Thursday, April 30, 2015

Hari Sukan Tadika


1- Datang awal, dapat spot paling best. Oh yeah..

2- Leng lui (riben biru atas kepala) marching. Rasa aku rumah merah ni tema dia superhero. Rasa aku la.

3- Leng chai marching dengan topeng ironman. Bila dah bertopeng dan muka tak dapat dikenali, caranya ialah kena kenal kasut anak.

4-Rumah hijau marching - kontijen dari Mahkota Cheras.

Lepas tu ada nyanyi lagu Negaraku dan baca ikrar Rukun Negara. Ini takde gambar. Sebab aku warga yang patriotik berdiri tegak-tegak untuk hormat Negaraku jadi takde snap gambor.


5- Lagu Jalur Gemilang nyanyi ramai-ramai. Kerjasama cikgu-cikgu dan murid-murid yang hebat!

6- Cheer leader dari rumah merah - ade pesen gelek-gelek aku tak tahan nak gelak.

Rumah kuning punya cheerleader aku salute. Dah nak macam All Black punya war dance pulak aku tengok. Nasib takde ka ora ka ora ka mate ka mate. Tapi takde gambor. Saje dengki. Eheh.

7- Pom-pom dance. Rambu ramba. Aww..

8- Game dimulai oleh budak-budak tiga tahun. Ala comey... Game susun pinggan cawan dalam dulang. Nanti balik tolong mak ye..

9- Game budak empat tahun pulak. Kena meniti atas bench pastu pancing ikan. Leng chai tengah get ready tu.

10- Game kedua budak empat tahun - Save Water Campaign. Kena bawak dan tuang air masuk cawan team member. Jangan tumpah aa...

11- Leng chai: Haa, tenok, tenok, mane ade tupah. Hebat tan..

12- Abis game dia lari gi amik aiskrim free kat luar. Rasa aku ada tiga ke empat kali dia amik. Free kan.

13- Leng lui main tak dapat amik gambar. Ramai berkerumun. Menang pulak tu. Dah main posing sikit.

14- Acara kat dalam tak cukup. Diorang buat acara sendiri kat luar.

15- Game family. Anak siapkan bapak dengan kain pelikat, kopiah, dan spek hitam. Pastu bapak pulak siapkan mak dengan kain sarung, selendang dengan pin bunga besar, dan mekap. Hah kau. Ha ha..

16- Leng chai dapat medal.


17- Rumah merah menang. Yay..

18- Leng lui: Ai dapat gold medal yu know..

19- Pose sebelum balik. Leng chai sempat cilok satu belon kunin.

20- Keluar makan malam. Si leng chai itu dah lelap.

Friday, April 24, 2015

Menyampah


Keluar makan malam ramai-ramai.

Tapi suasana sunyi macam makan sorang-sorang.

Sebab mereka diam dan pandang telefon PINTARRRR.

Berjalan di kaki lima.

Mereka jalan tunduk dan perlahan gila dan kadang-kala brake emergency.

Rupa-rupanya kaki mereka jalan tapi mata, otak, dan hati terlekat di skrin telefon PINTARRRR.

Dalam lif. Melangkah masuk lembab yang amat, berdiri pulak kat sebelah panel  butang-butang lif, bila orang nak mintak tolong tekan buat dekkk aje, nak ke tepi bagi laluan orang nak tekan butang pun tak.

Sebab tumpuan mereka kat skrin telefon PINTARRRR.

Balik rumah anak-anak ajak main tapi kena marah dan disuruh tidur.

Rupa-rupanya mereka nak privasi mengadap telefon PINTARRRR.

Pagi-pagi bangun tidur (dah la bangun lambat) tangan cepat-cepat cari telefon PINTARRRR.

Masa memandu sekejap-sekejap kepala tunduk, lampu isyarat hijau tapi kereta macam tak nak jalan, dah jalan macam terkial-kial tak tahu nak gi mana.

Rupa-rupanya mereka ini pun sedang mengadap telefon PINTARRRR.

Pintarrrrrr sangatkah telefon itu hingga mampu membuatkan mereka hilang kepintaran?

Pathetic.

**

Siapa terasa tolong jangan sentap.
Sentap tak membawa sebarang kebaikan.
Lebih baik tanamkan azam untuk mendapatkan kembali kepintaran mengawal telefon.

