kredit : google image |
Hampir dua puluh tahun dulu aku hantar projek jahitan aku untuk dinilai dan cikgu kemahiran hidup dengan pandangan sinis kata aku upah tukang jahit. Mungkin sebab jahitan yang sebegitu kemas yang aku sendiri pun sangat puas hati walaupun jahit pakai mesin jahit yang macam dalam gambar tu.
Walaupun sedikit bengang (er banyak juga bengang sebenarnya) dengan prasangka cikgu tapi sebagai murid yang hormat cikgu aku cuba pujuk hati dan anggap itu sebagai satu pujian.
Ye la, baru 14 tahun tapi jahitan nampak macam pro (ehem, sesekali puji diri sniri). Lagipun cikgu pun manusia. Aku budak hingusan. Mana cikgu nak percaya aku boleh buat tahap macam tu.
Tapi kan tetiba teringat cerita lama ni apekehel?
Sebabnya makin lama aku makin rindu nak pegang mesin jahit lebih-lebih lagi bila tengok banyak baju-baju lama yang masih elok tersimpan dalam kotak dan aku rasa kalau aku alter jadi baju si leng lui itu mesti cun. Lagipun aku memang jenis jarang pakai baju kurung. Tahap boleh kira dengan jari berapa kali pakai baju kurung dalam setahun.
Lagipun tahun depan dah nak tambah ahli baru lagi. Kalau nak raya nanti bolehlah jahit sendiri baju anak-anak kan kan kan. Wah wah wah tinggi betul cita-cita kau mak cik.
Dan aku dah ushar model mesin jahit idaman hati. Yang simple je dan mampu milik. Walaupun yang mampu milik pun bagi aku mahal juga :p. Tapi takpe, alah membeli menang memakai. Kan kan kan.
Sekarang tengah plan nak menabung. 50 hengget sebulan. Target aku hujung tahun depan kalau ada rezeki dan panjang umur bolehlah aku kembali kepada kegeraman di zaman muda. Bolehlah rasa muda balik kot. Ahaks.
4 comments:
aku faham bengang pesen ni, 15 tahun lepas aku pun pernah merasa bengang pesan gini, time tu aku masuk pertandingan menulis cerpen, selepas seminggu cikgu dtg kelas aku tanya ada copy dari internet tak.bengang banyak aku.
Kan..
huh lepas seminggu baru tanya. Agaknya cikgu tu dah puas gugel tp xdpt.
lejen mesin jahit ni..tahan lama plk tu
Xpayah pakai letrik. Best.
Post a Comment