Thursday, January 9, 2014

Penaakulan Mantik; Deduksi dan Aruhan


Satu

2014 - tahun untuk keluarkan lebih banyak wang. Tahun seterusnya belum tahu lagi. Bila duit kena keluar lebih, kenalah cari duit lebih. Bila nak cari duit lebih, kuranglah masa bersama keluarga. Suatu masa nanti masa untuk bersama keluarga akan jadi suatu benda mewah yang tak mampu dimiliki semua.

***

Dua

Cerita lain, satu kisah benar bulan lepas.

Aku tunggu pengasuh taska siapkan beg leng chai dan leng lui sebelum balik. Datang seorang lelaki. Oh, rupa-rupanya bapa budak itu. Tak pernah aku tengok, selalu tengok maknya je. Bila nak ambil kasut di rak kasut, dia tak tahu mana satu kasut anak dia. Anak dia blur pulak bila tanya kasutnya yang mana satu. Tak tahulah kot anaknya belum pandai cakap, tak pernah pula aku dengar budak tu cakap. Aku tanya leng lui kalau-kalau dia tahu. Dia intai-intai rak kasut dan cakap tak tahu. Akhirnya ada seorang pengasuh kenal kasut anak dia.

Nasib baik lelaki tu kenal anak dia yang mana satu.

***

Tiga


Tahun 2014 akan ada lebih ramai yang tak kenal kasut anak.

6 comments:

t.a.t.a said... [Balasan]

Jangan silap anak dan silap taska sudah.

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Jangan tersalah bawak balik pengasuh ke rumah sudahlah bapak-bapaknye ooii...

aTieYusof Family said... [Balasan]

semua naik! mmg byk lah guna duit..huhu. Pelik jugak tu bila tak kenal kasut anak sendiri..adoi!...hihi

cinta said... [Balasan]

@t.a.t.a
kang tak pepasal jadi kes culik.

cinta said... [Balasan]

@Nizam.Ariff
aha, itu TERRRsengaja tu..

cinta said... [Balasan]

@aTieYusof Family
yg x knal anak pun ada.