sangat cepat.

Jadi nikmatilah saat ini sebab nanti ini akan jadi antara saat yang dirindui.





Tebrau

Mula-mula sila rujuk entri semalam - lirik lagu Joget Senyum Memikat nyanyian Dato Siti.

Rupa-rupanya tebrau yang dibanding-bandingkan dengan tebu adalah sejenis pokok.

Mat saleh kata terengganu cherry.

Orang Terengganu kata pokok johor.

Orang Johor kata pokok tebrau.

Orang Kelantan kata pokok perupok.

Untuk keterangan lanjut boleh ke sini
http://kebunbahagiabersama.blogspot.my/2014/06/perupok-lepisanthes-alata.html?m=1

Atau ke sini
http://www.frim.gov.my/the-luscious-terengganu-cherry/


Wednesday, October 28, 2015

Joget Senyum Memikat 

Siti Nurhaliza (S Atan / Nurul Asyiqin)



Kalau menjerat burung kedidi
Janganlah senja baru ke taman
Kalau memikat idaman hati
Janganlah rupa jadi taruhan
Janganlah jangan rupa taruhan

Kalau ke laut susur gelombang
Jangan kemudi patah daunnya
Kalau bertahun kasih dan sayang
Jangan diuji dalamnya cinta
Janganlah jangan diuji cinta

Kita berbudi orang merasa dik
Biar sedikit dibawa mati
Kalau rupa taruhan jiwa dik
Pudar sedikit berpaling hati

Kalau ingin berkasih
Harus bijak memilih
Tebu Tebrau tidaklah sama

Kalau jujur bercinta
Bijak pilih permata
Hidup bahagia sepanjang masa

Jangan renung apa dikata
Renung niat setulus jiwa
Ini pesan sesama kita
Dalam joget budi dan rupa

Tuesday, October 27, 2015

Menuai Hasil Ibu Mertua

Tiap kali balik rumah mak mertua mesti ada bawa balik hasil-hasil tanaman.

Bertuah anak menghantu. Menuai yo kojo eh. Eheh.


Terung ni tanam dalam pasu tepi rumah.

Hasil tuaian. Tapi bawang putih dan terung ungu itu hasil tuaian di pasaraya.

Alhamdulillah. Dapatlah memeriahkan sikit lauk kami rakyat marhaen. Dapatlah hidup selesa sampai hujung bulan.

Saturday, October 24, 2015

Pizza Mini-on Action

Bulan lepas punya cerita. Bulan ini baru cerita.

Suka topeng budak yang duduk tepi tingkap tu.

Dalam bas sarapan roti dan vitagen

Dah sampai kira dulu cukup ke tak ahli rombongan.

Taklimat oleh abang pizza.

Siapa suka makan pizza?
Saya saya saya!

Gear up.

Ready!

Yeah!

Leng lui nampak nenas.
What?!

Pizza, roti, dan keju adalah makanan ruji si leng chai.
Dia memang tak reti makan nasi.

Abang pizza tolong.
Psst taruk keju lebih.

Jom gi bakar pizza. Hngh hngh..

Si leng lui masih dalam dilema sebab pizza tu ada nenas.

Selesai aktiviti main tepung ada aktiviti makan-makan.

Si leng chai yang memang tekak mat saleh tolong kawan-kawan habiskan garlic bread.

Semua bawak balik pizza yang dibuat sendiri sorang satu.

Leng lui bawak balik suruh mama dan papa makan.

Tau dah. Dia tekak Melayu. Pulak tu pizza tu ada nenas. Bagi dia itu topping yang tak masuk akal.

Leng chai balik rumah dia habiskan sebiji pizza. Tak boleh kongsi.

Selesai trip nombor dua untuk tahun ini.


Friday, October 23, 2015

Back To The Future

Masa sekolah rendah dulu aku pernah masuk pertandingan melukis bertemakan wawasan 2020.

Poster sebesar kad manila yang aku lukis ada gambaran bangunan tinggi yang canggih dengan keretapi laju menembusi bangunan di tingkat yang aku ingat-ingat balik aku rasa paling rendah stesen dia kat tingkat sepuluh.

