Friday, October 23, 2015

Back To The Future

Masa sekolah rendah dulu aku pernah masuk pertandingan melukis bertemakan wawasan 2020.

Poster sebesar kad manila yang aku lukis ada gambaran bangunan tinggi yang canggih dengan keretapi laju menembusi bangunan di tingkat yang aku ingat-ingat balik aku rasa paling rendah stesen dia kat tingkat sepuluh.

Lagi ada kereta terbang yang rupa dia ala-ala piring terbang berlegar di udara.

Dan juga lebuhraya yang nampak sistematik dan aku ingat lagi lebuhraya yang aku lukis tu memang tak ada tol.

Tahun 2020 dalam bayangan aku kereta yang menggunakan petrol adalah kereta primitif.

Dan aku juga membayangkan manusia yang lebih baik moralnya dan bersikap selayaknya masyarakat bertamadun.

Realitinya sekarang

Cuma gajet sahaja yang nampaknya refleks kepada bayangan masa depan dalam kepala otak aku yang berumur 10 tahun masa tu.

Lain-lain aku rasa macam satu mimpi ngeri.

Malaysia yang aku bayangkan akan menjadi negara maju

sekarang seperti tiada beza dengan negara-negara dunia ketiga yang lemas dengan politikus-politikus korup dan tukang kipas yang menggadaikan maruah bangsa, kemelesetan ekonomi, kemelut sosial dan perkauman.

Ditambah dengan jiran primitif yang sepertinya tidak mampu memahami pentingnya pelaksanaan undang-undang alam sekitar.

Sedih.

*****
P/s: kereta dr.singa kena curi. Nombor WTC 4666, Toyota Altis hitam. Sesiapa ada maklumat sila hubungi balai polis berdekatan. Terima kasih.
http://suzilawa.blogspot.my/2015/10/mohon-sebarkan-kereta-dr-singa-kena-curi.html?m=1

5 comments:

Julie Shahril said... [Balasan]

alhamdulillah...kereta dr.singa dah jumpa.terima kasih kpd yg memviralkan.

btw, dulu2 pun kita membayangkan tahun 2020 akan ada kereta terbang, tapi nampaknya takde beza sgt pun. Lagi 5 tahun nak masuk 2020...hahaa

SuzieLAWAti said... [Balasan]

Alhamdulillah.. kereta dah jumpa.. walaupon tiada barang yg selamat dan kereta cedera parah.. terima kasih cik puan cinta.. di atas keperihatinan serta doa .

mana ade keta terbang.. tipu jaaa.. haahah...

cinta said... [Balasan]

Alhamdulillah..
K julie, rasa2 imaginasi kita yg terlebih speed atau realiti yg terlebih slow? Kih2.

cinta said... [Balasan]

Alhamdulillah..
tp tu lah camana sampai boleh patah shaft.

Tp k.su kemungkinan tu ada kot. Manipulte medan magnet n graviti, xsemestinya nk kena ada enjin mcm kapal terbang.

Haha nak jgk keta terbang.

cinta said... [Balasan]

*manipulate.

Isy jari dh debab ke typo ni.