Sunday, June 26, 2016

Tepung Pelita

Leng chai: mama, nak kuih yang putih tu.

Mama: ni tepung pelita.

(Seminit lepas tu)

Leng chai: mama, nak lagi tepung komputer.

Thursday, June 23, 2016

Buka Puasa Mak Ayah yang Ada Anak Kecik



Zaman aku kecik-kecik dulu bila tiba waktu buka puasa budak-budak yang tak puasa semua kena duk luar tak boleh masuk dapur dan menyibuk kat meja makan kacau orang nak buka puasa.

Orang semua dah siap berbuka baru boleh masuk dapur.

Sekarang aku tak buat macam tu dengan anak-anak.

Aku tukar sikit kaedahnya.

Pukul 6.30 ptg aku panggil anak-anak duk  kat meja makan untuk makan malam. Apa diorang nak aku layan.

Kadang-kadang diorang melebih-lebih juga. Biasalah budak-budak. Tak mengada tak budak namanya. Order ikut suka hati je. Mama, nak milo sejuk. Mama, nak teh o ais. Mama, nak sirap bandung. Mama, nak tambah kicap. Takpe, kalau aku rajin aku layan. Tapi selalunya tak rajin. Ini mama. Bukan mamak.

Pukul 7 malam diorang selesai. Aku kemas meja dan hidang makanan orang puasa pulak.

Lepas tu warning jangan kacau mama papa nak buka puasa.

Tapi biasa lah yang kecik hensem tu memang tak makan saman.

Tapi sekurang-kurangnya taklah aku sibuk nak melayan anak-anak sampai akhirnya aku nak berbuka pun tak senang.

Pernah juga cuba buat macam makan malam semua makan sekali. Tapi sudahnya ada dalam sepuluh kali aku kena bangun ambik itu, ambik ini, lap itu lap ini, baru nak suap yang sorang nak air, baru nak suap yang sorang dah selesai makan nak basuh tangan tapi tak sampai kenalah bangun tolong bukakan paip, baru nak suap yang sorang dah terlangkupkan mangkuk bubur, baru nak suap yang sorang nak tambah nasi itu ini itu ini. Yang nak ke toilet itu cerita lain.

Sudahnya orang semua dah selesai tinggal aku terkontang-kanting kat meja makan dengan meja bersepah-sepah dan nasi dan lauk dah sejuk.

Jadi kaedah bagi budak-budak makan dulu aku rasa berkesan untuk ibu bapa dapat berbuka puasa dengan tenang.

Tapi kalau dah jadi mak-mak ni mana ada time boleh makan tanpa gangguan. Kan kan kan.

Tuesday, June 21, 2016

Tip : Anggaran Garam Dalam Masakan

Salah satu cabaran memasak di bulan puasa ialah tukang masak juga berpuasa. Jadi tak boleh lah nak merasa-rasa ni.

Di atas kesedaran ini meh lah aku kongsikan tip menganggar jumlah garam yang sesuai tanpa perlu merasa.

Untuk lauk yang dimasak menggunakan kuali berdiameter 12" dan paras masakannya separuh kuali anggaran garamnya ialah setengah sudu kecil (garam dalam sudu tu macam bukit yang rendah, bukan leper ye).

Untuk sup yang dimasak menggunakan periuk  berdiameter 8" dan ketinggiannya 6" dan paras supnya lebih kurang 3/4 periuk anggaran garamnya ialah setengah sudu kecil kecuali jika kandungannya ada 2 kiub pati ayam, garam tidak diperlukan sama sekali. Kot nak taruk juga bolehlah secubit.

Walau bagaimanapun, anggaran ini adalah terpakai sekiranya masakan tersebut telah mempunyai unsur masin dalam kandungannya - belacan, bilis, udang kering, etc. Untuk masakan yang ada bahan-bahan ini anggaran garam adalah sekadar secubit dua.

