Hari Graduasi dan Konsert Sekolah dua kanak-kanak riang itu berlangsung minggu lepas di Auditorium Muzium Negara.
Macam biasa bermula dengan bacaan doa, perasmian, ucapan yang semua berlaku dengan pantas diikuti acara penganugerahan sijil untuk anak-anak 6 tahun dan anugerah-anugerah lain. Si leng chai dan si leng lui itu tidak memenangi sebarang anugerah. Hehe.
Selesai upacara graduasi maka bermula lah konsert. Ada tarian (kebanyakan persembahan), ada story telling (directly read from the book, bagus, dah pandai membaca BM dan BI), ada sketsa, pantomim, nasyid, bacaan doa dan zikir.
Dipersembahkan oleh kanak-kanak 3 tahun hingga 6 tahun. Comel dan berkeyakinan semuanya. Paling penting semua nampak enjoy persembahan sendiri.
Kalau aku nak berdiri atas stage macam bebudak tu aku rasa menggigil dah. Tapi diorang relaks je aku tengok macam hari-hari kerja naik stage.
Nak cerita banyak genre laporan tak reti jadi meh lah kita tengok gambar-gambar yang dicilok tanpa pengetahuan pihak tadika. I'm sori... (amir sesat sini pulok doh).
Lepas konvo kita campak topi segi empat tu tinggi-tinggi. |
Barisan tenaga pengajar dan staf dalam kostum bertema fairy tales. |
Kelas si leng chai itu dalam persembahan pertama. Hai angry bird! |
Si leng lui kat tengah-tengah. Lagu Siti Nurhaliza. |
Kalau kita nak makan kita baca? Bismillah... Kelas EDP (early development program) 3 tahun. Aloh comel... |
La la.... Kun Anta dari anak-anak 5 tahun. Bukan kelas leng lui tapi. |
Bole chudiyan.... Persembahan paling memukau hari tu oleh para graduan. |
Snow White and the dwarfs? Eheh. |
Cikgu kelas si leng chai jadi queen dalam cerita Disney-Brave |
Kombinasi dua kelas 5 tahun jadi lah sketsa dan nasyid yang menggetarkan jiwa. Huu. Baju-baju tu dapat terus. Ok tahun depan tak payah buat baju raya. |
Sejujurnya kagum dengan usaha cikgu-cikgu dan staf.
Kebetulan pergi belakang pentas dan nampak macamana staf mempersiapkan budak-budak. Penuh kesabaran dan budak-budak pun nampak enjoy. Lega.. Sebab teringat ada satu tadika lain yang berjenama ada komplen pasal cikgu yang agak racist dan kurang sabar. Kat belakang pentas tengking budak. Scary. Alhamdulillah tak berlaku di sini.
Ok dah.
Ha nampak tak reti tulis report. Hadoi.
4 comments:
report anda memberansangkan...
heheh
bagus.. kipidup ..!!!
Terima kasih kerana sudi memuji :p
racist tu memey ade dimana2.,
chomey je ;p
Ye la kan wak. Racist ni mmg virus.
Klau wak yg amik gmbar msti lg terserlah kecomelan.
Post a Comment