Di suatu pagi yang sibuk. Jalan sesak. Sampai plaza tol beratur di lorong tunai, nanti senang exit. Aku tengok palang tol tergantung. Tapi kereta masih boleh lalu. Bayar tol, lampu hijau, jalan. Palang masih begitu. Tergantung. Tak mau dia turun. Semua kereta berlalu dengan selamat tapi hati aku ragu-ragu. Incek papa bayar tol, lampu bertukar hijau dan Incek papa jalan.
Tiba-tiba, bang!.. Adui.. Keraguan aku terbukti berasas. Tiba-tiba rasa nak sepak tapi aku nak sepak sape? Bukan salah tolgate girl. Jadi langkah terbaik adalah istighfar. Itupun selepas beberapa minit. Biasa ler, manusia, kena musibah mesti nak marah je dulu. Sudahnya Incek Papa kena ambil cuti buat aduan kat pejabat lebuhraya yang bertanggungjawab (sangat..) tu, buat aduan polis, pergi ibu pejabat trafik lagi, balik ke pejabat lebuhraya untuk lengkapkan aduan dengan lampiran aduan polis untuk tuntut gantirugi.
Aku tak tau macamana kerugian tu dikira. Kalau setakat bayaran bengkel aku rasa tak berbaloi. Cuti satu hari Incek papa tergadai. EL pulak tu. Dah masalah kat performance appraisal hujung tahun nanti (eheh). Lagi, duit minyak dari pejabat ke pejabat lebuhraya ke balai polis, ke ibupejabat polis trafik yang entah berapa belas km, patah balik ke pejabat lebuhraya, minyak mahal oo. Belum lagi kira penat dan lelah. Lagi, masa; lapan jam. Nanti nak pergi bengkel, lagi keluar duit minyak. Belum tau lagi kos repair.
Dan semua ini terjadi di hari jadi Incek papa. Kesian..
9 comments:
Tambah 30% cas pengurusan tak bleh ke?
Jap. Tak faham. Palang jatuh ke?
@Nizam.Ariff
Tak pulak incek papa tanya kat pihak hiway tu itu hari.
@t.a.t.a
ha ah. Gedebuk atas bumbung keta.
Ada apa-apa yang pecah tak?
@t.a.t.a
pecah tak tapi kemek ada la.
Setel dah hari ni?
@t.a.t.a
Kena awal tahun itu hari. Katanya dalam dua minggu akan call psl tuntutan tu. Smpai hari ni sonyaap yo..
Hal macam tu depa pasti akan lambat. Kita kena follow up kat depa.
Post a Comment