Tuesday, January 6, 2015

01 Januari 2015

Gambar 01 Januari 2015.

Budak-budak. Bukan setakat sukakan barang baru, sekolah baru pun diorang suka. Dapat cikgu baru, suasana baru, kawan baru.

02 Januari 2015. Pagi-pagi lagi si leng lui itu tolong mama kejutkan adik dia. Bangun, bangun, hari ni nak sekolah tadika.

Eh, belum mula syllibus lagi. Kementerian dah umumkan tangguh satu minggu.

Tapi petang tu jemput diorang semua sangat ceria dan tunjuk mama hasil seni hari itu - kolaj, ada gambar awan hitam, pokok-pokok dan rumah-rumah ditenggelami air.

Ada tulisan cikgu 'Pray For Malaysia'.

Macam sentap pula mama tengok.

Anak-anak mama gembira nak sekolah. Mama lagi lah gembira.

Anak-anak mereka menangis tengok baju sekolah, kasut sekolah, beg sekolah yang baru beli bulan lepas penuh selut.

Ibu mereka lagi lah..

Bapa mereka

menangis dalam diam.

4 comments:

Dr Singa said... [Balasan]

kalau leng chai mesti semuaaaanya Frozen

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Kalau boleh nak tunda lg tarikh mula sekolah...

Jln tak lah jem sgt....hehe

cinta said... [Balasan]

@Dr Singa

leng chai gila ultraman. kakaknya si leng lui itu yg gila frozen. tapi mamanya tak beli beg frozen. pakai aje yg lama. hee.. elok lagi.

cinta said... [Balasan]

@Nizam.Ariff

hihi... betul juga.