Thursday, June 15, 2017

Kisah Aku yang Tewas Di Sepuluh Malam Terakhir

Akhir-akhir ni aku ada satu penyakit. Sebenarnya penyakit ni nak kata baru jadi tak juga. Tapi kebelakangan ni makin menjadi-jadi.

Penyakit mudah bebenor tertidur. Pantang sandar kepala kat sebarang objek empuk selaju tiga saat dah sleep mode. Macam kayu lak tu.

Masalahnya waktunya sangatlah tak sesuai. Belum pukul 10 malam dah pengsan. Apa barang.

Dengan pinggan mangkuk periuk kuali belum cuci, beg-beg sekolah dan taska belum pack, kain kat ampaian belum angkat, kain dalam mesin basuh belum ampai, baju sekolah baju kerja belum gosok. Paling parah belum solat isyak.

Puncanya, bila nak selesaikan kerja-kerja tu suma kenalah tidurkan dulu dua orang hensem tu. Nak tidurkan pulak nak kena baring sama-sama, tutup lampu, sudahnya bukan lampu je padam, aku pun sama padam. Wassalam suma kerja terbengkalai. Incek papa balik tarawih pun aku dah tak sedar.

Dah tu tersedar pukul empat pagi walaupun alarm pukul tiga pagi. Kelam kabut - nak isyak dulu, nak (sila ulang perenggan no.4). Tambah pulak nak sediakan sahur.

Sekarang dah masuk penghujung Ramadhan ni orang semua sibuk nak beribadah, nak bertarawih. Aku? Kalau dapat solat Isyak sebelum tidur pun syukur sangat dah.

Kalau dapat solat Isyak pukul 9 tu rasa macam... er macam mana nak cerita ye. Ibarat orang yang dah lama mengidam nasi lemak tiba-tiba dapat. Macam tu kot rasanya. Serta-merta mood baik tu menerpa-nerpa datang.

Hari ni ada satu keajaiban. Saat ni aku berjaya kekal berjaga. Pinggan mangkuk periuk kuali semua dah selesai, kain dah ampai. Botol-botol susu semua dah basuh.

Sambil tunggu nasi masak aku hadiahkan diri sendiri secawan nescafe panas. Sambil mengintai blog kawan-kawan.

Eh, nasi dah masak kot. Nak gi sambung kerja. Daa..

2 comments:

Wak Lat said... [Balasan]

timekaseh rajin mkcikSiti intai2 jenguk2 komen2 blog wak yg ituuu., kihkih2

cinta said... [Balasan]

Wak suka taruk gambar lawa2. Suka tengok. Hee..