Bukan dikawal oleh telefon PINTARRR.

Thursday, April 23, 2015

Selekeh


Bila aku mekap aku tahu aku tak lah bertambah jelita tapi aku tetap suka untuk menghabiskan dua ke tiga minit untuk bermekap.

Sebab bila mekap aku rasa lebih bersedia dan yakin. Dalam ertikata sebenar aku pe-rasa-n lebih lawa. Atau paling tidak, terkeluar dari liga mukabarubanguntido.

Walaupun bila letak gambar aku yang dah mekap sebelah gambar Neelofa gambar aku akan seolah-olah jatuh pada titik buta atau paling cun pun nampak macam Neelofa sebelum mekap.

Tapi sampai hari ni dah sebulan aku tak berbedak lepas bedak aku habis dan nafsu untuk beli bedak baru dikekang oleh perancangan untuk berjimat demi menyahut seruan kerajaan supaya rakyat berjimat dalam berbelanja menjadikan bedak itu nampak seperti bukan satu keperluan.

Sedangkan bedak muka itu adalah syarat sah mekap.

Dalam masa yang sama stok kanta lekap pula dah habis dan aku belum order baru atas sebab yang sama.

Jadi bulan ni aku banyak pakai spek. Nak jimatkan penggunaan kanta lekap.

Nak jadi lebih sedap cerita kisah benar ini kasut kerja juga masa ni lah dia nak rosak. Tau lah kasut murah. Eheh.

Yang tinggal cuma selipar makcik-pergi-rewang dan selipar itulah yang aku pakai ke pejabat. Nasib baiklah selipar itu ada jenama dan sedikit mahal jadi tak lah orang mengata. Agaknya lah.

Specky dengan cermin tebal sebab pakai cermin biasa (murah..) dengan power ribu-ribuan, muka tanpa mekap waima secalit bedak, dilengkapi selipar rewang. Wah wah wah. Santai kau gi ofis.

Oh ye, handbag pun ranggi sangat - beg yang sebelum ni  aku pakai untuk  isi extra diaper dan botol susu.

Beg kerja yang rupa macam beg paparazi bawak kamera dengan buku nota dan roti dan air mineral tu baru bulan lepas dah tak berbaloi diselamatkan lagi lepas poket koyak, zip rosak dan akhirnya putus talinya.

Chup! Hentikan imaginasi liar kamu. Imaginasi selalunya melebih-lebih. Aku rasa korang dah imagine rupa aku ala-ala makcik pengerusi mesyuarat tingkap kan?

Aku rasa tak lah sampai tahap tu tapi sipi-sipi tu ada lah kot.

Eh, perfume pun sikit je lagi nak habis.

Aku rasa ini namanya ujian penampilan.

Wednesday, April 22, 2015

Imported Song

~Cikodok basi

Pergi sekolah cikgu benci

Balik rumah bunuh *gigi

Pergi hospital bla bla bla lal la


*Aku syak sebutan gigi itu sebenarnya diri. Scary.

Lagu itu si leng lui yang nyanyi.  Bila dah sekolah tadika pergaulan makin luas. Tambahan tadika itu agak besar. Ada 5 kelas untuk kanak-kanak 3 - 6 tahun. Lagi ada kanak-kanak transit yang entah berapa ramai. Jadi pertembungan budaya berlaku secara lebih meluas.

Selain kutu, aku dah agak akan ada budaya import yang akan dibawa balik ke rumah. Aku tak pernah berharap budaya import itu sesuatu yang baik sebab realitinya yang kurang baik itu lebih cenderung ditiru.

Tapi aku tak boleh marah dia sebab nyanyi lagu senegatif itu. Bukan dia faham pun.

Jadi aku tukar lirik yang berbunyi negatif dan nyanyi balik macam dia nyanyi;

~Cekodok nasi,

Pergi sekolah senang hati,

Balik rumah naik teksi,

Bla bla la la la


Dan dia akhirnya nyanyi lagu versi aku tanpa perlu aku suruh.

Harap-harap dia berjaya mempengaruhi pembawa dan penyebar lagu itu di tadika.

Selesai satu kes.

Lepas ni aku tak tau apa lagi yang dia akan import ke rumah.

