Friday, May 22, 2015

Ubah Cara Hidup (downgrade)


Kos tadika + daycare + Iqra anak-anak untuk satu bulan ialah RM1250 tak termasuk bayaran lebih masa. (Takdelah mahal pun, lebih kurang kos setting rambut orang-orang kaya jer...)

Kos susu pulak cecah rm600 sebulan (Duit BR1M pun takleh cover yu..).

Lampin lebih kurang RM 300 untuk dua bontot cumel.

Bayaran untuk tadika + daycare + kelas Iqra memang tak boleh buat apa dah. Nak yang baik untuk anak-anak, kenalah berkorban sikit.

Sebagai langkah berjimat-cermat dan ubah gaya hidup saranan kerajaan Malaysia yang sangat bijak dalam menguruskan kewangan negara, aku mulakan dengan menukar jenama susu yang lebih mesra poket.

Setelah dikira-kira penjimatan untuk susu setelah berpaling tadah ke jenama baru adalah sebanyak 30%. Nanti nak ushar kat kedai singseh pulak.

Lepas tu kos lampin. Hmm.. Ini memang dah selalu buat. Memang beli lampin yang ada offer. Tak kira jenama.

Lagi, tahun ni kena buat operasi diaper-free secara paksa untuk si leng chai itu. Mmmph.

Ada lagi, ingat nak tukar jenis beras.

Beras-beras yang lebih menyihatkan itu sekarang hanya layak untuk orang-orang kaya.

Tapi ini kena dapatkan approval incek papa sebab dept beras dia yang jaga.

Lagi, segala macam supplemen mungkin dihentikan. Cuma beli bila ada lebihan tunai sahaja. Tapi camtu tak istiqomah la pulak ambil supplemen. Huh.

Tapi supplemen untuk anak-anak tak boleh potong. Potong untuk diri sendiri je. Amalan ni namanya rakyat didahulukan.

Lagi aku ingat nak tanam sayur-sayuran kat beranda rumah. Sekurang-kurangnya cili. Atau mungkin juga kangkung.

Ini kalau Ah Jib Gor tahu mesti dia bangga ada rakyat macam aku. Silap-silap dia suruh ternak puyu sekali kat beranda yang sekangkang monyet itu.

Lagi, emm, nak kurangkan beli lunch dan sarapan kat ofis. Seboleh-bolehnya semua masak sendiri. Sahut saranan menteri yang CGPA 3.85 tuh pulak.

Purata kos sarapan dalam dua ringgit, lunch dalam 5 ringgit. Kali dua jadi 14 ringgit sehari. Boleh jimat 14 ringgit.

Macam tersangat betul saranan YB yang CGPA 3.85 tuh. Tapi dia tak tau ini bermakna aku kena korbankan lagi waktu tidur yang sekarang paling lama boleh tidur 4 jam je pun (setelah dijumlahkan) untuk siapkan bekal dan segala proses masak dan cuci kemas pinggan mangkuk ayun.

Untuk barang-barang dapur, hmm, dah tak tahu mana nak jimat lagi dah sebab memang aku dah siap catu dari dulu. Mungkin boleh kurangkan kuantiti processed food. Tapi, tak banyak pun sebab selalu pun beli barang mentah. Haddoi.

Harap-harap bila pelan penjimatan ni dilaksanakan aku tak perlu lagi usik simpanan. Harap-harap tiada lagi defisit

8 comments:

Julie Shahril said... [Balasan]

woww..menteri kewangan dah buat kira2 yer. hahaha.

kita, benda lain bole cut...tapi tambang naik erl ngn lrt tiap2 bln x boleh cut dah...kalo nak cut kena jln kaki la den dari putrajaya ke opis..hehe.

Wak Lat said... [Balasan]

salam. hee saranan YB yang CGPA 3.85 tuh memey very deep ;p

cinta said... [Balasan]

@julie shahril

kak julie, kalau saya jadi menteri kewangan agak2 dalam 5 tahun boleh kurang separuh utang negara tak? Keh3..

kalau jalan kaki dari putrajaya ke ofis agak2 baper hari baru sampai? Cer try.

cinta said... [Balasan]

@tiga lalat

salam.

tapi klau yb tu baca pun rasanya takde rasa pape kot. Taknak dia layan entri org yg cgpa 3.49 nih.

gadisBunga™ said... [Balasan]

sebab tu kat umah saya membebel dengan adik2 yang tahu mintak duit je tapi tak reti nak berjimat. kaklong sangat!

mamawana said... [Balasan]

dah habis berjimat dah nunggu posa jer.

cinta said... [Balasan]

@gadisBunga™

oh std kak long mmg camtu. haha.

cinta said... [Balasan]

@mamawana

kdg2 bila posa belanja lagi tinggi dari bln xposa.