Sunday, September 11, 2016

World#QuranHour


Seingat aku bila aku solat dan anak-anak datang kacau - duduk atas riba, lalu lalang depan sambil nyanyi, tunggang belakang, gelongsor atas belakang masa aku sujud, peluk aku masa qiam, etc. tak pernah pulak bacaan dalam solat aku terganggu.

Tapi bila aku solat dan dengar orang mengaji dengan kuat fokus aku akan terganggu.

Subuh pagi tadi bacaan tahiyat akhir aku kena ulang sebab terganggu dengar suara mak cik yang mengaji dengan suara yang kuat.

Tapi tak boleh nak salahkan dia sebab dah umur macam tu pendengaran dia pun dah bermasalah dan memang normallah orang yang ada masalah pendengaran suaranya agak kuat.

Tapi untuk kita-kita yang masih sihat, silalah mengaji dengan volume suara yang berpatutan. Mana tau ada orang yang tengah solat ke, baby tengah tidur ke. Melainkan tengah mengaji kat pentas tilawah itu lain lah cerita.

Lagipun volume suara yang kuat tu takde lah menjadikan pahala tu bertambah ye dak.


6 comments:

Nizam.Ariff said... [Balasan]

Takpe...kita sangka baik2 je... dia baca kuat sbb nk kembangkan shi'ar Islam juga kut..

Fendi Rocka said... [Balasan]

tertelan mikrofon kut #bersangkabaik

Fendi Rocka said... [Balasan]

Blogger cinta said...
Blk kol 4?
ada kerja kosong tak?



Blogger Fendi Rocka said...
cinta, balik pukul 4 bermaksud datang awal dan kerja bukan sedikit.haha mau? nak kerja yang balik pukul 11 pagi pun ada, tapi datangnya masa orang enak beradu.

cinta said... [Balasan]

Mungkin juga nk kejutkan sapa2 yg blm bgn subuh.

cinta said... [Balasan]

Baik sgt sangkaan tuh. Kih3.

cinta said... [Balasan]

Dtg awal.. hmm.. takpelah tima kasih. Hehe.