Saturday, September 24, 2016

Mereka Lelaki yang Lemah

Seumur hidup korang pernah jumpa tak lelaki yang jenis lepas makan tinggal pinggan kat meja makan?

Aku pernah.

Aku selalu perhati ada sorang dua ni dah jadi tabiat.

Lepas makan tinggal pinggan kat meja makan lepas tu melenggang basuh tangan kat sinki.

Aku rasa seumur hidup aku angkut pinggan mangkuk dari meja makan ke sinki tak pernah pulak tangan aku patah ke terkehel ke.

Sebab tu bila aku bangun pagi dan tengok ada pinggan bersih di rak pinggan, yang aku tau aku tak cuci pun malam tu, aku rasa bersyukur sangat sebab itu maksudnya laki aku seorang lelaki yang perkasa (err.. melampau ke ayat perkasa tu?).

4 comments:

Fendi Rocka said... [Balasan]

isteri je yang tahu laki dia perkasa ke tak

cinta said... [Balasan]

Tp kalau nk kenal lelaki yg lemah org lain tengok pn boleh tau.

julie shahril said... [Balasan]

at least kalau malas basuh pun, angkat la pinggan letak dlm singki...tu pun dah kira bagus, tapi kalau rajin nk basuh...alhamdulillah...maknanya pandai mak dia ajar anak lelaki buat keje dapur2 sket2

cinta said... [Balasan]

Kan.. bukan suruh basuh pinggan basuh periuk basuh kuali pun.
Tp ada jgk yg maknya dh bebuih mulut ajar tp dh besar ada bini bagi bini buat semua :p