Thursday, January 8, 2015

26 Disember

Aku ada seorang kawan lama. Hari lahirnya 26 Disember. Ada sebab aku ingat hari lahirnya. Sebab dia pernah bercerita tentang hari lahirnya yang tak berapa seronok. Sebab pada hari itu dan hari-hari sekitar tarikh itu selalu terjadi musibah yang besar.

Antaranya ribut Greg di Sabah - 26 Disember 1996. Tsunami Acheh dan Pulau Pinang - 26 Disember 2004. Dan baru-baru ini musibah banjir yang melanda banyak negeri di Malaysia dan kemuncaknya sekitar 26 Disember 2014 terutamanya di Kelantan. Oh ya, ribut tropika Jangmi (dikenali sebagai Seniang di Filipina) juga berlaku pada tarikh sekitar 26 Disember tapi sebetulnya mula melanda beberapa bahagian di Filipina pada 28 Disember 2014.

(Jangmi yang pernah diramal oleh NASA sepatutnya melanda Malaysia pada 3 Januari 2015 tapi kemudiannya pada 31 Disember 2014 imej satelit NASA-NOAA Suomi NPP  (diambil pada pagi 30 Disember 2014) menunjukkan terdapat angin (wind shear) sedang melanggar dan memecah-belah kan Jangmi yang dalam perjalanan menuju Malaysia dan melemahkan seterusnya menghapuskan Jangmi dalam masa satu hari. Pheww...)

Dan nama kawan lama aku itu bila diterjemahkan ke bahasa Melayu maksudnya adalah 'PERINGATAN'.

Adakah kebetulan?

6 comments:

ewanthology said... [Balasan]

kebetulan je tu

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Ramai lg yg lahir bulan 12....

Dr Singa said... [Balasan]

tukar nama

cinta said... [Balasan]

@ewanthology

kebetulan sungguh.

kan.

cinta said... [Balasan]

@Nizam.Ariff

aku pun december baby juga.

baby? haha..

cinta said... [Balasan]

@Dr Singa


elok juga dia nama tu.
sbb dia suka ingatkan org lain.

kwn sy pnah kena tegur tutup aurat.
dia xterasa pun. lemah lembut dan xmengguris ati org.

oh ye, kata kwn sebilik dia dulu tidurnya beralaskan tikar shj.
senang dia nak bangun qiamullail.

gitu..