Monday, June 5, 2017

Berita Pagi Ini

Pagi ni dapat emel.

***

Assalamualaikum semua.

Dukacita dimaklumkan bahawa khidmat penghantaran makanan mulai hari ini DIHENTIKAN kerana pihak urusan telah mendapat kontrak penyediaan kuih sebanyak 1600 biji setiap hari sehingga penghujung Ramadhan.

Sekian, terima kasih.

***

Mula-mula memang rasa dukacita. Sebab selalu tu kalau aku order lauk atau kuih dapatlah mengurangkan kekalutan aku di rumah bila balik kerja (Balik kerja simpan hasil tenusu dalam peti ais sambil keluarkan ayam ikan beku nak rendam. Sambil rendam ayam ikan sambil basuh botol-botol susu. Sambil basuh botol sambil masak air. Sambil masak air sambil kutip baju kotor. Sambil kutip baju kotor sambil layan kanak-kanak bergaduh. Sambil jadi orang tengah sambil rendam kain baju. Sambil rendam kain sambil  basuh pinggan mangkuk. Sambil basuh pinggan sambil masak nasi. Sambil tunggu nasi masak sambil susukan budak no.4.) Ah cukup, banyak pulak kerja sambilan yang tak menjana pendapatan. Kah.

Tapi kemudian rasa sukacita pula. Maknanya rezeki si pembuat kuih itu melimpah dan konsisten hingga ke hujung Ramadhan.

Semoga perniagaannya terus maju. Semoga kuih-muih dan lauk-pauknya kekal sedap dan berkualiti. Semoga pengusaha itu sentiasa sihat dan bersemangat.

4 comments:

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Wuih...sampai 1600 biji sehari (spt yg ditulis jelas dlm emelnya)

ewanthology said... [Balasan]

kena tambah pekerja tu sebab business dah berkembang.... dapat pelanggan baru kalau boleh pelanggan lama jangan di sisih :-)

cinta said... [Balasan]

Kan.. cepat2 kluar kalkulator. Hak2.

cinta said... [Balasan]

Bila kontrak pelanggan baru tamat nanti pelanggan2 lama insya allah akan dtg sambung kontrak wpun sekadar 5 biji kuih sehari.