Wednesday, May 27, 2015

Cerita Tiga Budak Pagi Tadi


Pagi tadi si kecik hensem itu champion. Macam selalu. Memang dia pertama bangun. Kadang-kadang sebelum subuh.

Mama selesai je solat Subuh mata dia celik.

Tempat kedua jatuh kepada leng chai.

Mama simpan hensem kecik tu dalam cot kat luar, mama gosok baju sekolah tiba-tiba dengar bunyi klepet klepet tapak kaki lari dan tiba-tiba "Dud monin mama!" sambil buat gaya Olaf.

Mama buat-buat terkejut. Opocot macam biasa dan leng chai keh keh gelak ingat dia berjaya buat mama terperanjat. Dia tak tau mama pandai wayang.

Nombor tiga leng lui keluar bilik terpisat-pisat duduk atas sofa dengan mata buka sikit je sambil tanya mama hari ni sekolah ke?

Mama jawab ye sekolah dan dia balas seronoklah sekolah.

Berbaloi lah mama bayar yuran tadika nampaknya. Eheh.

8 comments:

SuzieLAWAti said... [Balasan]

ikhlas ke tak dia balas " seronok lah sekolah... " ..hehehe

ke dia wayang sebab tak nak mama marah.... :P

ok .. saje jer ngusik... hahaha..

tapi tau kan klu anak2 tu seronok pegi sekolah ke tidak.... ?!
sebab dorang sentiasa jujur dan ikhlas...

Dr K said... [Balasan]

Leng lui no 3 kalau cakap " mama, hari ni MC boleh?"

hahaha

cinta said... [Balasan]

@SuzieLAWAti

kalau dia pandai wayang maknanya dia belajar dgn mamamnya.
haha..

cinta said... [Balasan]

@Daddy Ziyyad

dia tak penah minta mc.

tapi dia pernah cakap hari ni sekolah tutup.

dulu2 masa mula2 belajar duk taska.

Dr Singa said... [Balasan]

sila buat gaya olaf..
saya nak nengok

cinta said... [Balasan]

@Dr Singa

camni, ha nampak tak?
Dua tangan naik atas lebar2, satu kaki angkat.

Lepas tu jerit dud monin!!

Unknown said... [Balasan]

ramai anak banyak la ragamnya...bestnyaaa.....



Singgah blogwalking...:)
Nak tahu ade diabetes ke tak?Jom cek kat sini:
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/tanda-tanda-diabetes-yang-anda-mesti.html

cinta said... [Balasan]

@sue sue

tiga belum ramai lagi kot.