Langkah pertama |
Langkah kedua |
Langkah ketiga |
Langkah Pertama - Penyediaan.
Bahan-bahan seperti yang terdapat dalam gambar:
1-Roti sandwich.
2-Puri tomato.
3-Keju parut mozarella (guna keju slice pun boleh).
4-Hirisan sosej daging lembu (kalau guna pepperoni lagi sedap).
5-Hirisan timun jeruk (kalau guna hirisan zaitun lagi sedap).
6-Bawang besar (kalau guna bawang holand lagi sedap).
Cara-cara
1-Sapu puri tomato pada roti. Sapu nipis dan rata.
2-Tabur keju.
3-Tabur hirisan sosej, bawang dan timun jeruk.
Langkah Kedua - Masak.
Bakar pada suhu sekurang-kurangnya 200 darjah celcius selama lima minit.
Langkah Ketiga - Hidang.
Hidangkan dengan sup krim cendawan. Pakai sup cendawan segera je. Hehe.
Hidangkan dengan salad dan buah untuk hilangkan rasa bersalah makan makanan berkalori tinggi.
Selamat mencuba!
2 comments:
Ahh...cheeseeeee.....
Setakat salad tu x mampu nak hilangkan rasa bersalah....huhu
Kalau rasa bersalah tu lebih, tebuslah lebih. Joging gi ofis ke... hehe..
Post a Comment