Tuesday, December 1, 2015

Mudah


Ada beberapa perkataan yang aku rasa orang Malaysia lebih banyak sebut dalam bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu.

Antaranya:

So berbanding Jadi
Assignment berbanding Tugasan
Office berbanding Pejabat
Order berbanding Pesan
Cancel berbanding Batal
Something berbanding Sesuatu
T-shirt berbanding Baju T
Make-up berbanding Solek
Lipstick berbanding Gincu
On the way berbanding Dalam perjalanan
Check berbanding Periksa
Simple berbanding Ringkas
Exam berbanding Peperiksaan
Library berbanding Perpustakaan
Highway berbanding Lebuhraya
Pass berbanding Lulus
Shortcut berbanding Jalan pintas
Handphone berbanding Telefon bimbit
Call berbanding Panggil
Flight berbanding Penerbangan
Train berbanding Keretapi
Install berbanding Pasang
Download berbanding Muat turun
Keyboard berbanding papan kekunci
Control berbanding Kawal
Maintenance berbanding Penyelenggaraan
Joystick berbanding tuas kawalan
Soundtrack berbanding Runut bunyi

Tapi rasa aku ada perkataan yang kalau disebut dalam Bahasa Melayu jangan kata orang Malaysia, orang Melayu sendiri pun mungkin tak faham.

Mungkin sebab perkataan dalam bahasa Inggeris lebih pendek, ringkas dan senang disebut menjadikan perkataan bahasa Inggeris menjadi pilihan.

Orang kita memang sukakan ringkasan kan.

K bai.

8 comments:

julie shahril said... [Balasan]

mouse berbanding tetikus
motherboard berbanding papan induk

kebanyakan komponen komputer semua kita sebut dlm english, kalau sebut dlm BM mcm lawak gila

SuzieLAWAti said... [Balasan]

aloohhhh..... baru je guna tadi... :(

cinta said... [Balasan]

Joystick kalau salah translate (er.. terjemah) boleh jadi kayu gembira. Haha.

cinta said... [Balasan]

Yg mana satu kak su? Hehe.

tiga lalat said... [Balasan]

bahasa jiwa bangsa., hehe2 dh lama x bukak kamus dewan ;p

cinta said... [Balasan]

Takpe. Buka Oxford pulak. Ada perkataan baru update tahun ni - LEPAK.
Serius :D

theIzuddin said... [Balasan]

hehe senyum je baca, memang jarang sangat guna betu-betul bahasa melayu melainkan dalam surat menyurat.

cinta said... [Balasan]

Sapa mampu berkomunikasi dlm Bahasa Melayu yg betul sebutan dan tatabahasa tanpa slang mmg hebat. Hehe.