Tuesday, April 21, 2015

Matematik Budak Lapan Bulan



Hensem yang ini dah lapan bulan.

Ada masa sembang lebat, dan macam bayi sebaya dia tak reti diam. Tau dah.

Tapi itu bukan cerita pokok.

Ceritanya ialah dia telah mengajar mama dia bahawa budak sekecik ini juga tau buat perkiraan.

Satu hari mama dia main-main penutup botol susu dengan dia.

Mama dia pegang dan pusing-pusing dengan jari. Jarak dikekalkan supaya dia tak dapat capai.

Suka benar mama dia tengok usaha dia nak mencapai penutup botol tu.

Dia berhenti sejenak. Mama dia masih pusing-pusing penutup botol nak tarik perhatian dia.

Akhirnya dia capai tangan mamanya dan tarik dekat-dekat. Tangan satu lagi cepat-cepat sambar penutup botol.

Aksi dia buat mama dia teringat satu eksperimen chimpanzi yang dikurung dalam sangkar dan diletakkan kayu yang pendek di luar sangkar, depan lagi ada kayu panjang dan depan lagi ada pisang.

Dan chimpanzi itu capai kayu pendek, dan guna kayu pendek untuk capai kayu yang panjang, dan kayu panjang digunakan untuk dia kais pisang ke arah sangkar.

Ops, bukan maksudnya anak manusia macam chimpanzi.

Tapi kemahiran menganalisis dan membuat perkirann itu adalah satu anugerah.

Dan kejadian si hensem kecit itu mendapatkan penutup botol susu itu dengan cara menangkap tangan yang pegang penutup botol susu itu buat aku teruja sebab anak manusia sudah boleh menganalisis dan buat perkiraan sebelum dia pandai cakap, belum tumbuh gigi, dan belum pandai jalan.

Otak manusia memang hebat.

Dan Dia yang menciptakannya memang maha hebat!

Subhanallah.

Thursday, April 16, 2015

Lady Driver


Cliche betul tajuk kali ni. Eheh.

Semalam incek Rimau kena gesel dengan perempuan (Gatal perempuan tu. Haha.). Masa nak keluar simpang dia potong sebelah kiri.

Hasilnya biasalah - calar. Boleh tahan la.

Incek Papa memang hangin. Nasib baik mama ada sebelah. Kalau tak, tak tau drama apa yang jadi. Silap-silap masuk paper dengan headline - Pemandu Wanita Dilempang.

Beberapa bulan lepas mama drive sorang-sorang.

Di simpang yang sama kejadian yang sama, model kereta yang sama -  Incek Rimau kena gesel dengan perempuan yang potong sebelah kiri.

Hasil yang ni lebih sikit - calar dan dented. Grr..

Beberapa tahun sebelum tu zaman bujang senang dulu bawak kereta paling ranggi - Kelisa 1.0 GXi (Ko nampak? Manual.. Kalau jem memang masak).

Pun kena gesel juga masa nak keluar simpang. Yang gesel tu pun perempuan. Yang memotong sebelah kiri.

Yang aku heran apa pasal tiga-tiga perempuan dalam tiga-tiga kes ni suka memotong sebelah kiri time nak keluar simpang yang dah tentu-tentu kereta depan dia pun turn left sebab jalan tu memang boleh exit ke kiri je.

Berdasarkan pemerhatian aku (maksudnya ini cuma pendapat peribadi aku, sekadar hipotesis dan belum terbukti) aku buat andaian perempuan umumnya kurang kemahiran analitikal.

Lemah-lembut dan slow di jalan raya tidak bererti selamat dan bijak.

Kemahiran untuk berfikir secara analitikal dan membuat keputusan dengan cepat dan tepat adalah perlu terutama dalam pemanduan.

So lady driver (termasuk aku) - please take note and don't be offensive.

Oh ye, lepas kena gesel semalam, jemput anak-anak kat tadika, nak balik rumah hampir-hampir terlanggar kereta yang keluar simpang tiba-tiba tak reti nak berhenti dulu. Pemandu dia - perempuan.

Malu aku kat incek papa.

Tuesday, April 14, 2015

Hacked


Baru je.

Adoi..

updated:

http://www.wsj.com/articles/googles-malaysia-website-disrupted-1428984851

Ni nak log out kang keluar lagi mangkuk itam kat atas tu.

