Thursday, October 29, 2015

Saat yang Indah

Mana-mana rumah yang ada budak kategori toddler, skala untuk piawaian bersih dan kemas harus diturunkan.

Paling penting lantai masih mampu berfungsi sebagai laluan untuk berjalan dengan selesa tanpa risiko kemalangan seperti kereta dipijak gergasi atau raksasa terjerit sakit terpijak adik-beradik ultra yang bergelimpangan di atas lantai.

Lagi, laci dan kabinet seharusnya dikunci atau diikat untuk mengelakkan diselongkar tanpa waran oleh pegawai-pegawai penyiasat kenit.

Lantai melekit.

Sofa ada kesan coklat.

Dalam almari pakaian ada senduk dan penutup periuk.

Buka kabinet dapur terjumpa mainan dan objek yang tidak dikenali.

Dinding-dinding dihiasi hasil seni agung yang tidak mampu ditafsir pencinta seni.

Mainan bersepah. Kalaupun tersimpan dalam kotak pasti tidak mengikut kategori.

Bagi perfectionist ini adalah waktu yang sangat sukar.

Jangan risau, tempoh ini akan berlalu dengan sangat cepat.

Jadi nikmatilah saat ini sebab nanti ini akan jadi antara saat yang dirindui.





6 comments:

aTieYusof Family said... [Balasan]

hihi..semua kat atas tu mcm dah pernah berlaku di rumah.. bila depa besar, rindu plak saat2 depa terabur kan rumah.. haha

cinta said... [Balasan]

Dah buat sepah kena denda peluk kuat2 pastu kena cium banyak2.
Terjerit2 lah budak tu nak lepas. Keh3.

tiga lalat said... [Balasan]

hati2 jgn tersepit kat laci tu sudahh ;p

cinta said... [Balasan]

Itulah wak. Duk peratikan dia kenalah lupakan pinggan mangkuk periuk belanga dalam sinki.

julie shahril said... [Balasan]

kalau rumah yg ada toddler tapi tak bersepah maknanya budak tu pasif. kalau budak yg aktif dan sihat, wajib akan bersepah, paling tak...botol susu atas sofa, tudungnya kat bawah kabinet tv....seksa nak mencari okayyy

cinta said... [Balasan]

Haha faham faham.
Pernah cari hp xjumpa.
Rupa2nya disoroknya dalam bonet moto dia.