Tuesday, May 31, 2016

Movie Review : Angry Birds

Konon-konon sempena cuti sekolah bawa anak-anak tengok movie.

Beli tiket sesi family friendly. Kalau dah nama family friendly kau faham-faham je lah. Akan ada iklan-iklan secara live ; iklan susu - bunyi bayi lapar, iklan kanak-kanak milo yang bertenaga - tak reti diam dan ada masalah volume control, iklan kanak-kanak ribena yang riang gembira ketawa dengan lawak yang tak macam lawak. Tapi akhirnya kita pun akan turut ketawakan ketawa diorang yang comel.

Tapi family friendly tu bukan masalah bagi aku sebab aku sendiri pun bawak kanak-kanak susu, ribena dan milo.

Masalahnya bila tengok movie tapi rasa macam adoi bila nak abis ni.

Dan rasa macam menunggu untuk rasa terhibur tapi tak sampai-sampai.

Dan rasa menyesal dah membazir masa, tenaga dan duit.

Dan rasa tobat dah tak nak tengok movie di bawah jenama yang sama.

Dan bila anak tanya, "mama bila nak abis ni" memang buat aku rasa menyesal macam college student salah pilih kursus.

Kalau kau pernah tengok Rio atau Rio2, jangan letak harapan pada Angry Birds sebab nanti kau akan kecewa.

Dan bila movie tamat anak kata yay dah habis :p

Tapi untuk mereka yang sedang mengikuti angry management course movie ni mungkin sesuai untuk melatih kesabaran.




Friday, May 27, 2016

Cikgu-cikgu yang Comel


Ini bukan budak sekolah.

Ini cikgu-cikgu sekolah tadika.

Comel kan.

Thursday, May 26, 2016

Tenggelam Timbul

Apa pasal itik ni timbul setengah tenggelam setengah.

Hari ni budak-budak tadika itu exam sains.

Pagi ni si leng lui tanya sains tu apa?

Adoi.

Wednesday, May 25, 2016

Planet Sistem Suria


Satu hari si leng chai itu minta kertas.

Dah dapat kertas dia capai balang plastik yang aku isikan segala mak nenek pensel warna krayon pen pensel bagai.

Biasalah, kutip celah-celah sofa, bawah meja, dalam tong kitar semula pun ada, jadilah rojak pensel warna.

Selesai lukis dia datang bercerita.

Mula-mula okay lah dia cerita pasal planet-planet yang dia lukis dari mercury, venus, earth, mars, jupiter, saturn, uranus, neptune, pluto.

Hari-hari dia asyik ulang cerita planet sampai nama-nama planet melekat kat otak mama dia.

Lepas tu dia cerita pasal bintang lain yang lagi besar dari matahari.

Dia cerita pasal canis majoris, aldebaran, betelguese.

Tapi semua tu takde dalam lukisan dia.

Mungkin sebab tak muat ruang  kertas. Almaklum, bintang gergasi.

Friday, May 20, 2016

Eksperimen Tanam Rumput


Si leng chai itu tanam benih rumput di sekolah.

Sambung eksperimen di rumah.

Bangun pagi nak siram rumput dulu sebelum siram diri sendiri.

Dia suruh mama letak kat cahaya matahari.

Dia kata pokok nak hidup kena ada cahaya matahari dan air. Bagus. Tercapai objektif eksperimen.

Tapi pagi ni lupa siram. Harap-harap rumput tu panjang umur.

Thursday, May 19, 2016

Tertib

Nak bercerita pasal agama mesti berilmu.

Nak berilmu mesti berguru.

Nak berguru mesti yang berakhlak.

Nak berakhlak mesti beriman.

Tuesday, May 17, 2016

Hadiah Hari Guru


Semoga cikgu mengajar dengan lebih bertenaga.

Monday, May 16, 2016

Cikgu - Fadil Turbo & Ezeri Layang Puteh


Bersempeno hari guru ambo blanjo saing-saing lagu untuk cikgu dari Tanoh Serendoh Sekebun Bungo.



Cikgu..Sobarlah Cikgu..
Hok baik Cikgu, hok jahat Cikgu
Gotu goni Cikgu, semuo alah Cikgu...