Perhatian: Entri ni aku tulis di pejabat pada pukul 1.07 tengah hari. Segala anggaran, maklumat dan tip adalah berdasarkan pengalaman dan ingatan semata-mata. Sebarang risiko lauk terlebih masin atau tak cukup masin adalah tanggungan sendiri. Sekian terima kasih.

Monday, June 20, 2016

Early Words yang Pelik

Cak!

Si kecik hensem itu lagi dua bulan nak dua tahun. Tapi vocabs sangat sikit. Pendek kata, pattern lambat cakap macam abangnya dulu jugak.

Tae. Tae tae. Tae tae tae teh teh. Itu bahasa dia.

Tapi itu semua tak menghalangnya dari berkomunikasi dengan becok. Walaupun macam tak berapa laju nak cognant bahasa Melayu atau bahasa yang orang lain boleh faham, dia terer bahasa korea dan bahasa isyarat

yang dia reka sendiri.

Tapak tangan ditepuk-tepuk di pipi maksudnya nak susu.

Tangan digenggam angkat separa muka kemudian tarik ke bawah macam orang selalu buat bila cakap 'yes' maksudnya keretapi.

Tangan digerakkan macam wiper depan muka maksudnya bas.

Sengetkan badan dan angkat kaki sebelah dengan dua tangan angkat ke atas maksudnya Olaf.

Itu bahasa isyarat.

Kalau korang tak dapat nak bayangkan aku cadangkan kau cuba lah buat sekarang macam yang aku describe.

Bahasa koreanya aku tak boleh tulis sebab aku tak reti tulis korea.

Tapi akhir-akhir ni aku tengok vocab dia makin bertambah.

Satu hari dia belek ensiklopedia bergambar dan tunjuk kat gambar bumi - earth kata dia.

Lepas tu dia tunjuk kat planet Marikh - Mar kata dia.

Mula-mula aku ingat kebetulan. Tapi bila dah berkali-kali dia tunjuk dan cakap benda yang sama kat gambar yang dilukis si leng chai, kat gambar-gambar dalam you tube, baru aku tahu itu bukan sekadar kebetulan.

Earth dan mar ('s' dia hilang) - early words yang agak rare bagi aku. Pengaruh si leng chai lah ni.

Tapi bila tunjuk matahari - tae tae kata dia.

Friday, June 17, 2016

Jumaat Terakhir Sebelum Ramadhan


Hari Jumaat terakhir sebelum puasa itu hari aku pergi KLCC.

Dah lama tak pergi. Hari tu pergi sebab nak cari swimsuit. Orang sibuk cari baju raya aku sibuk cari swimsuit :p

Puncanya nak bawa anak-anak swimming (baca: main air) dekat rumah kelab. Nak kena pakai proper swimsuit. Si leng lui punya bikini lama memang dah tak boleh muat. Kot boleh muat pun aku takkan bagi dia pakai. Sekarang ramai paedo (baca: si cil**e gila seks yang menjijikkan). Kenalah cari swimsuit yang sopan.

Selama ni tak peduli pasal swimsuit sebab pool kat pangsapuri takde dress code jadi selama ni main bedal je pakai apa. Asal jangan bogel sudah.

Masuk je parkson lagu raya dah meriah berkumandang. Aik, puasa pun belum. Tapi takpe, bagi peringatan untuk buat persiapan raya awal-awal jadi bulan puasa boleh tumpukan pada ibadah. Sangka baik. Heheh.

Sekali dapat lah tiga pasang swimsuit sopan santun yang berkenan termasuklah untuk si hensem kecik tu sekali. Total RM 297. Amekaw.. Harga diskaun kata salegirl tu. Hmmm.. apa-apa lah.

Dah lah spek aku baru patah padding dia, buat baru yang murah-murah pun dah melayang 400. Ngeee..

Masa nak bayar cik mek cashier tu tanya nak cukupkan 400 tak sebab nanti dapat apa entah yang free.