Monday, April 13, 2015

Malu Kat Orang


Setelah beberapa saranan dan cadangan yang sangat *kurang bijak rentetan pelaksanaan sistem yang memang *tak bijak tahap boleh buat orang marah aku jadi malu.

Dan aku tertanya-tanya apakah mereka tiada ke-malu-an untuk mengutarakan cadangan dan saranan sebegitu?

Atau mereka sekadar bergurau dan cuba melawak. Kan ketawa itu pengendur tekanan. Mungkin.

Aihh..

Apakata adakan ujian IQ, EQ dan sahsiah untuk semua calon wakil rakyat?

Tak pass boleh try bertanding raja lawak.

nota:
*aku cuba berbahasa sopan walaupun perkataan 'kurang bijak' itu maksudnya agak tidak kesampaian.

Thursday, April 9, 2015

Nak Tidur

Bila malam tak tidur, pergi kerja mengantuk, dalam hati berazam untuk qadha tidur kala lunchtime.

Tiba lunchtime, lepas makan tak boleh tidur.

Pejam mata, selimut dengan jaket konon bagi dunia gelap gelita tapi otak banyak pula jalan-jalancaripasal.

Time tu apa pasal otak rajin sangat nak merancang malam nanti nak masak apa, nak list down barang dapur yang dah habis, nak list down perancangan tugas balik rumah nanti, nak buat pengurusan cuti lah, nak plan untuk balik kampung dua tiga bulan lagi, itu ini itu ini sudahnya waktu lunch habis.

Ada kaitan dengan posisi dan postur kah?

Kalau betul aku ingat nak tukar kerusi yang boleh decline dan boleh baring.

Masalahnya camana lak aku nak angkut ke tingkat atas tu tanpa disedari sesiapa?

Adoi.

Monday, April 6, 2015

Langkah Pertama Berjimat Cermat


Budak yang menyengih dalam stroller tu baru lepas kena inject.
Minggu lepas inject si kecit itu. Lepas tu jalan-jalan kat tasik.

Ikutkan rutin hari tu sepatutnya keluar beli barang dapur dan top keperluan lain tapi sebagai langkah berjimat cermat fasa ke-3 perkara 1.5 (resolusi dengan rakan kongsi yang hensem kat gambar atas tu); nak gi beli barang dapur tak boleh dah bawak anak-anak untuk mengelakkan perbelanjaan di luar sangkaan.

Mesti patuh sungguh-sungguh kepada list. Mesti.

Lebih-lebih lagi injection tu saja dah habis rm280 dan tak boleh claim. Aisey...

Leng chai.
Budak ini paling merbahaya kalau bawak keluar gi kedai. Kenalah spare ringgit lebih-lebih sikit dalam poket.

Langkah kawalan, gi kedai jangan bawak dia.

Leng lui masuk salon.

Lepas tu incek papa belanja mama dan leng lui masuk salon. Takde pesen rambut kembang la tapi.

Friday, April 3, 2015

Perabot, SST, dan GST

Setahu aku GST menggantikan SST.

Setahu aku juga perabot ada SST.

Kalau tak silap aku SST perabot sebelum ini adalah 10% - 15%.

Logiknya GST membuatkan perabot lebih murah.

Semalam terbaca beritayangmacambagus

dengan headline XXX Kekal Harga Produk.

Lepas tu baca isi dia

Kuala Lumpur: XXX yang bersedia menghadapi pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) Malaysia bermula semalam menegaskan harga semua produk yang tercatat pada Katalog XXX 2015 kekal sama seperti sebelum pelaksanaannya demi menjaga kepentingan pengguna.

Pelanggan boleh terus menikmati produk dan penyelesaian hebat XXX pada kadar harga rendah walaupun selepas pelaksanaan GST. XXX berharap langkah ini boleh membantu lebih ramai rakyat Malaysia menikmati kehidupan harian lebih baik.

Menurut XXX, produk berkenaan dapat dijual pada harga lebih rendah dari tahun sebelumnya kerana dapat menjualnya dalam kuantiti yang banyak.


***

Adoiyai..

