Friday, June 10, 2016

Langit Tanpa Bintang

Masa duk kampung dulu-dulu pandang langit nampak bintang bertaburan.

Bintang tiga beradik sekejap je dapat cari. Alnitak, alnilam, mintaka nampak jelas.

Tengok lagi lama in sha Allah boleh nampak betelguese dan rigel. Itu pun kalau langit takde awan dan malam betul-betul gelap. Belatrix dan saif kalau rajin lagi tenung langit lama-lama dan nasib baik muncullah dia.

Tapi semenjak duk sini aku tak pernah nampak bintang. Malam pun langit nampak cerah.

Mungkin silau dek  lampu-lampu.

Kesian orang KL dan orang-orang sekitar.

8 comments:

Atie Yusof said... [Balasan]

Nampak lampu bangunan berkerlipan ja bila duk KL..hihi.. kg mmg the best, tambah2 bila waktu malam..
Leng Chai puasa dok???hihihi

cinta said... [Balasan]

Org kl kena pkai teropong. Tp salah teropong nanti terteropong rumah peah la pulak..
leng chai sahur kol 9pg. Berbuka tgh hari. Petang dah moreh. Hehe.

Manusia Berubah said... [Balasan]

apa ke benda tu semua..?? tak pernah tahu pun..
nama-nama bintang ke tu..

ermmm..

aku tahu Bintang Hati je.. lagu amy mastura.. kehh kehh kehhh.. :)

cinta said... [Balasan]

Nama2 tu aku gugel. Keh3.

Dulu2 tgk je tanpa nama, yg 3 tu tali pinggang dia, yg bintang tinggi sikit sebelah kiri tu bahu kanan dia, yg terang sebelah kanan bawah tu skirt dia. Lepas tu gelak sebab konon gagah perkasa tapi pakai skirt :p

skrg leng chai yg cerita. Kata dia betelguese tu bintang merah yg dh nk meletup. Nanti jd supernova. Pastu nanti jd black hole (si leng chai sebut hool), jd bintang baru jd nebula.

ewanthology said... [Balasan]

banyak asap kenderaan dan asap kilang....tu yg tak nampak bintang

Fendi Rocka said... [Balasan]

kami ada ICT..pokok2 pun berlampu

cinta said... [Balasan]

Adoi kesian.. tetiba rasa nk blk kg.

cinta said... [Balasan]

Pandang pokok lampu2 je lah.