Thursday, November 28, 2013

Budak Baik??

Zaman sekarang definisi budak baik perlu ditukar. Atau paling tidak dikemaskini (upgrade). Kadang kala anak-anak perlu diajar untuk 'biadap' dengan berhemah. Jangan buat baik dengan semua orang. Walapun orang tu keluarga rapat. Kes-kes pagar makan padi dah banyak kita dengar. Haruan makan anak pun.

Sebenarnya yang penting, nak kena ajar beza baik buruk, aktifkan bullshit detector (bak kata seorang blogger yang aku lupa) dan belajar buat pertimbangan.

Ajar untuk tidak menindas dan tidak ditindas.

Payah juga..

Wednesday, November 27, 2013

Thumbprint


Aku jumpa satu drawing. Originator kat title block ada nama aku. Walaupun aku tak boleh ingat semua drawing yang aku buat aku masih boleh bezakan yang mana hasil kerja aku. Hasil kerja aku biasanya jitu (poyo kan? hee...).

Maksud aku tidak akan ada line atau entiti lain yang berukuran pelik-pelik dengan dimension yang textnya diedit - 1433.77321, 2251.8962, etc. Line berdimension 1500 biarlah panjangnya 1500, 1450 dengan 1450. Paling tak, scale down. Paling busuk pun break it out. Aku tak suka drawing tipu. Kalau 5 meter buatlah 5 meter (Tapi kadang-kadang terrrpaksa jugak). Kalau padi katakan padi. Bukan sebab aku bagus tapi sebab yang tepat itu lebih senang dibuat. Dan aku tak suka buat kerja susah. Maksud lain adalah aku pemalas. Eh, lebih tepat lagi mak tak kuasa... Buat kerja jangan sekadar melepaskan kentut dalam lif. Poyo tak?

Adui, aper cer sebenar ni? Ok, ceritanya ialah setiap hasil kerja ada thumbprint tersendiri. Hasil kerja Yusof Haslam tak sama dengan Mamat Khalid. Hasil kerja Pak Ngah tak sama dengan hasil kerja M. Nasir. Hasil kerja Akira Toriyama tak sama dengan hasil kerja Masashi Kishimoto.

Dan drawing itu aku sangat pasti bukan hasil kerja aku.

Monday, November 25, 2013

Ada dan Tiada

Tanda-tanda manusia berguna; ketiadaannya menyusahkan.
Tanda-tanda manusia tak guna; ketiadaannya menyenangkan.
-bbc-

Friday, November 22, 2013

Laluan Masuk Baru ke AKLEH

Beberapa bulan lepas laluan masuk baru ke AKLEH dibuka tapi sampai hari ni nampak macam tak ramai yang guna. Lebih kurang 3 bulan (rasanya) dibuka tapi Google Map masih belum update laluan ni.

Entrance (baru): Jalan Tun Razak arah utara, selepas lampu isyarat simpang jalan Yap Kwan Seng, betul-betul sebelum Flat PKNS Jalan Tun Razak.

Exit:
1st exit: KLCC
2nd exit: Jalan Sultan Ismail
2nd exit U-turn: boleh ke Keramat, MRR II, Jalan Kerja Air Lama, Ampang Jaya.
3rd Exit (Last exit): Jalan Ampang

Jadi kepada yang biasa guna laluan Binjai, masuk Jalan Tun Razak yang sesak,kemudian naik flyover untuk masuk AKLEH, apa kata cuba jalan ni pula.

Sumber: Google Maps

Tuesday, November 19, 2013

Sempena Hari Tandas Sedunia

19 November. Hari ini Hari Tandas Sedunia. Sempena itu marilah kita yang ketandusan ilmu ketandasan menambah sedikit pengetahuan asas berkenaan penggunaan tandas lebih-lebih lagi tandas awam.

Tandas duduk dan tandas cangkung - sila bezakan dan gunakan sebetulnya. Diharap tiada yang mencangkung di atas tandas duduk apalagi sebaliknya. Ohh..

