Thursday, June 23, 2016

Buka Puasa Mak Ayah yang Ada Anak Kecik



Zaman aku kecik-kecik dulu bila tiba waktu buka puasa budak-budak yang tak puasa semua kena duk luar tak boleh masuk dapur dan menyibuk kat meja makan kacau orang nak buka puasa.

Orang semua dah siap berbuka baru boleh masuk dapur.

Sekarang aku tak buat macam tu dengan anak-anak.

Aku tukar sikit kaedahnya.

Pukul 6.30 ptg aku panggil anak-anak duk  kat meja makan untuk makan malam. Apa diorang nak aku layan.

Kadang-kadang diorang melebih-lebih juga. Biasalah budak-budak. Tak mengada tak budak namanya. Order ikut suka hati je. Mama, nak milo sejuk. Mama, nak teh o ais. Mama, nak sirap bandung. Mama, nak tambah kicap. Takpe, kalau aku rajin aku layan. Tapi selalunya tak rajin. Ini mama. Bukan mamak.

Pukul 7 malam diorang selesai. Aku kemas meja dan hidang makanan orang puasa pulak.

Lepas tu warning jangan kacau mama papa nak buka puasa.

Tapi biasa lah yang kecik hensem tu memang tak makan saman.

Tapi sekurang-kurangnya taklah aku sibuk nak melayan anak-anak sampai akhirnya aku nak berbuka pun tak senang.

Pernah juga cuba buat macam makan malam semua makan sekali. Tapi sudahnya ada dalam sepuluh kali aku kena bangun ambik itu, ambik ini, lap itu lap ini, baru nak suap yang sorang nak air, baru nak suap yang sorang dah selesai makan nak basuh tangan tapi tak sampai kenalah bangun tolong bukakan paip, baru nak suap yang sorang dah terlangkupkan mangkuk bubur, baru nak suap yang sorang nak tambah nasi itu ini itu ini. Yang nak ke toilet itu cerita lain.

Sudahnya orang semua dah selesai tinggal aku terkontang-kanting kat meja makan dengan meja bersepah-sepah dan nasi dan lauk dah sejuk.

Jadi kaedah bagi budak-budak makan dulu aku rasa berkesan untuk ibu bapa dapat berbuka puasa dengan tenang.

Tapi kalau dah jadi mak-mak ni mana ada time boleh makan tanpa gangguan. Kan kan kan.

2 comments:

Manusia Berubah said... [Balasan]

hahahaahaa.. happening nya time berbuka.. siap tangkup2 mangkuk bubur.. so cute..!!

*laaarrriiii..*

cinta said... [Balasan]

Haha cute ye.. huh pasrah..
mgkin tu bahasa isyarat dia tak?
maksudnya - mama, i'm done.
pap... tangkupkan mangkuk bubur.
Byk2 la bwk bsabar.