IKEA kekal harga produk

Kuala Lumpur: IKEA yang bersedia menghadapi pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) Malaysia bermula semalam menegaskan harga semua produk yang tercatat pada Katalog IKEA 2015 kekal sama seperti sebelum pelaksanaannya demi menjaga kepentingan pengguna.
Gedung perabot dan kelengkapan rumah terbesar itu dalam kenyataannya berkata, pihaknya komited menyediakan pelbagai produk kelengkapan dan hiasan kediaman dari Sweden yang direka dengan teliti, berfungsi dengan baik serta berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan untuk manfaat orang ramai.
Pelanggan boleh terus menikmati produk dan penyelesaian hebat IKEA pada kadar harga rendah walaupun selepas pelaksanaan GST. Ikea berharap langkah ini boleh membantu lebih ramai rakyat Malaysia menikmati kehidupan harian lebih baik.
Menurut Ikea, produk berkenaan dapat dijual pada harga lebih rendah dari tahun sebelumnya kerana dapat menjualnya dalam kuantiti yang banyak.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/40847?m=1#sthash.2AV7abi9.dpuf

IKEA kekal harga produk

Kuala Lumpur: IKEA yang bersedia menghadapi pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) Malaysia bermula semalam menegaskan harga semua produk yang tercatat pada Katalog IKEA 2015 kekal sama seperti sebelum pelaksanaannya demi menjaga kepentingan pengguna.
Gedung perabot dan kelengkapan rumah terbesar itu dalam kenyataannya berkata, pihaknya komited menyediakan pelbagai produk kelengkapan dan hiasan kediaman dari Sweden yang direka dengan teliti, berfungsi dengan baik serta berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan untuk manfaat orang ramai.
Pelanggan boleh terus menikmati produk dan penyelesaian hebat IKEA pada kadar harga rendah walaupun selepas pelaksanaan GST. Ikea berharap langkah ini boleh membantu lebih ramai rakyat Malaysia menikmati kehidupan harian lebih baik.
Menurut Ikea, produk berkenaan dapat dijual pada harga lebih rendah dari tahun sebelumnya kerana dapat menjualnya dalam kuantiti yang banyak.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/40847?m=1#sthash.2AV7abi9.dpuf

IKEA kekal harga produk

Kuala Lumpur: IKEA yang bersedia menghadapi pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) Malaysia bermula semalam menegaskan harga semua produk yang tercatat pada Katalog IKEA 2015 kekal sama seperti sebelum pelaksanaannya demi menjaga kepentingan pengguna.
Gedung perabot dan kelengkapan rumah terbesar itu dalam kenyataannya berkata, pihaknya komited menyediakan pelbagai produk kelengkapan dan hiasan kediaman dari Sweden yang direka dengan teliti, berfungsi dengan baik serta berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan untuk manfaat orang ramai.
Pelanggan boleh terus menikmati produk dan penyelesaian hebat IKEA pada kadar harga rendah walaupun selepas pelaksanaan GST. Ikea berharap langkah ini boleh membantu lebih ramai rakyat Malaysia menikmati kehidupan harian lebih baik.
Menurut Ikea, produk berkenaan dapat dijual pada harga lebih rendah dari tahun sebelumnya kerana dapat menjualnya dalam kuantiti yang banyak.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/40847?m=1#sthash.2AV7abi9.dpuf

Pendapat Kedua - Respon Kepada Entri Semalam.

Share.

***

ALLAH YANG NAIKKAN HARGA BARANG?!
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)

Apabila artikel ‘Kenaikan Harga Barang Ketetapan Allah’ muncul di saat rakyat sedang merasai ancaman kenaikan harga barang akibat potongan subsidi minyak oleh pihak kerajaan, majoriti rakyat memang tidak puas hati. Saya tidak tahu, apakah hasrat sebenar penulis berkenaan. Mungkin niatnya hendak meredakan perasaan rakyat terhadap kerajaan ataupun meredhakan kerajaan terhadapnya, itu tidak pasti. Kata penulis, dia bercakap dalam konteks sabar. Mungkin itu maksudnya.

Menariknya saya terbaca satu komen yang menyebut: ‘Kalau begitu pegawai-pegawai penguatkuasa kawalan harga barang sedang menentang ketetapan Allah lah?!’ Ringkas, tapi penuh makna.

