Thursday, January 30, 2014

Potong!

Semalam dapat memo - potong gaji sebab terlebih ambil cuti untuk tahun lepas. Gaji potong, cuti tahun ni pun potong juga. Mula-mula dulu ingatkan bila dah kena potong gaji maka tertebuslah cuti yang terlebih ambil itu. Rupa-rupanya penilaian penggubal peraturan itu tak berfikiran seperti aku. Makanya yang terjadi adalah seperti berat sebelah, seolah-olah orang-orang yang mengambil cuti terlebih itu diberi isyarat - padan muka kau.. Ahaha..

Tengok memo tu tanpa perasaan. Senyum je lah. Tiap-tiap tahun (sejak dapat anak) pun dapat memo yang sama. Pernah kena potong sampai 600 lebih kalau tak silap. Entah, lupa lak jumlah tertinggi. Eheh.. Takde ambil cuti untuk pergi holiday pun tak cukup juga. Puncanya kalau anak tak sihat dan tak sihat itu dah tentulah tak dirancang terpaksalah ambil cuti. Gitulah kisahnya. Takkan nak biarkan je anak tak sihat, kang kalau apa-apa jadi aku jugak yang menyesal. Kan..

Jadi antara menjadi ibu yang baik atau pekerja yang baik aku (dan aku rasa semua ibu-ibu pun) akan lepaskan pilihan untuk jadi pekerja yang baik yang tak pernah ambil emergency leave, yang tak pernah ambil cuti melebihi kuota dan oleh itu mungkin terlepas peluang kenaikan dan bonus tahunan (ehem..). Walaupun pilihan untuk jadi ibu itu bayarannya percuma, tiada gaji, tiada cuti, tiada bonus, hari-hari buat ot free. Tapi itu fitrah dan bila ikut fitrah hati bahagia. Ibu-ibu sila setuju (paksa pulak.. ehehe..)

Tiba-tiba terfikir kan bagus kalau anak sakit ibunya pun dapat mc macam yang sedang dibuat di Singapura sekarang. Itu hari (cam baru je padahal tahun lepas dah..) dapat tahu Singapura dah mulakan ni masa pergi rumah saudara kat sana. Katanya kerajaan Singapura sekarang sedang menggalakkan rakyatnya ber-anak untuk meramaikan warga tempatan dan salah satu caranya bagi mc kepada ibu yang anaknya sakit. Dan dia yang berkata itu pun baru je dapat baby hujung tahun lepas. Menyahut saranan kerajaannya..

Tapi kebanyakan pihak syarikat selalu berprasangka yang kurang baik kalau pekerja ambil EL. Apa ingat suka-suka ke? Diorang tak tahu kerja kat ofis yang berlambak-lambak tu 20 kali lebih senang daripada duk rumah jaga sorang anak yang tak sihat.  Kat ofis lunchtime boleh makan, ada masa lebih boleh tidur, boleh blogging (hehe..), kat rumah jangan harap. Kadang lunch sambil berlari pun ada. Tengah makan nasi, anak berak, kena lak yang tak sihat tu cirit birit, berhenti makan, cuci mana patut, baru sambung makan. Baru nak suap muntah pulak.. Ye lah, namanya budak tak sihat muntah tu biasa la. Kadang-kadang batuk pun boleh muntah. Anak tidur maknya bukan boleh tidur kena selesaikan semua kerja rumah sebelum budak tu bangun. Kang kalau dia bangun dia lak nak tolong sama boleh tambah kerja lain.  Oh ye, tau tak duk rumah jaga anak tak sihat maknya kadang-kadang tak boleh buang air pun.

Harap-harap di masa depan syarikat-syarikat akan diterajui oleh manusia maju yang berjiwa manusia dan bukan robot sebab robot tak pandai buat pertimbangan. Kalau programmer dah set macam tu, camtulah dia.

Primitif?

12 comments:

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Robot adalah primitif...lebih primitif dr chatcibor...

SuzieLAWAti said... [Balasan]

nak cakap... 'kita serupa..' kBai...

cinta said... [Balasan]

@Nizam.Ariff
er, chatcibor tu mende?

cinta said... [Balasan]

@CiKPuaNLawA
akak kena potong juga? heheh..

t.a.t.a said... [Balasan]

aku yang belum jadi ibu ni pun kalau si Gundut tu sakit ke ada hal ke yang perlukan perhatian orang dewasa, aku pun akan cuti jugak.

AtieYusof said... [Balasan]

Kesian plak klu smpai kena potong gaji kan? tapi nak buat mcm mana kan, kenalah cuti jg klu anak sakit..risau tu...
wah! bagus sistem Singapore tu.. mmg sokong klu anak sakit Ibu pun dpt MC..hehe

cinta said... [Balasan]

@t.a.t.a
eh bagusnya klau aku ada adik mcm kau duk serumah. harapkan org gaji lari. kih3..

cinta said... [Balasan]

@aTieYusof Family
kita kesian kat anak tapi company tak kesian kat kita. kih3.
betul, salah 1 sistem yg berperikemanusiaan dan menunaikan hak anak2.

AtieYusof said... [Balasan]

Singgah petang rabu..:)

cinta said... [Balasan]

@aTieYusof Family
jemput, jemput, maaf takde cekodok petang ni. hehe..

yani ismail said... [Balasan]

sy pun rasa2nya bakal dipotong gaji jugak sbb cuti dah lebih sehari.anak demam ibu kena amik cuti. keje gomen plak tuh...abih lah masuk rekod...huhuhu.... tpi pepun, setuju ngan pendpt awak. sy pilih utk jadi ibu yg baik dari jadi pekerja yg baik.

cinta said... [Balasan]

@Yani Ismail
xpe, rezeki tu dari Allah, bukan dari majikan. kan kan kan...