Kalu takdop Cikgu, kita tokleh gaji beribu
Tidok kerana Cikgu, aku tokleh nok jadi Cikgu
Kalu takdop Cikgu, mu tok reti baco buku
Tidok kerano Cikgu, aku tokleh nok nulis lagu

Cikgu..Sobarlah Cikgu..
Hok baik Cikgu, hok jahat Cikgu
Gotu goni Cikgu, semuo alah Cikgu...

Kalu takdop Cikgu, kita tokleh lesen memandu
Tidok kerano cikgu, kito naik kereto lembu
Kalu takdop Cikgu, undang² kito tok tahu
Tidok kerana Cikgu, jale rayo buleh celaru

Cikgu..Sobarlah Cikgu..
Hok baik Cikgu, hok jahat Cikgu
Gotu goni Cikgu, semuo alah Cikgu...

Kalu takdop Cikgu, beruk tokleh nok rukah nyior
Tidok kerano Cikgu, beruk nok pulas buoh hok mano
Kalu takdop Cikgu, mudo tuo tokleh tanyo
Tidok kerano Cikgu, beruk kero naik bengo


Kalu takdop Cikgu, tokleh pinje duit amanah
Tidok kerano Cikgu, tok lepah kito menguah
Mujur ado Cikgu, kehidupe jadi kemah
Kerano ado Cikgu, buleh nego serial samah

Kalu takdop cikgu, takdop ore la nok mengajar
Tidok kerano Cikgu², manusia tidok pandai
Mujur ado Cikgu, ada menteri doktor pakar
Kerana ado cikgu², ramai ore jadi pegawai

Terima kasih Cikgu, atas jasa² Cikgu
Penat jerih Cikgu², hidup kito buleh maju
Ilmu dari Cikgu, tokleh bayar duit beribu
Cikgu Cikgu wahai Cikgu, Cikgulah idolaku...

Cikgu...Cikgu...Cikgu...

Fadil Turbo & Ezeri Layang Puteh ©2013

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru


Untuk semua guru seluruh Malaysia

Terima kasih cikgu!

Thursday, May 12, 2016

Orang Kaya dan Fakir Miskin

Miskin : tidak berharta benda, serba kekurangan (dlm barang-barang keperluan hidup), me­larat, papa.

Orang kaya : orang yg berharta, hartawan.

Sumber dari Kamus Dewan Edisi Keempat

Katakan dalam pengkelasan status ekonomi TIADA klasifikasi sederhana atau kelas menengah, yang ada cuma KAYA atau MISKIN.

Berdasarkan pengertian dari Kamus Dewan seperti yang di atas (kau jangan dongak pandang atas pulak), aku rasa kita; aku dan kau yang sedang membaca ini jatuh dalam kategori orang kaya.

Aku tahu kau mungkin ada seribu satu kesulitan ekonomi. Aku juga.

Tapi berdasarkan pengertian miskin di atas untuk jatuh dalam kategori orang miskin adalah tidak tepat .

Ada tempat berteduh yang baik walaupun bukan banglo, ada kereta yang selesa walaupun bukan kereta mewah, cukup pakai walaupun tak berjenama, masih mampu beli baju baru walaupun setahun sekali, cukup makan, atau mungkin terlebih makan, mungkin sekarang kau sedang membaca sambil mengunyah kacang putih, mampu beli berus gigi, cukup keperluan asas walaupun hutang separuh pinggang, mampu langgan astro (beyond pulak tu) - adalah alasan yang cukup untuk tidak diklasifikasi dalam kelas orang miskin.

Jadi sebagai orang kaya, aku rasa adalah satu tanggungjawab untuk meringankan beban orang miskin.

Aku tau antara korang ramai je yang tak banyak cash. Aku pun. Makan pun ala kadar, datang kerja pun bawa bekal. Berbelanja pun berjimat cermat. Aku pun.

Tapi tolong orang miskin tak perlu pakai banyak duit.

Begini.

Kalau jumpa orang merempat di tepi-tepi jalan kita tak perlu lah derma duit.

Kita derma lah roti ke, air ke, belikan nasi ke, dan kalau yang ada anak kecik dermalah biskut ke, susu ke, doorgift cupcake yang kita dapat masa kenduri kahwin tu pun boleh, botol susu yang anak kita dah tak pakai tapi masih elok, baju-baju yang dah tak pakai tapi masih elok etc.