Akidah

Sebelum kita pergi kepada hadis yang diguna pakai dalam penghujah isu ini, saya suka menyebut bahawa dalam sejarah umat Islam pernah muncul aliran Jabariah yang menganggap bahawa semua perkara adalah ketetapan Tuhan, manusia sama sekali tiada pilihan. Jabariah tidak termasuk dalam kalangan Ahlus Sunnah wal Jamaah, sebaliknya mereka termasuk dalam golongan Ahlul Hawa (pengikut hawa nafsu). Saya percaya penulis berkenaan tidak demikian.

Nabi s.a.w mengajar kita tentang takdir dan usaha dalam masa yang sama. Apabila manusia berusaha, namun gagal disebabkan aturan perjalanan alam yang membabit pelbagai pihak; iklim, manusia, masa dan lain-lain, maka manusia hendaklah akur dengan kehendak Allah dalam hal itu. Segala yang berlaku dalam alam ini dengan izin Allah. Tiada apapun yang boleh berlaku tanpa izinNYA. 

Namun, apa yang DIA izinkan, bukan semestinya DIA redha. Demikian, apa yang DIA redha bukan semestinya DIA izinkan. DIA tidak redha kezaliman Firaun, tetapi DIA mengizinkan kewujudan Firaun atas sistem alam yang diciptaNYA. DIA redha hamba-hambaNYA bersedekah, tapi bukan semua mereka DIA izinkan memiliki harta yang banyak, atas sistem alam ciptaanNYA. Maka, di situlah adanya pahala bagi niat yang baik. Maka, DIA juga menetapkan Hari Pembalasan selepas kematian untuk membalas kebaikan dan keburukan.

Usaha

Kita disuruh berusaha kerana keizinan Allah itu sering berkaitan dengan usaha yang menuruti sunnah ataupun tabiat ciptaan alam. DIA boleh memenangkan para nabiNYA dalam sekelip mata, namun itu tidak berlaku. Semua para nabi terpaksa berjuang dan mencari sebab musabab untuk membolehkan mereka menang. Lihat Maryam ibu Nabi Isa, ketika dia dalam keadaan lemah hendak melahirkan Nabi Isa a.s., Allah menyuruh dia menggoncang pokok tamar. Rutab (tamar masak) pun jatuh berguguran. 

Firman Allah: (maksudnya)

“(ketika Maryam hendak melahirkan Isa) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar; dia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan jadilah aku dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang! lalu dia diseru dari sebelah bawahnya:” janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai. Dan goncanglah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur ke atasmu buah tamar yang masak.” (Surah Maryam 23-25).

Lihat, padahal Allah Pemberi Rezeki, tidak bolehkah DIA gugurkan sahaja buah tanpa perlu Maryam bersusah payah menggoncangnya?! Jika pun dia goncang, sekuat mana sangat wanita yang sarat mengandung dapat menggoncang pohon tamar?! Tidakkah dia sedang mengandung dengan pilihan Allah terhadap dirinya. Ya, namun, Allah mahu hidup ini berjalan menurut tabiatnya, usaha tetap disuruh dan bantuan Allah akan mengiringnya.

Takdir

Sama halnya dengan sakit demam, walaupun segalanya ketentuan Tuhan, namun Nabi s.a.w menyebut:

“Jika kamu mendengar taun di sesuatu tempat, jangan kamu pergi kepadanya. Jika berlaku di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di situ, jangan kamu keluar daripadanya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kita kena berusaha, kita tidak boleh cakap ‘ini semua takdir’ lalu membiarkan penyakit merebak. Allah itu al-Syafi (Penyembuh). Benar, tapi kita kena berusaha mengatasi penyakit. 

Sabda Nabi:

“Bagi setiap penyakit ada ubatnya. A
pabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah.” (Riwayat Muslim).

Kata Al-Imam Nawawi (meninggal 676H ketika mensyarahkan hadis ini memetik kata-kata al-Qadi ‘Iyadh yang menyebut:

Hadis-hadis ini juga menolak golongan sufi yang melampau yang membantah berubat dan berkata: 

“Kesemuanya dengan qada dan qadar Allah, tidak memerlukan kita berubat”. Hadis-hadis ini adalah hujah para ulama dalam menolak mereka.” (Al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 359/14, Beirut: Dar al-Khair).

