Salah satu cabaran memasak di bulan puasa ialah tukang masak juga berpuasa. Jadi tak boleh lah nak merasa-rasa ni.
Di atas kesedaran ini meh lah aku kongsikan tip menganggar jumlah garam yang sesuai tanpa perlu merasa.
Untuk lauk yang dimasak menggunakan kuali berdiameter 12" dan paras masakannya separuh kuali anggaran garamnya ialah setengah sudu kecil (garam dalam sudu tu macam bukit yang rendah, bukan leper ye).
Untuk sup yang dimasak menggunakan periuk berdiameter 8" dan ketinggiannya 6" dan paras supnya lebih kurang 3/4 periuk anggaran garamnya ialah setengah sudu kecil kecuali jika kandungannya ada 2 kiub pati ayam, garam tidak diperlukan sama sekali. Kot nak taruk juga bolehlah secubit.
Walau bagaimanapun, anggaran ini adalah terpakai sekiranya masakan tersebut telah mempunyai unsur masin dalam kandungannya - belacan, bilis, udang kering, etc. Untuk masakan yang ada bahan-bahan ini anggaran garam adalah sekadar secubit dua.
Perhatian: Entri ni aku tulis di pejabat pada pukul 1.07 tengah hari. Segala anggaran, maklumat dan tip adalah berdasarkan pengalaman dan ingatan semata-mata. Sebarang risiko lauk terlebih masin atau tak cukup masin adalah tanggungan sendiri. Sekian terima kasih.
4 comments:
slalu fail...ada la sekali dua berjaya. biasanya kita tak akan hidangkan lagi lauk atas meja, masa berbuka, mnum air dlu, pastu cepat2 pegi dapur rasa lauk, ckup masin tak...kalo tak tambah la garam. dah ckup rasa bru hidangkan.
gitu lah ceritanya.
Kak julie boleh lah cuba tip ni.
blk kang pnjam pita ukur dgn suami gi ukur periuk kuali kat dapur. Mtk tlg dia ukurkan pn xpe. Hehe.
Letak garam semasa nak hidangkan je....
Atau
gaul garam dalam nasi je....
Boleh juga. Cuma utk kes garam tumpah masa msk xleh la tlg tawarkn.
Post a Comment