Friday, June 17, 2016

Jumaat Terakhir Sebelum Ramadhan


Hari Jumaat terakhir sebelum puasa itu hari aku pergi KLCC.

Dah lama tak pergi. Hari tu pergi sebab nak cari swimsuit. Orang sibuk cari baju raya aku sibuk cari swimsuit :p

Puncanya nak bawa anak-anak swimming (baca: main air) dekat rumah kelab. Nak kena pakai proper swimsuit. Si leng lui punya bikini lama memang dah tak boleh muat. Kot boleh muat pun aku takkan bagi dia pakai. Sekarang ramai paedo (baca: si cil**e gila seks yang menjijikkan). Kenalah cari swimsuit yang sopan.

Selama ni tak peduli pasal swimsuit sebab pool kat pangsapuri takde dress code jadi selama ni main bedal je pakai apa. Asal jangan bogel sudah.

Masuk je parkson lagu raya dah meriah berkumandang. Aik, puasa pun belum. Tapi takpe, bagi peringatan untuk buat persiapan raya awal-awal jadi bulan puasa boleh tumpukan pada ibadah. Sangka baik. Heheh.

Sekali dapat lah tiga pasang swimsuit sopan santun yang berkenan termasuklah untuk si hensem kecik tu sekali. Total RM 297. Amekaw.. Harga diskaun kata salegirl tu. Hmmm.. apa-apa lah.

Dah lah spek aku baru patah padding dia, buat baru yang murah-murah pun dah melayang 400. Ngeee..

Masa nak bayar cik mek cashier tu tanya nak cukupkan 400 tak sebab nanti dapat apa entah yang free.

What? 400 dengan 297 tu ada lagi 103 kot beza. Kot bezanya sehengget tiga posen ok jugak. Tapi aku cakap dalam hati je lah.

Aku senyum je. Tak nak kata aku. Aku kan sopan santun berpekerti mulia. Huh.

Moral of the story?

Raya nanti

duit raya cut cost.
??
Hehehehehehehe.

4 comments:

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Boleh ke wat cost control utk RAYA ni? Heheks

cinta said... [Balasan]

Boleh...

Kot

Hehe

Fendi Rocka said... [Balasan]

limitkan sehari 10 orang je yang boleh dtg raya...kalau dah lebih bagi appointment date hari berikutnya

Irda Garmin said... [Balasan]

Teringin jugak nak carikan anak baju swimsuit yg sopan..huhu