Lagi ada kereta terbang yang rupa dia ala-ala piring terbang berlegar di udara.

Dan juga lebuhraya yang nampak sistematik dan aku ingat lagi lebuhraya yang aku lukis tu memang tak ada tol.

Tahun 2020 dalam bayangan aku kereta yang menggunakan petrol adalah kereta primitif.

Dan aku juga membayangkan manusia yang lebih baik moralnya dan bersikap selayaknya masyarakat bertamadun.

Realitinya sekarang

Cuma gajet sahaja yang nampaknya refleks kepada bayangan masa depan dalam kepala otak aku yang berumur 10 tahun masa tu.

Lain-lain aku rasa macam satu mimpi ngeri.

Malaysia yang aku bayangkan akan menjadi negara maju

sekarang seperti tiada beza dengan negara-negara dunia ketiga yang lemas dengan politikus-politikus korup dan tukang kipas yang menggadaikan maruah bangsa, kemelesetan ekonomi, kemelut sosial dan perkauman.

Ditambah dengan jiran primitif yang sepertinya tidak mampu memahami pentingnya pelaksanaan undang-undang alam sekitar.

Sedih.

*****
P/s: kereta dr.singa kena curi. Nombor WTC 4666, Toyota Altis hitam. Sesiapa ada maklumat sila hubungi balai polis berdekatan. Terima kasih.
http://suzilawa.blogspot.my/2015/10/mohon-sebarkan-kereta-dr-singa-kena-curi.html?m=1

Tuesday, October 20, 2015

Derma


Semalam incek papa derma darah.

Jeles juga sebenarnya.

Bukan jeles sebab incek papa cuba ngorat misi.

Itu memang aktiviti wajib. Tak guna jeles yang itu.

Tapi jeles sebab dari zaman muda remaja sampai sekarang belum mencapai berat yang melayakkan diri bergelar penderma darah.

Padahal itu hari timbang dah naik 5kg daripada berat masa bujang.

Nak kata kurus tengok perut elok je kembang dia.

Pinggang pun macam dah nak pupus.

Makan nasi sehari tiga kali.

Nampak gaya nak kena work-out lah ni.

Oh no..

Monday, October 19, 2015

Cara-cara Mengambil Gambar Senyuman Bayi


Senyum hensem dah. Err.. abaikan titisan air yang meleleh kat dagu.

Waktu-waktu lain bukan main sengih melebar. Tapi bila halakan kamera buat muka jual mahal.

Kenapa ya?

Sebab bayi cuma senyum pada muka-muka yang ada reaksi - senyum atau lain-lain.

Dia tengok muka bapaknya sedang teruja tengok bola dia boleh sengih.

Tengok muka maknya tengah leter pun dia boleh ketawa.

Tengok abangnya melompat-lompat mengekek-ngekek gelaknya.

Tengok kerusi, meja, sofa, karpet dan benda-benda lain dia tak ada nafsu pun nak senyum.

Jadi bila nampak kamera memang sahlah dia tak senyum. Udah kamera tu pun tak reti senyum kat dia.

Jadi apa boleh buat?

Mula-mula halaka kamera, fokus, bersedia untuk snap, kamera maintain, keluarkan muka perlahan-lahan macam sedang skodeng sambil senyum lebar-lebar dan cakap

Cak!

Lebar sengih budak tu :D

Cepat-cepat snap!

Tapi untuk bayi yang kebal dengan ba-cak, mungkin boleh cuba buat muka-muka bodoh (silly face).

Bayi memang suka kita buat muka bodoh.

Itik Gembo-gembo




Kat sekolah si leng chai itu ada belajar lagu Five Little Ducks.

Bila dia nyanyi mama dia langsung tak faham.

Cuma boleh faham bila dia cakap tuek tuek tuek.

Oooo rupanya itik bunyinya quack quack quack.

Bila jumpa itik banyak macam ni dia sengih lebar.

Sebab dengar itik tu bunyi tuek tuek tuek.

Thursday, October 15, 2015

Curiosity

"Mama tu apa?" Leng chai tanya dengan muka innocent.

Belum sempat mama jawab si leng chai itu dah sendiri jawab,

"Tu untuk susu baby ye?" Mata bulat pandang mama.

