Wednesday, May 25, 2016

Planet Sistem Suria


Satu hari si leng chai itu minta kertas.

Dah dapat kertas dia capai balang plastik yang aku isikan segala mak nenek pensel warna krayon pen pensel bagai.

Biasalah, kutip celah-celah sofa, bawah meja, dalam tong kitar semula pun ada, jadilah rojak pensel warna.

Selesai lukis dia datang bercerita.

Mula-mula okay lah dia cerita pasal planet-planet yang dia lukis dari mercury, venus, earth, mars, jupiter, saturn, uranus, neptune, pluto.

Hari-hari dia asyik ulang cerita planet sampai nama-nama planet melekat kat otak mama dia.

Lepas tu dia cerita pasal bintang lain yang lagi besar dari matahari.

Dia cerita pasal canis majoris, aldebaran, betelguese.

Tapi semua tu takde dalam lukisan dia.

Mungkin sebab tak muat ruang  kertas. Almaklum, bintang gergasi.

4 comments:

Atie Yusof said... [Balasan]

pandai leng chai colour. banyak juga cerita nya ttg planet tu..haha.. bijak! :)

cinta said... [Balasan]

Soalan pn byk. Pnat nk jwb.

Manusia Berubah said... [Balasan]

Mokchik ni nak sebut nama2 bendalah tu pun tak reti nak oiii...!!
Syabassss la kpd leng chai.. mokchik bagi 5 bintang dgn perkataan Bagus kat hujung ehhh... :)

cinta said... [Balasan]

Dia xnak bintang. Dia nk donut. Hehe.