Sebelum duduk di atas tandas duduk, moleklah kiranya dilap dulu toilet seat itu dengan tisu dan dilapik dengan tisu juga bahagian yang akan bersentuhan dengan kulit.

Tandas lelaki selalunya ada urinal. Tapi bagi tandas yang tiada kemudahan itu lelaki-lelaki yang ingin melepaskan hajat kecil di tandas duduk diharapkan angkat dulu toilet seat sebelum melepaskan hajat kecil. Jaga kebersihan... Tidaklah nanti orang lain terduduk di atas sisa-sisa urin.. Eww..

Flush toilet selepas guna tak kiralah selepas melepaskan hajat kecil atau besar. Hasil buangan yang kecil yang tidak di-flush akan meninggalkan bau hancing dan mengundang maki hamun dan carut marut pengguna lain. Hasil buangan besar apatah lagi.

Dah flush toilet? Ok, pandang dulu lubang toilet, pastikan buangan toksik betul-betul sudah pergi meninggalkan toilet. Ramai yang gagal bab ini. Lepas flush melenggang keluar sambil nyanyi ~duit den bertingkek-tingkek~. Dan **** jadi bahan pameran. Benci..

Kalau rajin eloklah lap sikit toilet seat dengan tisu sebelum keluar.

Isu tuala wanita dalam mangkuk toilet macam dah kurang tapi rasanya isu lampin pakai buang macam hmm... perlu perhatian. Lampin bayi diharap jangan dibiarkan dalam tandas awam ye. Sebelum travel sila siapkan suratkhabar lama 3, 4 keping dan beg plastik dalam beg lampin. Buang poo-poo dalam lubang toilet (sekiranya mampu), gulung lampin dan bungkus dengan suratkhabar lama sebelum buang ke dalam tong sampah.

Lagi, jangan buang sebarang benda selain sisa buangan manusia dalam mangkuk tandas. Tong sampah kan adaa sayang...

Sebelum keluar tandas sila basuh tangan. Mesti.

Basuh tangan.

Dah basuh?

Lain-lain sila pakai common sense lah ye.

Monday, November 18, 2013

Rimau Putih Cedera

Hari ini.
Pagi ini si Leng Chai itu menangis dalam tidur. Rupa-rupanya dia mimpikan itu.

Hari selepas kejadian
.
Si Leng Chai itu menyusun dua buah model kereta. Bumper to bumper. Kemudian satu model kereta ditolak laju-laju dan menghentam bontot bumper kereta yang no. 2. Diulang-ulang dengan akibat yang berlainan. Ada yang terbalik, ada yang sekadar berganjak sedikit, ada yang terbabas. Dia angkat satu model kereta,"Mama mama, papa.... Bammm!". Ayat tu diulang-ulang sampai mama pun naik penat mendengarnya.

Hari kejadian.
 

***

Seorang amoi bawak kembar pelanduk sambil pakai hp. Comel sangat lah tu.

****

Nun beberapa meter di belakang, seekor rimau putih jalan steady di lorong pertama. Depan rimau ada seekor gajah angkut pasir gamaknya dan batu-batu kecil terpelanting dari celah celah kaki gajah. Rimau putih rasa rimas dan masuk lorong tengah. Eh, eh, gajah pun tiba-tiba jek nak jugak masuk lorong tengah. Terpaksalah rimau putih mengalah dan masuk lorong ke-3. Alang-alang dah masuk lorong ke-3 rimau kenalah lari laju sikit ye dak.

****

Beberapa meter di depan, amoi yang bawak kembar pelanduk masih pakai hp, tiba-tiba masuk lorong no. 3. Pakcik tua yang bawak katak putih terkujat tengok kembar pelanduk tiba-tiba ada di depan dan katak putih brek kecemasan. Pakcik tua itu urut dada. Dan si katak berhenti jalan. Di lorong no-3. Seekor toyo hitam spesis Wish di belakang katak putih sempat brek. Pakcik tua dan kataknya  selamat. Rimau putih yang baru potong gajah pun brek kecemasan. Selamat. Tada satu pun yang cedera.

