Tuesday, February 14, 2017

The Drugs


Malam tadi berjaya menghabiskan dos terakhir segala ubatan. Walau banyak cabarannya. Eleh.

Hehe. Ye la, ingat senang ke nak mendisiplinkan diri makan ubat? Ubat ni dua kali sehari, ubat tu tiga kali sehari, ubat yang ini telan dua biji, ubat yang itu telan sebiji, ubat lagi satu setengah jam sebelum makan, ubat yang itu selepas makan. Ha nampak, nak sebut pun dah penat.

Ada la dua tiga kali hampir-hampir missed ubat sebab lupa. Lepas makan selesaikan pinggan mangkuk periuk kuali dalam sinki, tiba-tiba dengar teet teet mesin basuh dah selesai basuh kain baju gi ampai kain dulu, lepas tu baby nak susu lepas tu itu ini itu ini lepas tiga jam baru ingat ubat belum makan. Toing..

Tapi apa-apa pun tahniah lah atas kejayaan aku menghabiskan segala dadah-dadah (baca:drugs) yang doktor bagi tu. Tepuk tepuk..

Harap-harap nanti boleh lah bf balik. Yay..

4 comments:

SuzieLAWAti said... [Balasan]

tetiba nak komen macam ni.. kacak baby awak.. :)

ummul azkee said... [Balasan]

gws..

cinta said... [Balasan]

Tengoklah bapaknya. Eh. Hahaha.

Tima kasih kak su dtg mlawat n hadiah bb 😙

cinta said... [Balasan]

Tq ua 😊