What? 400 dengan 297 tu ada lagi 103 kot beza. Kot bezanya sehengget tiga posen ok jugak. Tapi aku cakap dalam hati je lah.

Aku senyum je. Tak nak kata aku. Aku kan sopan santun berpekerti mulia. Huh.

Moral of the story?

Raya nanti

duit raya cut cost.
??
Hehehehehehehe.

Thursday, June 16, 2016

Duit Raya 2016

Selalu orang sediakan duit raya untuk budak-budak.

Zaman sekarang rata-rata aku tengok duit raya lima ringgit. Paling koman pun tiga ringgit. Dah tak boleh pakai duit raya time aku kecik-kecik dulu - dua posen.

Sempena zaman kemelesetan ekonomi ni, kepada sesiapa yang tiap-tiap tahun siapkan duit raya lima ringgit atau sepuluh ringgit sorang dan rasa tahun ni nak sedekah duit raya kat budak-budak secara teknikalnya tak mampu, apakata kita buat sedikit reformasi.

Kita buat doorgift raya.

Mungkin dalam pek tu boleh letak belon+kit kat ke, biskut chipsmore pek mini, atau munchys pek mini, atau oreo or cream-o pek mini, atau air kotak, atau +pensil+pemadam comel ke atau buku nota mini ke atau apa-apa je ikut kreativiti.

Pek comel-comel ikat riben ke apa ke dan set bajet bawah tiga ringgit untuk satu doorgift.

Tapi kalau nak sedekah duit juga jom lah bagi duit raya di bulan puasa ni. In advance. Hehe. Dapat banyak pahala sedekah. Kan kan kan.

Yang penting ikhlas.

Wednesday, June 15, 2016

Bunyi Ambulan Di Subuh Hari


Pukul 5.30 pagi.

Nenong nenong nenong!

Pin pin pin!

Dia dah menjenguk kat dapur.

Hai ma, dah sahur ke?

Belum sempat cuci pinggan mangkuk kena cuci dia dulu. Beyak.

Kena denda cium bertubi-tubi.

Lepas dah cuci lah tapi.

Tuesday, June 14, 2016

Misteri Jam Loceng

Ada satu jam loceng kecik yang aku beli beberapa tahun lepas sebelum turun ke laut.

Kalau dah sorang-sorang atas kapal di tengah lautan tanpa rakan perempuan memang aku terpaksa lah bergantung dengan alarm clock mini yang sebenar yang bunyinya teet teet berkokok dengan jayanya (baca: annoying).

Memang tak boleh bergantung harap dengan alarm clock handphone. Taruk lagu haruka kanata yang bingit tu pun belum tentu aku sedar.

Malam tadi nak set jam baru aku perasan jarum saat dia dah hilang.

Monday, June 13, 2016

**** (bulan puasa aku tak mencarut)


Jumaat lepas sampai awal tapi ada lori lepak depan taska.

Masa sampai tepi-tepi taska penuh kereta.

Tunggu lori blah tak juga akhirnya park seberang jalan di simpang empat. Belakang lori ada sebuah kereta datang jemput anak.

Nampak petugas taska keluar bercakap bersungguh-sungguh dengan pemandu lori.

Lepas petugas masuk lori tu berganjak

tiga kaki ke depan.

Dem.

Akhirnya kitorang park aje lah kat seberang jalan di simpang empat angkut beg-beg dan budak-budak, berjalan celah tayar lori yang dah sama tinggi dengan gate dan pandang kiri kanan kiri kanan sambil melintas bawak budak-budak yang unsangkarable tindakannya. Melintas kat simpang empat jadi kena perhati semua arah empat batang jalan.

Lepas tu call pbt. Lepas tu tak tahu lah ada tindakan ke tak.

Cuma seriau terbayang kemungkinan ada budak lalu sebelah tayar lori dan pemandu lori tak nampak dan lori jalan. Nauzubillah.

