Tuesday, January 28, 2014

Senang Je Pun

Beberapa perkara yang sebenarnya senang giler tapi apesal ramai (termasuk aku ler tu, jangan nak buat tak sedar diri - kata aku kepada diri sendiri) yang macam gila susah nak buat:

1- Bagi signal kalau nak masuk simpang.
Aku nak keluar simpang. Kereta banyak jadi aku kena sabar. Tungu dulu sampai ada peluang. Nak tunggu jalan clear memang tak lah. Ada kereta lagi, jadi aku bersabar lagi. Sekali dia masuk jalan tempat aku  duk tunggu nak keluar tu. Kalau awal-awal dia bagi signal dah lama aku dapat keluar. Cis.

2- Minta maaf kalau dah buat salah.
Bahagia betul hidup kalau semua orang minta maaf kalau dah buat salah. Oh ye, minta maaf dengan ikhlas.

3- Cakap baik-baik dengan anak sendiri.
Pelik, dengan anak sendiri cakap macam nak marah je, dengan anak orang lain cakap sambil senyum walaupun lepas kena baling dengan botol susu budak tu.

4- Diam.
Kalau bercakap asyik nak memburukkan orang lepas tu perasan bagus, kan lagi elok kalau diam. Tak susah pun.

5- Bertindak segera.
Apa-apa nak buat, buatlah segera, jangan tangguh-tangguh, jangan terhegeh-hegeh. Bangun pagi nak gi kerja boleh pulak peram tidur dulu sekali terlambat padan muka. Lepas tu asyik nak salahkan company bila dapat bonus sikit. Eheh..

6- Guna bahasa yang sopan terhadap keluarga sendiri.
Seorang bini dalam whatsapp group tulis " K, I nak masak ni, laki den nak mentekedarah". Seorang lagi tulis " I pun, cucu-cucu dah datang memekak ni". Dan omak den geleng kepala baca bahasa orang-orang tua tu semua. Kalau cakap makan kan lagi senang nak taip. Kalau taip je cucu-cucu datang kan elok. Suka pulak menyusahkan diri taip perkataan jelikdankasar.

7- Ikut giliran.
Dalam kata lain, beratur. Nak bayar tol, kat kaunter pasaraya, kat gerai nasi campur. Dah la potong Q, nak ambil lauk terhegeh-hegeh pulak, termenung depan lauk, Q (yang dipotong) tu kat belakang panjang lak tu, boleh pulak dah senduk kangkung tu letak pulak balik. Sabar je lah orang-orang kat belakang ye..

Lain-lain boleh tambah sendiri.

10 comments:

t.a.t.a said... [Balasan]

yang no. 1 tu aku selalu alami. beria la menunggu sebab dia nak terus, kita yang nak keluar simpang ni pun teragak-agak. alih-alih tengok dia masuk simpang.

hiiii rasanya macam nak langgar-langgar aje keta dia tu!

Nizam.Ariff said... [Balasan]

yg no.1 tu bukan ke kebanyakkannya lady driver?

Hahaha...

t.a.t.a said... [Balasan]

Zam, yang aku jumpa kat area sini kebanyakkannya men.

Nizam.Ariff said... [Balasan]

lady driver tak semestinya lady... hahaha

cinta said... [Balasan]

@t.a.t.a
langgar je. hee..

cinta said... [Balasan]

@Nizam.Ariff
pemerhatian aku lady driver takde masalah tang signal tapi tang tak reti bertolak ansur time jam dan perasan bagus bila drive 90km/h kat lane memotong.

cinta said... [Balasan]

@t.a.t.a
diorg nak jimat bateri keta kot.. hee..

cinta said... [Balasan]

@Nizam.Ariff
lupa pulak ada kategori lain. haha..

Daddy Ziyyad said... [Balasan]

No 1- Alhamdullilah, saya bagi signal selalu

No 2 - So far alhamdullilah, saya minta maaf, even dengan patient saya kalau buat silap

No 3 - Tang ni saya kadangkala fail! Huhuhu..kekadang hilang sabar..asyik kena marah je anak .

No 4 - 50 -50...hihihi...Jadi kena lebihkan % DIAM lepas ni..

No 5 - Selalu berlengah! Kena ubah!

No 6 - so fara saya address ahli keluarga saya dgn sopan :)

No 7 - So far saya beratur ( sambil selalu marah org yg potong Q)

cinta said... [Balasan]

@Daddy Ziyyad
wah, marah orh yg potong Q. Daring betul.. Tapi bagus juga kan, kalau tak dia tak tau dia dah 'ter'potong Q. keh2..