Tiba-tiba satu rimau lain datang dan skreeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeet.....
Gembala rimau putih dan seisi perut pasrah. Bunyi macam tu ending dia memang dah boleh agak. Tambah pula bau hangit getah. Ok, sila mengucap dan berserah.
Baammm!!! Bunyi macam petir. Serentak juga anak-anak gembala rimau putih meraung-raung.

***

Tiada kecederaan fizikal. Tiada pergaduhan. Hanya maaf bermaafan dan sama-sama cuba mencari penyelesaian. Kagum betul aku.

***

Ending,

Amoi blah.

Pakcik tua pergi hospital untuk check-up.

Gembala toyo cool saja dan minta no. workshop yang boleh dipercayai daripada gembala rimau putih walaupun rimau putih akhirnya cium sikit bontot dia impact sondolan rimau Wira itu. Tiada gantirugi dituntut oleh gembala toyo.

Barang-barang hantaran tunang dalam bonet rimau putih selamat kecuali kek.

Rimau Wira itu nampak gaya memang kena operate besar-besaran. Muka dia pecah. Dia tak habis-habis minta maaf. Gantirugi dia yang akan tanggung. Dia pandang je rimau dia kena tarik untuk operation. Kesian..

****

Jadi hari ni terpaksa naik incek Singa. Si Leng Chai belum habis lagi ulang skrip papa, bam! Leng Lui nampak ok walaupun di hari kejadian dia menggigil. Incek Papa nampak macam rindu rimau putih. Aku? Kena beli sepit rambut baru.

Dah ajal..

Kesian tak?
Papepun, Alhamdulillah selamat semua..

Friday, November 15, 2013

Sebuah Perbualan 18PA.

Masa: Malam tadi hampir-hampir pukul 9 mlm.
Lokasi: Dalam kereta.
Situasi: Dalam perjalanan dari pejabat pulang ke rumah.


Incek Papa: U tak rasa pape ke pijak lantai rumah?

Pn. Mama: Oh, ha, rasa. Nantilah mop. Nak berak pun takde masa. Kot ada masa lebih baik gi berak daripada mop lantai.

Incek Papa: Tak payah, malam tadi I dah mop.

Pn. Mama: O ye ke? Tengkiu, tengkiu..

***
~bunyi cengkerik di KLCC~

Tuesday, November 12, 2013

Kecemburuanmu + Kesangsianmu = Kesakitan Hatimu

Malaysia berada di kedudukan teratas di Asia dalam penguasaan bahasa Inggeris. Itu hasil kajian Education First. Secara global, Malaysia di tangga ke-11 di mana top 10 adalah negara-negara mat saleh yang bahasa pertuturan rakyatnya bukan bahasa Inggeris.

Ada pula rakyat sebuah republik ragu-ragu dengan hasil kajian tersebut kerana kata mereka, mereka sepatutnya mendahului Malaysia. Itu pula laporan sebuah akhbar Cina. Bagi aku, ini bukan soal kalah menang dan aku (baca: kita) takde pun nye adui rasa cam menang yay yay yay. Itulah, kalau terkena penyakit kiasu dan kiasu itu salah satu cabang takabbur dan takabbur itu penyakit hati. Boleh buat sakit ati meh? Of kos loh... Yu don play-play ar..

Tiba-tiba aku teringat cerita Arnab dan Kura-kura.

nak tahu lebih boleh klik sini.

klik sini pun boleh.

Saturday, November 9, 2013

Kurang Ajaran


Manusia memang kurang ajar kan..


Kurang ajar sesama manusia.

"U kan GF I, I nak pegang tangan je, tak luak pun.."

*bunyi cengkerik~

Kuang hajar..


Kurang ajar dengan alam.

"Puuhhh, puhhh, eleh, buang puntung rokok seketul pun nak kecoh"..

*bunyi pam tandas~

Kuang hajar..


Kurang ajar dengan Allah (baca: Tuhan Yang Maha Esa).

"Adoi... hape kena ngan perut aku ni, b**i betul, dah 10 kali masuk toilet, pedih bon*** aku. Ha? Kena makan bubur pulak? Yek, rasa takleh blah",

*bunyi bom~

Kuang hajar.