Tapi kan

apa ke bangang lori tu park depan gate taska waktu parents datang jemput anak?

Friday, June 10, 2016

Langit Tanpa Bintang

Masa duk kampung dulu-dulu pandang langit nampak bintang bertaburan.

Bintang tiga beradik sekejap je dapat cari. Alnitak, alnilam, mintaka nampak jelas.

Tengok lagi lama in sha Allah boleh nampak betelguese dan rigel. Itu pun kalau langit takde awan dan malam betul-betul gelap. Belatrix dan saif kalau rajin lagi tenung langit lama-lama dan nasib baik muncullah dia.

Tapi semenjak duk sini aku tak pernah nampak bintang. Malam pun langit nampak cerah.

Mungkin silau dek  lampu-lampu.

Kesian orang KL dan orang-orang sekitar.

Wednesday, June 8, 2016

Tabiat di Bulan Puasa

Bulan puasa ni aku suka gugel resepi. Aku rasa bukan aku sorang je. Ramai yang buat macam tu.

Tapi bila balik kerja akhirnya singgah bazar ramadhan.

Tuesday, June 7, 2016

Ikan Masin


Idea untuk sahur esok.

Jangan tanya resepi. Kau tengok aje gambar tu.

Kalau tak tau juga cer buka kamus bergambar.

Friday, June 3, 2016

Seorang Mak Cik dan Kurma Yusof Tayo

Pada satu hari berlaku perbualan antara seorang makcik dan bini anak buahnya.

Makcik: kurma sekarang berapo hingget ah sekotak?

Bini anak buah: entahlah. Average 10 ringgit kot.

Mak cik: yo ko? Apo mahal nar? Dulu acik boli 8 hingget yo.

Bini anak buah: yo la, kok dah kono gst naik lah hargo eh. Tambah lak duit kito murah, import barang mahal la deyh..

Mak cik: heh, kurma yusof tayo tu penang mari lah (tone tak puas ati sungguh)

Bini anak buah: iyo... tapi buah kurma tu arab mari. Takdo kurma tu potik kek penang tu dowh..

Mak cik: eh..

*****

Bila bisikan yusof taiyoob bergema di siaran radio, dan iklan buffet ramadhan meriah di sana sini, itu tanda-tanda bulan Ramadhan dah dekat sangat dah.

Selamat menjalani ibadat puasa.

Semoga Ramadhan tahun ini membawa seribu rahmat, keampunan, dan keberkatan. Semoga hati terus dibukakan untuk menerima hidayah-Nya. Semoga sampah-sampah ego dan takbur lebur dari hati kita semua. Amin.

Thursday, June 2, 2016

Menangkap Makhluk Halus

Itu hari selepas beberapa hari balik kampung, balik rumah masuk dapur aku disambut makhluk halus bersayap yang terperangkap dalam oven.

Cak! Seprais!!
Lepas tu teringat perangkap lipas yang aku buat. Cepat-cepat buka kabinet bawah sinki.

Aku rasa ada dalam 4 bangsa lipas ada dalam tu. Dan entah berapa generasi - atuk nenek anak cucu. Agaknya lah.


Nak buat perangkap lipas ni senang je.

Mula-mula cari balang plastik, isikan sisa-sisa roti ke biskut ke dalam tu, sapu keliling balang sebelah dalam dengan minyak masak yang dah pakai atau marjerin, tutup dengan plastik yang dah dilubangkan agak-agak muat untuk lipas masuk, seal plastik tu dengan getah, ikat ketat kat mulut balang tu, tinggalkan balang tu kat tempat yang lipas suka bersiar-siar. Lepas beberapa hari pergilah tengok berapa ekor makhluk halus ni terperangkap dalam balang.

sumber: anonymous

Lepas tu kalau kau rajin (baca:takde keja) kau simpanlah dalam frame dan letak label. Heheh.

Selamat mencuba.