Monday, June 20, 2016

Early Words yang Pelik

Cak!

Si kecik hensem itu lagi dua bulan nak dua tahun. Tapi vocabs sangat sikit. Pendek kata, pattern lambat cakap macam abangnya dulu jugak.

Tae. Tae tae. Tae tae tae teh teh. Itu bahasa dia.

Tapi itu semua tak menghalangnya dari berkomunikasi dengan becok. Walaupun macam tak berapa laju nak cognant bahasa Melayu atau bahasa yang orang lain boleh faham, dia terer bahasa korea dan bahasa isyarat

yang dia reka sendiri.

Tapak tangan ditepuk-tepuk di pipi maksudnya nak susu.

Tangan digenggam angkat separa muka kemudian tarik ke bawah macam orang selalu buat bila cakap 'yes' maksudnya keretapi.

Tangan digerakkan macam wiper depan muka maksudnya bas.

Sengetkan badan dan angkat kaki sebelah dengan dua tangan angkat ke atas maksudnya Olaf.

Itu bahasa isyarat.

Kalau korang tak dapat nak bayangkan aku cadangkan kau cuba lah buat sekarang macam yang aku describe.

Bahasa koreanya aku tak boleh tulis sebab aku tak reti tulis korea.

Tapi akhir-akhir ni aku tengok vocab dia makin bertambah.

Satu hari dia belek ensiklopedia bergambar dan tunjuk kat gambar bumi - earth kata dia.

Lepas tu dia tunjuk kat planet Marikh - Mar kata dia.

Mula-mula aku ingat kebetulan. Tapi bila dah berkali-kali dia tunjuk dan cakap benda yang sama kat gambar yang dilukis si leng chai, kat gambar-gambar dalam you tube, baru aku tahu itu bukan sekadar kebetulan.

Earth dan mar ('s' dia hilang) - early words yang agak rare bagi aku. Pengaruh si leng chai lah ni.

Tapi bila tunjuk matahari - tae tae kata dia.

2 comments:

Manusia Berubah said... [Balasan]

tangan gerak2 depan muka maknanya bas pun dah cukup rare dah..!! hahahahaaa.. :)

bagus lah dah kenal Bumi.. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung ye anak-anak.. *tetiba*

kikikikiii..

cinta said... [Balasan]

Pagi ni dia dh boleh sebut. Tapi bkn bas. Dia sebut ba.

At least dia tahu bezakan gambar bumi dgn gmbar bola. Boleh lah..