Monday, October 19, 2015

Cara-cara Mengambil Gambar Senyuman Bayi


Senyum hensem dah. Err.. abaikan titisan air yang meleleh kat dagu.

Waktu-waktu lain bukan main sengih melebar. Tapi bila halakan kamera buat muka jual mahal.

Kenapa ya?

Sebab bayi cuma senyum pada muka-muka yang ada reaksi - senyum atau lain-lain.

Dia tengok muka bapaknya sedang teruja tengok bola dia boleh sengih.

Tengok muka maknya tengah leter pun dia boleh ketawa.

Tengok abangnya melompat-lompat mengekek-ngekek gelaknya.

Tengok kerusi, meja, sofa, karpet dan benda-benda lain dia tak ada nafsu pun nak senyum.

Jadi bila nampak kamera memang sahlah dia tak senyum. Udah kamera tu pun tak reti senyum kat dia.

Jadi apa boleh buat?

Mula-mula halaka kamera, fokus, bersedia untuk snap, kamera maintain, keluarkan muka perlahan-lahan macam sedang skodeng sambil senyum lebar-lebar dan cakap

Cak!

Lebar sengih budak tu :D

Cepat-cepat snap!

Tapi untuk bayi yang kebal dengan ba-cak, mungkin boleh cuba buat muka-muka bodoh (silly face).

Bayi memang suka kita buat muka bodoh.

4 comments:

aTieYusof Family said... [Balasan]

hahaha..budak mmg mcm tu.. kadang bila kita halakan kamera automatik buat muka.. huhu..
eh! hero punya senyuman manis lah....:)

Dr Singa said... [Balasan]

boleh tak kalau buat muka pandai?

cinta said... [Balasan]

Kan..
Manis tu ikut mak dia.
*tunduk sipu2 kuis2 meja*

cinta said... [Balasan]

Kalau saya mmg kena buat muka bodoh sbb muka natural dah muka pandai.

;P