"Ye. Untuk baby je". Mama sambil jawab sambil fikir nak tukar tajuk cerita.

"Ada susu lagi kat sini?" Sambil tepuk-tepuk dada mama dengan jari telunjuk kecit.

"Baby dah besar susu habis lah. Haa, nak main control car tak? Cepat nanti adik bangun dah takleh main." Mata mama bulat dan cakap sungguh-sungguh.

"Hah... otey!" Cepat-cepat leng chai lari ambik control car.

Fuh... lega mama. Esok tak tau apa lagi soalan budak ni.

Tuesday, October 13, 2015

Selamat Tahun Baru


Berdoa semoga semua palang tol patah sebelum hari Khamis ni. :P

Semoga tahun baru ini keadaan akan bertambah baik dan diampunkan dosa-dosa kita yang lalu.

Amin.

Friday, October 9, 2015

Gigit

Mangsa gigitan

Makhluk gigit yang cumel

Sesi maaf bermaafan

Thursday, October 8, 2015

Says Who?

"Power tends to corrupt, and absolute power corrupts absolutely. Great men are almost always bad men."
- Lord John Emerich Edward Dalberg-Acton




Marcos dan Mugabe.

Selain korupsi mereka ada satu lagi persamaan.

Kedua-dua mereka ada isteri

yang obses kemewahan dan suka membazir

duit rakyat.

Sounds familiar?

(google image)

Monday, October 5, 2015

Iklan???

Dulu dulu dulu aku adalah salah seorang nuffnanger.

Selepas beberapa ketika yang boleh tahan lama jugak lah aku tengok akaun nuffnang aku paling banyak pun tiga hengget je.

Atas dasar sedar diri dan cuba mengelakkan perbuatan yang kurang berbaloi aku buat kesimpulan bahawa blog aku berada dalam kumpulan blog-blog yang tidak mengujakan untuk dilawati.

Tambahan pula blog ini aku jadikan cuma sebagai terapi untuk aku perasan kurang sibuk dan lebih santai. Nak kejar trafik aku tolak tepi. Itu bukan hal aku.

Lagi pun sebagai seorang antisosial jadian aku terpaksa untuk tidak menonjolkan diri menjadi antara faktor yang membuatkan blog aku kurang pelawat datang menyinggah. Blog yang macam tak wujud siapa yang nak datang ye dak.

Jadi sebagai penghargaan juga untuk mereka yang setia singgah dan menjenguk ke sini aku buang semua iklan dan mana-mana widget berunsur iklan. Ringan sikit. Nak loading pun lajjew..

Oh ye, point penting di sini ialah blog aku tak ramai orang jenguk jadi kepada yang rasa-rasa nak buat pengiklanan percuma di sini harap fikir 45879 kali.

Tapi kalau nak iklankan juga aku tak padam. Orang cari rezeki aku tak nak halang. Selagi menjalankan perniagaan halal.

Cuma kalau boleh elakkanlah sebab aku rasa bila ada iklan terutama di ruang komen terasa seperti menghina aku.

Faham tak perasaan terasa dieksploitasi? Faham tak camana rasa ada orang sukasuki tampal iklan kat pintu rumah kita? Annoying kan? Gitulah lebih kurang rasanya.

Harap pencerahan dengan niat suci murni aku tidak membuatkan sesiapa sentap.

Orang meniaga mana boleh sentap wei. Hehe..

Sunday, October 4, 2015

Debu-debu yang Jahat


Pagi tadi lagi sekali kecewa bila tengok pemandangan di luar masih kabur.

Kalau bermain dengan emosi kecewa di awalnya cepat saja bertukar menjadi marah.

Ops. Sabar. Itu semua coba-cobaannn...

Tapi aktiviti hujung minggu kalau tiada riadah menghirup udara segar di luar terasa seperti tikus belanda yang berlari-larian mengayuh roda yang tak membawa ke mana-mana.

Masih berdoa supaya semua yang tersayang kekal sihat dan fit walau bernafas dalam hembusan jentaka dari seberang.

Psstt. Kalau ada episod kakashi buka topeng jerebu jangan lupa kabor ke aku deh.