Jika seseorang jaga kesihatannya, namun penyakit datang juga maka bersabarlah. Anggaplah itu ketetapan Allah. Ada hikmahnya. Ada sebab musabah di luar dari kemampuan diri. Ada pahala atas kesabaran itu. Tapi jika sendiri membahayakan diri. Melakukan perkara yang merosakkan seperti mengambil dadah, ataupun rokok, ataupun apa-apa tindakan yang bahaya lalu terkena penyakit, maka sebelum dia menyerah kepada takdir, dia hendaklah menyalahkan sikapnya terlebih dahulu. 

Allah telah ingatkan (maksudnya)

“Jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan” (Surah al-Baqarah, ayat 195).

Jika seseorang mati kerana sakit atau tanpa sebarang sakit maka kita terima sebagai takdir. Namun jika dia dibunuh, walaupun itupun takdir, pembunuh mesti dihukum. Ulama tidak boleh bagitau mahkamah ‘jangan salahkan pembunuh kerana itu takdir, Allah itulah yang menghidup dan mematikan’. 

Demikian jika ada yang dirompak dan dirogol, tidak boleh kita beritahu bahawa dalam Islam penyelesaiannya ‘terimalah sebagai takdir dan bersabar, jangan salah sesiapa, rezeki ketentuan Allah’. 

Dalam Islam ada undang-undang jenayah dan pesalah boleh dihukum. Ada sistem keadilan yang wajib ditegakkan.

Jika anda masuk ke kedai, anda dapati pekedai menaikkan harga barang dan bila anda tanya kenapa lalu dia jawab “Allah menaikkan harga barang”. Apakah anda akan berkata: ‘masyaAllah, akidah awak terlalu teguh, awak sangat beriman’. Ataupun, ‘awak menggunakan nama Tuhan untuk ketamakan awak!’.

Dalam negara ini, ada berbillion projek yang dipersoalkan. Ada istana yang dibina dengan harga berbillion ringgit. Ada projek harta awam yang tersangkut atas pelbagai alasan berbillion harganya. Apakah jawapannya: ‘semua itu takdir Allah?!’. Saya juga lebih tertarik dengan kerajaan sekarang, lebih dari pembangkang, tapi bukan itu cara berhujah yang betul untuk membela.

Maksud Hadis

Apabila anda faham teras-teras di atas, maka fahamlah maksud hadis Anas bin Malik, dia berkata:
“Harga barang telah menjadi mahal di Madinah pada suatu ketika di zaman Rasulullah s.a.w. Maka orang ramai pun berkata: “Wahai Rasulullah! Harga barang telah mahal, tetapkan harga untuk kami”. Jawab Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga, yang menyempit dan melimpahkan (kurniaan), yang maha memberi rezeki. Sesungguhnya aku berharap untuk menemui Allah dalam keadaan tiada seorang pun dalam kalangan kamu yang menuntut daripadaku haknya yang dizalimi samada pada darah atau harta”. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Darimi dll. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Ertinya, jika kenaikan itu bukan disebabkan perancangan buruk manusia, tetapi secara semulajadi yang jika ditetapkan harga barang akan menzalimi para peniaga, maka hadis ini dipakai dalam suasana yang seperti itu. Ertinya haram menetapkan harga barang.
Namun, jika naik turun harga tidak semulajadi, ada unsur permainan harga maka seperti mana peniaga tidak boleh dizalimi, demikian pembeli juga tidak boleh dizalimi. Kerajaan menjaga keadilan untuk kedua pihak. Justeru Islam melarang monopoli yang zalim seperti ihtikar (hoarding/sorok barang). Jika kezaliman berlaku, pemerintah boleh masuk campur menetapkan harga barang. 

Inilah yang sarjana seperti Ibn al-‘Arabi sebut:

“Sebenarnya, harus menetapkan harga dan mengawal urusan dengan suatu undang-undang yang tidak menzalimi kedua belah pihak (peniaga dan pembeli). Apa yang disebut oleh al-Mustafa (Nabi s.a.w) adalah benar, apa yang dilakukannya adalah tepat, namun itu untuk yang betul niat dan agama mereka. Adapun kaum yang berhasrat memakan harta dan menyusahkan orang ramai, maka
pintu (peraturan) Allah adalah luas dan hukum dilaksanakan”.( Al-Munawi, Faidh al-Qadir, 2/337. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.).

