Friday, December 18, 2015

Selamat Beramal

Semoga anak-anak ini menjadi insan yang mengutamakan redha Allah

قال معاوية رضي الله عنه لما قال لها: اكتبي إلي كتاباً توصيني فيه ولا تكثري علي. فكتب عائشة رضي الله عنها إلى معاوية: سلام عليك أما بعد فإني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: من التمس رضا الله بسخط الناس كفاه الله مؤنة الناس، ومن التمس رضا الناس بسخط الله وكله الله إلى الناس والسلام عليك. رواه الترمذي

“Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah dengan marahnya manusia, maka Allah akan cukupkan baginya akan segala keperluannya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari redha manusia dengan kemurkaan Allah, maka Allah menyerahkan nasibnya kepada manusia.”

Hadith tersebut adalah hadith sahih di dalam Sunan at-Tirmizi. Iaitu ketika Mu’awiyah meminta wasiat kepada isteri Baginda, Aisyah dan lalu ‘Aisyah menulis seperti yang pernah disebutkan oleh Baginda seperti hadith di atas.

Ps: aku budak baru belajar

2 comments:

cinta said... [Balasan]

Ini jawapan org yg bkn ustzah. Mtk pastikan dgn ustaz2 bertauliah ye.

lebih krg gini,

Perhatika ayat سخط di atas. Klau dterjemahkan scr direct membawa maksud discontent or ketidakpuasan hati.

Maksudnya carilah redha Allah wpun manusia tak suka. Laksanakan perintah Allah wpun manusia benci, tak puas ati n perasaan yg sewaktu dgnnya.

Cthnya bila ada kumpulan nk laksanakan hudud yg diperintahkan Allah, maka ada yg tak puas hati dan benci sampai nak keluar Msia kalau hudud dilaksanakan di Msia. Dan kumpulan yg nk melaksanakan hudud itu tetap meneruskan agenda demi mndpt redha Allah wpun menjadi tidak popular dan tidak disukai ramai manusia.
Itu cth nk mndptkn redha Allah dgn marahnya (kemarahan) manusia.
Harap jelaslah ye.
Boleh tanya ustaz yg lebih bertauliah dan spesis yg mengharapkn redha Allah.
Psst.. ada juga ust yg lebih gmbira mndpt sanjungan manusia ;). Jd hati2lah ye. Doa dlm hati mtk Allah bimbing ke jln yg lurus.
Tq ats soalan yg seronok nk jwb wpun pjg nor nk mnaip. Byk lak typo kna repair.

cinta said... [Balasan]

Oh ye lupa lak. Jgn lak salah faham dgn marahnya manusia tu sesuka ati nk cari gaduh.

Akhlak msti jaga. Common sense mesti elok berfungsi

Sekian.