Friday, September 23, 2016

Pizza Ekonomi

Cepat disediakan. Senang dimakan.

Kadang-kadang tekak tak nak makan nasi. Atau mungkin nak jimatkan masa untuk urusan lain, atau mungkin saja-saja nak rasa macam orang Itali.

Jadi bolehlah sekali-sekala buat piza untuk makan malam. Untuk sarapan pun ok apa.

Dalam entri dulu dah pernah cerita tapi memandangkan yang kali ni lebih menyerlah kepizzaannya nak publish lah lagi sekali. Saja ngengada..

Nak jenguk entri dulu boleh klik sini

Tak reti nak buat base pizza? Takpe, guna aje apa bahan yang ada.

Guna tortilla nanti jadilah ala new york crust (konon). Guna roti nan jadilah piza mamak kot. Hehe. Paling koman guna roti sandwich. Yang ni kalau takde juga tak tau lah nak kata apa.

Bahan2:
-2 keping tortilla (sebagai base)
-puri tomato
-keju parut
-daging kisar (masak sekejap dalam kuali tanpa minyak)
-bawang besar (hiris)
-timun jeruk (hiris)
-cendawan butang (hiris)

Cara2:
1- Tabur keju atas tortilla.
2- Lapis satu lagi tortilla atas tortilla yang dah tabur keju.
3- Sapu puri tomato tortilla lapisan atas.
4- Tabur keju parut.
5- Tabur daging dan semua bahan-bahan yang dah hiris.
6- Masukkan dalam oven yang dah preheat 200 darjah celcius.
7- Bakar pada suhu 180 / 200 darjah celcius selama 5 minit.

Segala bahan-bahan tabur topping tu kalau suka boleh dikecualikan atau boleh tambah apa-apa je bahan lain atau boleh ganti dengan apa-apa je.

Macam daging tu nak ganti dengan ayam ke, timun jeruk nak ganti dengan zaitun ke, tak nak cendawan ke, nak tambah capsicum ke, sukati lah.

Kalau takde keju parut boleh je guna keju slice yang selalu kita letak dalam sandwich tu. Tapi kalau pakai yang ni kurangkan waktu bakar kepada 4 atau 3 minit.

Pendek kata sukatilah nak buat camana pun janji boleh telan. Eheh.

Oh ya, maaflah ye tak snap gambar. Sebab takde niat pulak nak share. Dah kenyang baru rasa nak show off.

Selamat mencuba!

4 comments:

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Instead of tomato puree, aku guna Kimball spaghetti souce, dah ada spices...hehe

Fendi Rocka said... [Balasan]

1300-888-333

cinta said... [Balasan]

Pandainya...

cinta said... [Balasan]

Siapkan duit.