Thursday, November 26, 2015

Sekolah yang Bagus

Memandangkan si leng lui itu bakal melanjutkan pelajaran ke sekolah rendah (bukan tahun depan tapi), sekarang mamanya sedang berkira-kira di sekolah mana si leng lui ini akan bersekolah.

Maka mamanya pun mula lah ushar sana ushar sini mana sekolah yang sesuai dengan princess mama yang ini.

Ada satu sekolah. Kata orang sekolah yang itu bagus. Tapi jauh lah sikit.

Sekolah yang dekat ini pula kata mereka kurang bagus.

Tapi bagaimana menilai sekolah yang bagus?

Sekolah yang bagus mengikut pandangan kebanyakan ahli komuniti kita adalah sekolah yang berprestasi tinggi yang tersohor dengan tahap pelajar lulus peperiksaan adalah seratus peratus dan bilangan A yang berbakul-bakul.

Maaf. Pendapat di atas (jangan pandang atas) tidaklah mampu aku terima mengikut perkiraan otak dan naluri kemanusiaan aku.

Sekolah tempat belajar ilmu. Bukan tempat kejar A dan ranking.

Bukan sekadar nak habiskan silibus lepas tu hafal sekerat-sekerat mana-mana yang mengikut ramalan nujum peperiksaan bakal keluar dalam peperiksaan.

Eleh. Macamlah aku tak tau trick n treat untuk skor exam. Aku bekas scorer kot (eh TERcanang pulak. Sori..).

Lambat pandai takpe asalkan ada kesungguhan dan akhirnya ilmu itu mampu dikuasai. Setiap orang ada kemampuan yang tak sama. Itu fakta.

Belajar ilmu dan esok jadi orang. Ini kata orang kampung aku dulu-dulu.

Betul. Biar jadi orang.

Bukan jadi budak yang depan mak bapak pijak semut pun tak mati tapi kat sekolah kaki buli kawan sampai mati.

Bukan setakat dapat cgpa tinggi tapi idea macam longkang tersumbat.

Bukan jadi pemimpin yang dulu kini dan selamanya kelentong.

Bukan belajar tinggi-tinggi tapi dah besar tak reti nak cari makan.

Bukan jadi pemegang amanah yang khianat.

Bukan jadi ustazah yang ijazahnya berderet-deret tapi memperlekehkan hukum Allah.

Bukan jadi technician yang pakar repair itu ini tapi merosakkan anak orang.

Bukan jadi cikgu yang tak minat pun nak jadi cikgu.

Bukan jadi doktor yang selfie dalam bilik bersalin berlatar belakang yang mengaibkan.

Eh, macam makin jauh dari jalan cerita. Huh.

Ok berbalik cerita sekolah untuk leng lui.

Setelah berkira-kira aku rasa aku nak sekolah kebangsaan yang biasa-biasa.

Sekolah yang TIDAK menjadikan bilangan A dan ranking sebagai tujuan dan inspirasi sekolah.

Sekolah yang cikgu-cikgu nya mendidik anak-anak jadi insan.

Ya. Jadi insan. Yang berakhlak.

Ada ke sekolah macam tu kat sini? Hah? Hah?

13 comments:

Saniah said... [Balasan]

Betul tu,, sekolah yang biasa2 saja,, kalau rajin dan berusaha gigih akan jadi yang luar biasa..

AtieYusof said... [Balasan]

Biarlah anak2 cemerlang dalam akhlak sbnrnya..itu lebih baik..daripada cemerlang akademik tapi akhlak entah kemana..huhu...
harapnya jangan jadi sperti org yg "Bukan" diatas...

cinta said... [Balasan]

Wah tersuka lah idea tu.
Berusaha gigih akan jadi luar biasa!

cinta said... [Balasan]

Akhlak n moral rak lulus pun boleh masuk u :p

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Dunia dah nak kiamat....elok la pandang jauh ke akhirat..

cinta said... [Balasan]

*tak.

Wak Lat said... [Balasan]

semoga lenglui n lengchai semua membesar sebagai johan., hehe2

AtieYusof said... [Balasan]

Salam Jumaat :)

cinta said... [Balasan]

Komen ni bila dibaca 2 - 3 kali mcm nk suruh antar skolah agama pn ada. Hehe.

cinta said... [Balasan]

Johan yg baik2 wpn maknya mcm agak ganaz. Keh3.

cinta said... [Balasan]

Wsalam..

Dr Singa said... [Balasan]

bukan saya yang selfie itu..
eh..
tetiba..

cinta said... [Balasan]

Eh eh.. haha.
Apa barang selfie dlm hospital kan kan kan.