Monday, December 21, 2015

Rahmat

Hari ni baru 21 haribulan. Ada 4 hari lagi hari gaji.

Poket dah kering. Secara teknikalnya dah negatif pun.

Bukan berhutang dengan orang lain tapi.

Berhutang dengan akaun simpanan bank yang lagi satu.

Tapi fakta poket dah kemarau itu memang benar.

Hari ni datang kerja berbekalkan beberapa sen.

Juga berbekalkan sarapan benjo yang kalau beli kat luar mau cecah 3 ringgit lebih kot dan bento nasi dengan gulai lemak cili padi tenggiri+sambal gesek+telur mata yang kalau tapau kat luar harga boleh cecah 6 - 7 ringgit.

Tapi kan, bila poket kosong yang betul-betul kosong dan akaun rezab itu dah ditahan bersungguh-sungguh daripada menderma ke dalam poket, tapi hati tak rasa gundah gulana itu aku rasa adalah satu rahmat.

Hati masih menyanyi girang.

Semua masih terasa cukup.

Susu dan lampin anak cukup.

Makan pakai cukup.

Psst dalam poket kekeringan tiba-tiba mak mertua sedekahkan bekalan dapur. Memang la terasa cukup. Hehe..

Tapi faktanya ialah Dia yang memberi rezeki.

Gaji tak sebesar mana pun boleh lagi hidup dengan cukup segala keperluan.

Tak mewah tak apa.

Terasa cukup itu satu kebahagiaan.

Segala puji untuk Allah (yg tunggal) tuhan sekalian alam.

*****

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻏْﻨَﻰ ﻭَﺃَﻗْﻨَﻰ

"dan Dia-lah yang memberikan kekayaan dan kecukupan." (An-Najm : 48)

*****

Tapi kalau usaha lebih dan dapat rezeki lebih dan boleh sedekah sana sini lagi bagus kan.

6 comments:

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Niat tu dah bagus....kipidap

cinta said... [Balasan]

Cuma doakan kita xlupa diri kalau dh senang nanti.
Lupa diri tu betul2 menyeramkan.

tiga lalat said... [Balasan]

bersyukur je, ., ;p

SuzieLAWAti said... [Balasan]

INshaaAllah....

cinta said... [Balasan]

Alhamdulillah gaji bln ni byr awal sehari. Heheh.

cinta said... [Balasan]

Tq k. Su :)