Perasan tak mereka yang merempat tepi jalan ni tak semuanya mengemis.

Ada yang malu untuk mengemis. Kita faham. Kita pun manusia. Kan.

Memanglah, aku tahu ada antara mereka yang ambil kesempatan.

Ada yang dieksploitasi oleh sindiket.

Aku tahu itu. Aku pun pernah nampak.

Habis sesi minta sedekah ada alphard putih cermin gelap datang kutip diorang.

Tapi kalau disebabkan segelintir penipu ini kita nak hukumkan semuanya penipu aku rasa tak adil.

Lagipun kita tak dermakan duit jadi kalau secara tak sengaja kita menderma kepada sindiket ini tak lah memberi hasil kepada penipu besar yang mengeksploitasi mereka.

Kita yang cukup serba-serbi rasa hidup makin susah. Diorang apatah lagi.

Tak kiralah apa latar belakang diorang, warganegara ke tidak, agama apa pun, tolaklah ke tepi prejudis dalam hati kita. Lebih-lebih lagi aku tengok ramai yang merempat ni beridentitikan Muslim.

Aku rasa ramai yang tahu cerita Rasulullah s.a.w. dengan perempuan buta Yahudi yang suka caci maki Rasulullah kan? Yang mana Rasulullah s.a.w. siap suapkan lagi makanan untuk dia dan perempuan buta tu tak tahu itulah orang yang dia sedang maki.

Meh lah kita ambik pengajaran dari situ.

Dan jangan lupa, sambil sedekah ikhlaskan hati dan niatkan kerana Allah, diam-diam, tak perlu nak bagitau orang.

Sedekahkan juga doa semoga kefakiran mereka tidak membawa kepada kekufuran. Mana tau, ada yang pakai duit sedekah buat beli nombor ekor. Setan memang pandai ambil peluang. Nauzubillah.

Doakan Allah takdirkan yang terbaik untuk mereka dan untuk kita.

Doakan Allah bukakan hati mereka dan kita untuk terus terima hidayah.

Lagipun nak harapkan amal lain memang tak banyak dah.

Meh mula. Harta banyak-banyak tu bukan boleh bawa masuk kubur pun kan?

Wednesday, May 11, 2016

Sepatu Untuk Leng Lui

yang paling tinggi itu leng lui punya

Dua tahun lepas si leng lui aku mengadu kasut dia dah tak cantik sebab riben hiasannya dah tanggal.

Kebetulan ada bunga dengan riben merah yang diikat pada bekas wedding doorgift yang nampak sepadan.

Aku tampalkan pada kasut pink budak bulat ni.

Bulan lepas aku alter kasut leng lui yang aku beli sebelum raya tahun lepas.

Kasut warna dusty pink (pink lagi..) yang dia pakai hari-hari tu riben hiasannya dah tertanggal.

Aku ganti dengan manik-manik putih konon nampak macam mutiara.

Macam biasa apa je aku alter kat kasut dia dia akan cakap terima kasih dan puji kasut tu cantik.

Tapi itu hari aku tengok kasut dia dah tahap hampir nazak. Tapaknya haus dengan tumit kasut dah pupus. Safety hazard bagi aku.

Teringat pulak cerita Children of Heaven. Sob..

Jadi semalam lunch time aku keluar beli kasut.. eh selipar untuk gantikan kasut terompah dia.

Berbekalkan 72 ringgit; sekeping 50 untuk kasut, sekeping 20 untuk tapau makan tengah hari untuk dua orang dan 2 ringgit spare duit kecik.

Sekali selipar yang aku berkenan tu harga dia 65 ringgit termasuk GST. Harga tipu yang tertampal kat tapak kasut RM89.99.

Jadi aku tapau nasi untuk seorang sebab duit tinggal 7 ringgit je. Nasi kukus ayam rempah RM6.50. Tanpa GST aku rasa. Baki 50 sen.

Sudahnya aku merarau nasi lemak cpl.

2 bungkus. Erk... Alhamdulillah kenyang..

Pizza 123 - Ringkas dan Cepat

Langkah pertama

Langkah kedua

Langkah ketiga

Langkah Pertama - Penyediaan.

