Thursday, May 12, 2016

Orang Kaya dan Fakir Miskin

Miskin : tidak berharta benda, serba kekurangan (dlm barang-barang keperluan hidup), me­larat, papa.

Orang kaya : orang yg berharta, hartawan.

Sumber dari Kamus Dewan Edisi Keempat

Katakan dalam pengkelasan status ekonomi TIADA klasifikasi sederhana atau kelas menengah, yang ada cuma KAYA atau MISKIN.

Berdasarkan pengertian dari Kamus Dewan seperti yang di atas (kau jangan dongak pandang atas pulak), aku rasa kita; aku dan kau yang sedang membaca ini jatuh dalam kategori orang kaya.

Aku tahu kau mungkin ada seribu satu kesulitan ekonomi. Aku juga.

Tapi berdasarkan pengertian miskin di atas untuk jatuh dalam kategori orang miskin adalah tidak tepat .

Ada tempat berteduh yang baik walaupun bukan banglo, ada kereta yang selesa walaupun bukan kereta mewah, cukup pakai walaupun tak berjenama, masih mampu beli baju baru walaupun setahun sekali, cukup makan, atau mungkin terlebih makan, mungkin sekarang kau sedang membaca sambil mengunyah kacang putih, mampu beli berus gigi, cukup keperluan asas walaupun hutang separuh pinggang, mampu langgan astro (beyond pulak tu) - adalah alasan yang cukup untuk tidak diklasifikasi dalam kelas orang miskin.

Jadi sebagai orang kaya, aku rasa adalah satu tanggungjawab untuk meringankan beban orang miskin.

Aku tau antara korang ramai je yang tak banyak cash. Aku pun. Makan pun ala kadar, datang kerja pun bawa bekal. Berbelanja pun berjimat cermat. Aku pun.

Tapi tolong orang miskin tak perlu pakai banyak duit.

Begini.

Kalau jumpa orang merempat di tepi-tepi jalan kita tak perlu lah derma duit.

Kita derma lah roti ke, air ke, belikan nasi ke, dan kalau yang ada anak kecik dermalah biskut ke, susu ke, doorgift cupcake yang kita dapat masa kenduri kahwin tu pun boleh, botol susu yang anak kita dah tak pakai tapi masih elok, baju-baju yang dah tak pakai tapi masih elok etc.

Perasan tak mereka yang merempat tepi jalan ni tak semuanya mengemis.

Ada yang malu untuk mengemis. Kita faham. Kita pun manusia. Kan.

Memanglah, aku tahu ada antara mereka yang ambil kesempatan.

Ada yang dieksploitasi oleh sindiket.

Aku tahu itu. Aku pun pernah nampak.

Habis sesi minta sedekah ada alphard putih cermin gelap datang kutip diorang.

Tapi kalau disebabkan segelintir penipu ini kita nak hukumkan semuanya penipu aku rasa tak adil.

Lagipun kita tak dermakan duit jadi kalau secara tak sengaja kita menderma kepada sindiket ini tak lah memberi hasil kepada penipu besar yang mengeksploitasi mereka.

Kita yang cukup serba-serbi rasa hidup makin susah. Diorang apatah lagi.

Tak kiralah apa latar belakang diorang, warganegara ke tidak, agama apa pun, tolaklah ke tepi prejudis dalam hati kita. Lebih-lebih lagi aku tengok ramai yang merempat ni beridentitikan Muslim.

Aku rasa ramai yang tahu cerita Rasulullah s.a.w. dengan perempuan buta Yahudi yang suka caci maki Rasulullah kan? Yang mana Rasulullah s.a.w. siap suapkan lagi makanan untuk dia dan perempuan buta tu tak tahu itulah orang yang dia sedang maki.

Meh lah kita ambik pengajaran dari situ.

Dan jangan lupa, sambil sedekah ikhlaskan hati dan niatkan kerana Allah, diam-diam, tak perlu nak bagitau orang.

Sedekahkan juga doa semoga kefakiran mereka tidak membawa kepada kekufuran. Mana tau, ada yang pakai duit sedekah buat beli nombor ekor. Setan memang pandai ambil peluang. Nauzubillah.

Doakan Allah takdirkan yang terbaik untuk mereka dan untuk kita.

Doakan Allah bukakan hati mereka dan kita untuk terus terima hidayah.

Lagipun nak harapkan amal lain memang tak banyak dah.

Meh mula. Harta banyak-banyak tu bukan boleh bawa masuk kubur pun kan?

3 comments:

Fnd Rocka said... [Balasan]

iyelah tu cuma kadang sendiri rasa segan nak derma bukan duit, sebabnya yg minta sedekah berlagak nau,sendiri dah letak harga,

cinta said... [Balasan]

Klau xmemberi pun boleh tlg doakan semoga hidup mereka bertambah baik. Kan kan.

cinta said... [Balasan]

Yang letak harga tu namanya berniaga. Heheh.