Satu malam dak leng chai itu nak ikut papanya tarawih.
Nak pakai jubah katanya. Jubah yang mama beli atas permintaan dan spesifikasi tuan punya badan.
Sebelum puasa itu hari ushar jubah di mall. Harga semua main ratus-ratus. Ah, beli online lagi murah. Lalu mama shopping sambil mulut mengunyah nasi dan telinga dengar radio.
Sambil bersantai, shopping kat sini - aurabusana. Dapatlah jubah yang sama kualiti dengan yang kat mall yang ratusan ringgit itu tapi yang ini cuma RM49 termasuk cas penghantaran.
Dah beli terjumpa pulak yang lagi murah dengan potongan 50% sebab kategori factory reject tapi masih cantik dan sesuai dipakai cuma ada sedikit defect. Kalau nak tengok silalah jenguk ke sini - Tudung Si Comel.
(Sekian iklan free)
Setelah briefing (baca:warning) lebih kurang - pergi solat, jangan main-main, jangan buat bising, jangan merayau luar surau.
Kebetulan malam itu lah papanya jadi bilal tarawih. Agak-agak kalau takleh nak bawak bolehlah dak leng chai ini yang back-up. Hee..
0 comments:
Post a Comment