Bahan-bahan seperti yang terdapat dalam gambar:
1-Roti sandwich.
2-Puri tomato.
3-Keju parut mozarella (guna keju slice pun boleh).
4-Hirisan sosej daging lembu (kalau guna pepperoni lagi sedap).
5-Hirisan timun jeruk (kalau guna hirisan zaitun lagi sedap).
6-Bawang besar (kalau guna bawang holand lagi sedap).

Cara-cara
1-Sapu puri tomato pada roti. Sapu nipis dan rata.
2-Tabur keju.
3-Tabur hirisan sosej, bawang dan timun jeruk.

Langkah Kedua - Masak.

Bakar pada suhu sekurang-kurangnya 200 darjah celcius selama lima minit.

Langkah Ketiga - Hidang.

Hidangkan dengan sup krim cendawan. Pakai sup cendawan segera je. Hehe.

Hidangkan dengan salad dan buah untuk hilangkan rasa bersalah makan makanan berkalori tinggi.

Selamat mencuba!

Friday, May 6, 2016

Feminisme Dari Perspektif Aku

Sebelum ini aku suka kalau aku dilabel penyokong feminisme. Tapi sekarang setelah aku tengok pemahaman feminist ini aku rasa aku patut menjauhkan diri dari ideologi ini.

Ops, jangan salah faham. Tidak menyokong idea feminisme tidak bermaksud aku menyokong chauvinism. I am totally against it. Hey, aku perempuan beb!

Aku sokong hak wanita untuk mendapat peluang pendidikan, peluang berkerjaya, dan peluang-peluang lain sama seperti lelaki.

Aku sokong hak wanita untuk mendapat layanan yang baik tanpa mengira gender, malah aku rasa sepatutnya wanita dilayan dengan lebih baik berbanding lelaki.

Aku sokong hak wanita untuk hidup dengan aman dan sejahtera tanpa tekanan gender.

Tapi feminisme adalah jauh lebih daripada itu. Malah sampai satu tahap yang aku rasa mengancam kesejahteraan dan hak eksklusif wanita.

Perasan tak ideologi ini menganjurkan kesamarataan total antara gender.

Dan sedar tak apa bahayanya.

Sebelum aku jawab persoalan di atas meh kita tengok berita ni dulu.

Baru tadi terbaca berita tentang seorang pelajar Swedish bergambar topless untuk majalah sekolah.

Alasannya boleh baca screenshot ni. Kalau kau terpaksa sepetkan mata kau klik lah gambar tu bagi nampak jelas.


klik sini untuk berita penuh

Mula-mula perhatikan alasan pelajar ini ; dia rasa sebagai seorang feminist dia bebas untuk mendedahkan seberapa banyak bahagian tubuh seperti mana yang dilakukan kaum lelaki.

Dan dalam blognya dia berpendapat wanita ada hak untuk mendedahkan dada di khalayak umum sama seperti lelaki.

Dia juga berpendapat bahawa tiada perbezaan biologi antara lelaki dan wanita.

What?!

Of course there is. Buto ko apo? Man and woman are biologically different. Science has proved it. Hello..

Dia sambung lagi, katanya wanita bukan objek. Wanita adalah manusia.

Memanglah.

Sebab itu menafikan perbezaan biologi lelaki dan wanita adalah mengarut dan menyamaratakan wanita dengan lelaki dalam segala segi adalah tidak patut.

Sebab wanita itu manusia. Manusia yang istimewa yang tidak sepatutnya disamakan dengan lelaki.

Dan dia berpendapat tindakannya bergambar topless adalah satu langkah menuju kesamarataan (gender).

Aih.. pening.

Ok, dah berita.

Berbalik kepada persoalan aku di awal tadi.

Gender equality. What is the problem with it? Is there?

Bandingkan dengan berita pelajar tadi.

Kesamarataan yang dimomokkan adalah kesamarataan total tanpa mengambil kira faktor gender.

Ideanya begini, apa lelaki buat perempuan pun boleh buat termasuklah berpakaian sekadar berseluar tanpa berbaju mendedahkan dada.

Bagi aku idea kesamarataan yang diterjemahkan seperti ini menjadikan wanita itu public property. Boleh ditonton dan disentuh secara percuma atas tiket kesamarataan.

Dalam erti kata lain maruah wanita telah dicampak di tempat yang rendah atau dalam konsep yang mungkin lebih senang difahami - downgraded.

