Thursday, June 15, 2017

Arab

Masa kecik-kecik dulu aku ingat seluruh semenanjung Arab tu satu negara.

Aku ingat nama Emiriah Arab Bersatu tu nama rasmi negara Arab. Macam nama Malaysia.

Aku ingat Arab Saudi tu nama lama. Macam nama Malaya dan Tanah Melayu.

Aku ingat Qatar, Yaman, Bahrain, tu semua cuma nama negeri. Macam Pahang, Selangor, Terengganu.

Dulu dulu dulu aku hairan bila tahu yang Palestin tu taklah sebesar mana, orang Yahudi pun taklah seramai mana, tapi apekehelnya orang Arab tak back-up Palestin.

Dah besar sikit baru aku tahu orang Arab ada banyak negara, banyak ideologi.

Dah besar sikit baru aku tahu orang Arab masih gemar berpuak-puak.

Sekarang aku rasa macam penyakit yang dah terkena orang Arab macam nak berjangkit kat orang Melayu. Aku harap sistem imun kita masih kuat.

***

Cerita lain.

Dak leng lui dapat 100% subjek bahasa Arab, exam itu hari. Aku dulu mula-mula belajar bahasa Arab masa tingkatan satu. Exam dapat E. Hee...

Aku intai result dia kat sini.

Senang untuk ibu bapa semak keputusan peperiksaan anak-anak.

ò


***

Cerita lain.

Sekarang dah mula kedengaran lagu-lagu raya buat aku teringat biskut arab yang aku tak pasti orang Arab tahu ke pasal kewujudan biskut raya ni.

4 comments:

Fendi Rocka said... [Balasan]

kita selalu tengok orang adik-beradik ramai mesti seronok dapat berkumpul, walhal dalam adik beradik tu ada yang tak bertegur sapa/khianat, ramai orng sangka kalau gaji anak2 tinggi-tinggi klcc mesti seronok tapi sebenarnya tak menjamin kerharmonian keluarga kalau tiada kesepakatan.

Nizam.Ariff said... [Balasan]

kdg2 kita keliru antara budaya Arab dan agama Islam.

cinta said... [Balasan]

Hmm.. kan. Keywords dia khianat + tiada kesepakatan.

Tetiba teringat kecik2 dulu ada cerita dlm buku teks sekolah rendah yg sorg bapak suruh anak dia patahkan sebatang lidi lepas tu seberkas lidi.

cinta said... [Balasan]

Ye la kan. Ramai keliru. Ramai juga tak tau yg Arab Kristian pn pakai jubah dgn shemagh.