Monday, September 26, 2016

Jangek

Tinggal tulang. Isi habis dikikis.

Leftover. Simpan dulu. Nanti panaskan balik.

Jangek masak lemak cili padi - lauk Minang yang bagi aku eksotik. Sama eksotik dengan gulai kulit lembu masakan Jawa.

Masak dengan bacang. Lopeh makan ni kompom ekau buleh speaking nogori. Hehe.

Itu hari tengok macamana mak mertua dan pak mertua proses jangek ni. Tapi tak sempat nak snap gambar. Biasa lah, berkejar dengan budak-budak bertuah mana sempat nak buat dokumentari.

Itu hari pun tengok cara proses kepala kambing untuk buat kari kepala kambing pun tak sempat nak snap satu gambar pun. Tau-tau kari dah masak.

Jangek ni diproses daripada kaki lembu. Bakar dia, pakai torch, pastu belah sekitar sendi dan potong tendon dan ligamen, lepas tu rebus dulu kasi empuk, lepas tu baru lah boleh gulaikan dia. Selalunya gulai dengan bacang.

Lain kali singgah kedai minang bolehlah cuba lauk ni kalau ada. Kalau ada la. Rare ni.

3 comments:

julie shahril said... [Balasan]

ok...ini mmg makanan kategori pelik...
perut lembu pun kita tak makan...apatah lagi jangek..
erkk..ada nama lain ke jangek ni?

cinta said... [Balasan]

Haha. Nama jangek tu tak best eh? Kat kelantan ada kuih taik itik sampai hari ni tak tukar XD

julie shahril said... [Balasan]

bkn tak best, tapi kdg2 lain negeri sebut nama lain tp bendanya sama. kuih taik itik tu hanya ada di kelantan (asal dari sana), so mmg akan kekal lah nama tu smpai bila2. cucur badak yg takde badak tu pun rmai org suka dan masih kekal namanye begitu..hehe.