Penterjemahan gender equality yang seperti ini juga mengundang lebih banyak jenayah seksual terhadap wanita.

Sedang mereka sibuk dengan hak untuk mendedahkan tubuh mereka lupa tentang hak untuk menjaga kehormatan.

Menutup bahagian badan dan menyembunyikan bahagian yang patut disembunyikan juga adalah hak individu yang mesti dihormati.

Dan idea yang mengatakan bahawa wanita itu sama dengan lelaki itu sendiri sudah mencabul hak eksklusif wanita.

Terutamanya hak eksklusif penjagaan dan pendidikan anak-anak.

Kau tanyalah mana-mana wanita yang ada anak terutama anak kecik, kalau bukan kerana tuntutan ekonomi wanita-wanita ini teringin benar duduk di rumah untuk jaga, urus, dan mendidik sendiri anak-anak.

Tapi feminist inginkan dan kalau boleh lelaki menggantikan wanita duk rumah jaga anak.

Kau nak budak mati? Baru-baru ini di US dah ada kes bapak tembak anak kecik sebab kacau dia main game. Bapak-bapak tu sendiri ramai yang belum matang. They are big boys. Not all but the number is many.

Kang nanti berapa ramai budak kena rogol kena liwat. Maaf aku cakap direct. Realitinya memang sekasar itu.

Sekian banyak kes seperti ini dilaporkan. Tapi kita gagal ambil pengajaran.

Wanita dan kemahiran mengasuh anak itu adalah pakej yang ada secara semulajadi. It is natural. Fitrah. Kemahiran yang tiada pada lelaki.

Ok dah. Kalau nak bercerita tentang perbezaan lelaki dan wanita sampai bila pun tak selesai. Lagipun aku tak rajin nak tulis panjang-panjang.

Now come to the real point. Huh jauh benor baru sampai point ni.

Feminisme melaungkan KESAMARATAAN gender dalam segala aspek. SAMA RATA.

Gender equality kata mereka.

The problem relies on this word

EQUALITY.

Yang mana aku rasa apa yang patut kita perjuangkan adalah KESAKSAMAAN.

SAKSAMA.

which means

EQUITY.

Bunyinya mungkin hampir sama. Mungkin dua perkataan ini bersaudara tapi mereka bukan kembar. Jauh sekali kembar seiras.

Aku bagi CONTOH yang sangat mudah.

Katakan aku ada dua orang anak, sorang lelaki, sorang perempuan.

Atas dasar equality seperti yang difahami oleh feminism aku belikan permainan yang sama untuk mereka - senapang mainan.

That is equality.

Is that fair?

Anak perempuan aku suka anak patung.

Anak lelaki aku suka senapang mainan.

Sebetulnya aku patut membelikan anak patung untuk anak perempuan aku dan senapang mainan untuk anak lelaki aku.

This is equity.

Nampak?

Masalah kita sekarang ialah gagal mengenalpasti dan gagal mendefinisi. Lepas tu cemburu mengkhinzir buta kat lelaki sedangkan wanita itu istimewa. Tak boleh disamakan dengan lelaki.

Mohon jangan keliru.

I am against chauvinism. But it does not make me a feminist.

I am supporting JUSTICE as it promotes equity.

Geddit?

Wednesday, May 4, 2016

Eksperimen Telur Kura-kura

Semalam.

Hari ni.

Semalam cikgu kelas bagi gambar-gambar pelajar-pelajar buat eksperimen. Tajuk Animal Reproduction.

Semalam balik sekolah si leng chai itu sibuk bercerita telur kura-kura, arnab baby, telur menetas keluar baby kura-kura, arnab baby nanti jadi besar dan entah apa lagi lah lupa pulak.

Mamanya ambil kesempatan cuba mencucuk idea nak besar jangan malas makan nasi :p

Sebabnya budak ini memang cukup susah nak disuruh makan lebih-lebih lagi nasi.

Nanti kalau tak makan nasi tak boleh besar macam papa. Tak besar macam papa nanti tak boleh naik roket. Hehe.

Sambil menyelam minum air. Sambil dengar cerita eksperimen sains cuba terapkan idea jangan malas makan. Gitu pulak. Tak relate pun. Eheh.

