Wednesday, December 30, 2015

Tafsiran Pemerhati Seni



Penulis: ni apa?

Pelukis: ni choo choo train.

Penulis: ni apa?

Pelukis: ni rumah ampang.

Penulis: apa pasal choo choo train ni nampak macam ambulan je?

Pelukis: ni choo choo train ambulan.

Penulis: ni kolam ke ada ikan dalam ni?

Pelukis: ni ikan kat taman tasik.

Penulis: wa hebat lah lukis.

Pelukis: (hidung kembang kempis sengih lebar-lebar)

*****

Kesimpulan sebagai pemerhati seni:

Subjek utama adalah kenderaan.

Asalnya dia nak lukis keretapi.

Sebab dia memang suka keretapi dan selalu cerita pengalaman dia naik keretapi dan lrt dengan nenek dari Seremban sampai KLCC.

Jadi dia berimaginasi ada keretapi ke rumah dia.

Tiba-tiba memori naik kereta bomba masa lawatan ke balai bomba mencelah.

Lalu keretapi bertukar jadi kereta bomba.

Masa sesi temubual dia kata ambulan sebab dipengaruhi soalan 'ni macam ambulan je'.

Rumah pangsa tu gambaran tempat tinggal dia.

Dia kata rumah dia besar. Dia pernah minta mama dia beli rumah 'kecik' macam rumah nenek.

Dia tak tau rumah 'kecik' macam rumah nenek tu kalau kawasan situ mau cecah juta-juta harga dia.

Kata orang tempat jatuh lagikan dikenang.

Dan taman tasik tu tempat dia selalu jatuh. Biasa lah pattern budak tak reti diam.

Jadi ikon utama taman tasik tu kolam dan ikan pun dizahirkan di atas kertas lukisan.

Tapi yang berselirat tu tak taulah menda.

Anggap saja itu garisan topografi.

Sekian.


4 comments:

SuzieLAWAti said... [Balasan]

haahahah... hebat daya imaginasi leng cai.. ..!!

lepas mama cerita.. cik su tgok balik lukisan dia.. cik su membayangkan.. lukisan tu ke alam realiti..,

kipidup...!!!... bagus2..

cinta said... [Balasan]

Lukisan tu sebagai tingkap untuk mentafsir jiwa pelukis.

Boleh jadi juga kesimpulan memori dia untuk 2015.

Bagus tu bagus. Tapi dinding n bb cot pun dah jd dinding galeri seni yg xtahan ni. Grr..

tiga lalat said... [Balasan]

wahh bakat seni melukis tu mmg hebatzz., mak kena buatkan blog utk si lengchai nih., nnti 20 tahun nnti dia tgk gmbr dia kecik2 nih mesti dia terharu., kihkih2

cinta said... [Balasan]

Hehe2. Xlarat nk bela 2 blog wak.
Simpan je dlm file.