Monday, May 2, 2016

Give Them A Life. Please..

Pagi sekolah, petang sekolah, tuisyen, kelas muzik, kelas itu kelas ini, sekolah pagi ada homework, sekolah petang ada homework, cikgu tuisyen bagi homework, study study study exam exam exam.

Belajar tak salah. Yang salah bila anak-anak ini dipaksa menelan ilmu yang segala macam dalam jangka masa yang belum tentu sesuai untuk mereka.

Ada yang mampu, tak dinafikan, tapi ramai juga yang lain tahap kemampuannya tapi standard yang sama juga dikenakan ke atas mereka.

Ibarat disuruh menghabiskan tiga pinggan nasi dengan bermacam lauk pauk dalam masa sepuluh minit.

Nikmat makannya hilang, nasi masuk dengan tujuan untuk ditelan dan menghabiskan semua ketiga-tiga pinggan nasi.

Tambahan lagi, lauk pauk ketiga-tiga pinggan nasi itu belum tentu sesuai dengan selera.

Macam tu lah aku rasa keadaan budak-budak sekarang. Kesian.

Tapi lebih kesian bila mendapat tekanan daripada ibu bapa yang menetapkan bahawa cemerlang itu ialah mendapat straight A's dalam peperiksaan.

Lalu anak-anak berlelah mengejar impian ibu dan bapa.

Dan cikgu-cikgu terkejar-kejar menghabiskan silibus mengikut jadual.

Dan bila pelajar skor 93 markah berbanding target 95 markah, ibu bapa datang sekolah minta penjelasan cikgu. Adui, hantuk kepala kat dinding.

Apa yang kita ibu bapa nak?

Kalau ingin mereka berjaya bukan ini caranya.

Lebih-lebih lagi bila pandangan kita terhadap kejayaan itu terlalu sempit.

Kalau beginilah caranya, kita sedang menghasilkan zombie masa hadapan.

Kita perlukan manusia. Manusia yang berfikir dan bertindak atas naluri kemanusiaan.

Bukan robot yang diprogramkan untuk skor dalam peperiksaan.

Biarkan mereka belajar. Bukan memaksa mereka menelan data.

Biarkan mereka meneroka. Bukan mengajar mereka menjadi pak turut.

Biarkan mereka berfikir. Bukan sekadar menghafal teknik skor peperiksaan.

Biarkan mereka bermain. Jangan rampas kebahagiaan usia muda mereka.

Berikan mereka bimbingan. Agar mereka tau memisahkan antara kebenaran dan kebatilan.

Berikan mereka rehat. Jangan rampas hak mereka.

Berikan mereka sebuah kehidupan. Hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan.

Jangan jadikan mereka trofi untuk kita berlagak. Harga yang perlu kita bayar untuk tujuan semacam ini terlalu mahal sedang pulangannya tidak menguntungkan.

Betulkan niat, reset minda.

Moga nanti tiada kekesalan

di hati mereka

dan

di hati kita.

4 comments:

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Masyarakat di sini yg membentuk acuan begitu... Klu kita tak ikut, kita ketinggalan....melainkan kita sudah sedia utk tinggalkan mereka yg mengejar bayang2 ketakutan dan kekhuatiran mereka sendiri...

cinta said... [Balasan]

Realiti yg menyedihkan.
perlukan kekuatan utk menongkah arus.

Fnd Rocka said... [Balasan]

hidup sudah jadi satu perlumbaan kuda, malangnya kita lah kudanya.

cinta said... [Balasan]

Kudaku lari gagah berani.
Jeng..