Hari ni cikgu kelas hantar gambar telur dah menetas.

Aku stand by je ni kalau-kalau budak ini balik nanti dia tanya soalan pelik-pelik macam, "turtle tu duk dalam telur makan nasi ke?"



Penjelajahan Sistem Solar

Camni rupa ikon apps dia.

Apps yang bagus untuk berkenalan dengan sistem solar.

Tap kat ikon orbit keluar sistem solar.

Tap kat ikon buku keluar info dan ada link wikipedia.

Tap kat ikon meter kita boleh animate pusingan planet dalam orbit.

Boleh navigate spacecraft.

Boleh navigate dalam sistem solar je. Jangan berangan nak gi cari Kepler 186f. Hehe.

Boleh tengok bumi pusing pada paksi dan berpusing dalam orbit dan bulan mengorbit bumi.

Sekarang si leng chai dan leng lui itu faham kenapa ada malam dan siang.

Sekarang dah jadi apps kegeraman si leng chai itu.

Jadi kalau dengar dia berborak dan dia bercerita pasal bumi, orbit, graviti, solar system, jupiter, giant gas planet, uranus, pluto, asteroid, mercury, matahari, etc tak perlu rasa hairan.

Tapi kadang dia bercerita pasal alien pulak. Adoi. Itu aku tak ajar. Entah mana lah dia dapat.

Monday, May 2, 2016

Give Them A Life. Please..

Pagi sekolah, petang sekolah, tuisyen, kelas muzik, kelas itu kelas ini, sekolah pagi ada homework, sekolah petang ada homework, cikgu tuisyen bagi homework, study study study exam exam exam.

Belajar tak salah. Yang salah bila anak-anak ini dipaksa menelan ilmu yang segala macam dalam jangka masa yang belum tentu sesuai untuk mereka.

Ada yang mampu, tak dinafikan, tapi ramai juga yang lain tahap kemampuannya tapi standard yang sama juga dikenakan ke atas mereka.

Ibarat disuruh menghabiskan tiga pinggan nasi dengan bermacam lauk pauk dalam masa sepuluh minit.

Nikmat makannya hilang, nasi masuk dengan tujuan untuk ditelan dan menghabiskan semua ketiga-tiga pinggan nasi.

Tambahan lagi, lauk pauk ketiga-tiga pinggan nasi itu belum tentu sesuai dengan selera.

Macam tu lah aku rasa keadaan budak-budak sekarang. Kesian.

Tapi lebih kesian bila mendapat tekanan daripada ibu bapa yang menetapkan bahawa cemerlang itu ialah mendapat straight A's dalam peperiksaan.

Lalu anak-anak berlelah mengejar impian ibu dan bapa.

Dan cikgu-cikgu terkejar-kejar menghabiskan silibus mengikut jadual.

Dan bila pelajar skor 93 markah berbanding target 95 markah, ibu bapa datang sekolah minta penjelasan cikgu. Adui, hantuk kepala kat dinding.

Apa yang kita ibu bapa nak?

Kalau ingin mereka berjaya bukan ini caranya.

Lebih-lebih lagi bila pandangan kita terhadap kejayaan itu terlalu sempit.

Kalau beginilah caranya, kita sedang menghasilkan zombie masa hadapan.

Kita perlukan manusia. Manusia yang berfikir dan bertindak atas naluri kemanusiaan.

Bukan robot yang diprogramkan untuk skor dalam peperiksaan.

Biarkan mereka belajar. Bukan memaksa mereka menelan data.

Biarkan mereka meneroka. Bukan mengajar mereka menjadi pak turut.

Biarkan mereka berfikir. Bukan sekadar menghafal teknik skor peperiksaan.

Biarkan mereka bermain. Jangan rampas kebahagiaan usia muda mereka.

Berikan mereka bimbingan. Agar mereka tau memisahkan antara kebenaran dan kebatilan.

Berikan mereka rehat. Jangan rampas hak mereka.

Berikan mereka sebuah kehidupan. Hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan.

Jangan jadikan mereka trofi untuk kita berlagak. Harga yang perlu kita bayar untuk tujuan semacam ini terlalu mahal sedang pulangannya tidak menguntungkan.

Betulkan niat, reset minda.

Moga nanti tiada kekesalan

di hati mereka

dan

di hati kita.