Menariknya, Lajnah Fatwa Arab Saudi (fatwa 12076) juga membolehkan menetapkan harga barang dan tidak membenarkan seseorang sewenang-wenang menaikkan harga barang yang ditetapkan penguasa.

Kesimpulannya, hadis itu sahih. Konteks ia dikemukakan di waktu ini mungkin tidak tepat. Macam kata Saidina Ali bin Abi Talib kepada Khawarij:

“Satu slogan yang benar, tetapi dengan tujuan yang batil”. (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah).

Adapun saya, tidak tahu apakah tujuan tokoh agama parti berkenaan mengemukakannya. Saya serahkan urusannya kepada Allah.

Thursday, April 2, 2015

Jangan Biarkan GST Menghantui Anda


Isu GST dah jadi macam cerita seram. Ibarat pontianak yang cantik tapi menakutkan. Kat TV semua puji GST cantik. Kat luar orang semua takut GST. Kalau tak seram dengan GST itu bukan orang.

Buka paper nampak GST.

Buka emel nampak GST.

Buka blog GST lagi.

Buka whatsapp lagi lagi GST.

Ada ABCD GST.

Ada GST Tanya Apa Khabar.

Ada cerita Pak Abu belajar ABCDEFGST.

Akhirnya pagi ni dapat respons GST yang aku rasa paling menarik,  bermakna dan boleh  buat kita berlapang dada dan cuba berbahagia.

Meh aku share:

*****
Hakikatnya krisis kenaikan harga barang telah berlaku ke atas manusia sejak pada zaman Rasulullah SAW lagi, dan ia telah direkodkan dalam hadis sahih. 

Dari Anas bin Malik ra. dia berkata, “Harga barang menjadi mahal pada zaman Nabi SAW, lalu mereka (para sahabat) berkata, ‘Wahai Rasulullah, harga telah menjadi mahal maka tetapkanlah harga untuk kami.’” (Riwayat Abu Dawud)

Peristiwa ini berlaku apabila harga barang di pasar di Madinah naik, maka para sahabat bertemu Rasulullah meminta supaya Baginda menetapkan harga supaya orang-orang miskin dapat membeli barang dengan harga yang mereka mampu. Lalu apa jawab Rasulullah?

 Baginda bersabda:
“Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga itu, Dialah Allah yang melapangkan, Dialah Allah yang menyempitkan, serta Dialah Allah yang memberikan rezeki. Dan sesungguhnya aku berharap agar aku bertemu Allah SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku di dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta.” (Sahih. Riwayat Abu Daud)

Kenaikan harga barang tidak mengubah rezeki seseorang. Nabi menyatakan bahawa Allah-lah yang melapangkan rezeki seseorang hamba dan Dia juga yang menyempitkan rezeki mana-mana hamba yang dikehendakiNya.

Ini selari dengan firman Allah SWT, “Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki.” (Al-Ra’d: 26)
“Jika Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya tentulah mereka melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakiNya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hamba-hambaNya lagi Maha Melihat.” (As-Syura: 27)

Usah khuatir kerana rezeki setiap manusia pasti dicukupkan dan tidak dikurangkan sedikit pun. Kenaikan harga sama sekali tidak mempengaruhi rezeki yang ditetapkan. Ini seperti mana sabda Nabi SAW, “Wahai manusia, sesungguhnya salah seorang kamu tidak akan mati sehingga dia mendapat seluruh rezekinya secara sempurna. Maka janganlah kamu tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Bertakwalah kepada Allah, wahai manusia! Carilah rezeki secara baik, ambillah yang halal dan tinggalkan yang haram.” (Sahih. Riwayat Al-Hakim)

“Ajaibnya urusan orang Mukmin, seluruh urusannya adalah kebaikan dan ini tidak terdapat kecuali pada seorang Mukmin. Jika mendapat kesenangan dia bersyukur dan ini baik baginya, jika ditimpa musibah dia bersabar dan ini juga baik baginya.” (Riwayat Muslim)

JANGAN RISAU DENGAN GST....Allah S.W.T yg beri 
rezeki bkn makhluk...

****

Semoga GST tidak mampu merampas kebahagiaan kita.