Semalam cuti.
Kelmarin cuti.
Hari ni kerja. Ahh... bolehlah rehat lunch time nanti.
Betul. Cuti itu lebih penat daripada masuk kerja. Tapi aku tetap sukakan cuti. Berkhidmat untuk orang-orang tersayang.
Wednesday, November 30, 2016
Monday, November 28, 2016
Kasut Sekolah Generasi Baru
Di zaman segala barang serba mahal dan bercukai, bila nampak kasut sekolah harga bawah RM 10 seperti kena jackpot.
Kat Giant ada kasut sekolah RM 5. Kat AEON Big ada kasut sekolah kanvas RM 7.90. Kat AEON Big tu juga ada kasut sekolah getah ala crocs RM 3.
Disebabkan bajet yang sangat sangat ketat aku belikan kasut sekolah kanvas RM 7.90 untuk dak leng lui. Sayangnya saiznya susah nak jumpa. Setelah berusaha menggali akhirnya jumpa dua pasang. Bolehlah..
Nampak leng lui gembira dapat kasut sekolah putih aku pulak yang rasa macam sedih. Sebab masa aku sekolah dulu kasut sekolah aku jauh lebih baik daripada ni. Huhu.
Wednesday, November 23, 2016
Gatal
Budak ini malam tadi asyik gatal-gatal tergaru-garu sana sini. Garu badan garu kepala.
Bila aku tanya kenapa gatal ni dia dengan sungguh konfiden tapi muka berkerut jawab,
"Tutu.." (kutu).
Hmm.. Aku tak rasa kepala pesen rambut macam ni sesuai sebagai habitat kutu rambut.
Tuesday, November 22, 2016
Pemimpin Buruk Pe'el
Akhir-akhir ni aku makin muak dengan pe'el sesetengah mereka yang bergelar pemimpin.
Terutama mereka yang nampak sangat macam budak-budak hingusan yang bila naik angin je bahasanya mula lah keluar ayat caci maki yang tak sepatutnya disebut oleh orang yang bergelar pemimpin. Pemimpin seharusnya berketerampilan. Seharusnya macam orang. Bukan macam ... (isi sendiri tempat kosong).
Bila mereka mula menghina orang dengan perkataan 'haram jadah' (dah tu hidung berdarah), hina surname 'Kok' (tapi kat kepala pakai songkok), ugut nak sembelih orang, ugut bunuh, hina dengan nada berbunyi sexist, kurang ajar dengan perempuan, dan lagi dan lagi dan lagi, serius aku rasa marah walaupun orang yang mereka hina itu bukanlah orang-orang kegemaran aku.
Tak suka dah lah, nak hina nak caci buat apa. Caci maki bukan boleh buat martabat kau naik setinggi gunung pun. Kau tak perasan bila kau caci orang kau nampak sungguh bodoh. Sungguh sengal. Sungguh ... er sial. Maaf, tak bermaksud nak maki tapi perkataan itu nampak sangat tepat digunakan di sini.
Sebab apa sial? Sebab bila kau caci maki orang yang mana agama kita larang, kau memburukkan agama dan bangsa. Reti?
Ah sudahlah. Aku leter panjang-panjang pun bukan boleh ubah pe'el diorang ni.
Aku ada satu lagu nasihat untuk diorang yang KONONNYA pemimpin yang membela Melayu dan Islam.
Harap dihadam segala nasihat.
Siti Nurhaliza - Kurik Kundi
Nak berkabar tingginya budi kita ya tuan
Nak berkisah kaya tutur bicara
Kalau tinggi untung jadi bintang
Kalau rendah masih jadi intan
Teratak mahligai bak dipayung teduhnya
Bila budi melingkar anak asuhan
Adat yang lama berbudi berbahasa
Akar kehidupannya
Chorus
Yang kurik kundi yang merah saga
Baik budi indahlah bahasa
Pantun lama tinggi kiasannya
Berpantun seloka sambil menari canggung
Serentak melangkah rentak timur diarak
Gurau senda sopannya dijaga
Sepakat makin kukuh terikat
(Pulau Pinang)
Hang dok pi hang dok mai
Lagu tu lagu mana
Pi sini pi sana depa menghela sakan
Awatlah dok kalut megah condong ke barat
Mai kita
Pakat tarik ramai-ramai
Biar ke timur condongnya
Ulang *
(Perak)
Ada O ada E
Bunyinya tidaklah serupa
Erti tidak berbeza
Betui yong betui sungguh
Betui ape di kate
Selembut tarian hoi
Nak muda berlotah
Tutur bahasanya
Maghi yop maghilah yong
Maghi kita memikio
Parit dengan Kuala
Cakap tidak serupe
Dihitung beratus-ratus bilangan
Digali beratus-ratus terpendam
Di lubuk yang mana
Tak terjangkau ingatan
Makin dibongkar
Makin banyak yang terpendam
Di sini ibunya
Tersurat kurik itulah kundi
Tertulis merah itulah saga
Saga dalam lagu pada indah syairnya
Kundi dalam tarian
Indah lenggok tarinya
Aduhai indahnya
(Negeri Sembilan)
Mana usang diperbahrui
Mana lapok hai dikajangi
Mana elok dipakai ondeh dipakai
Kalau singkat cantik manis
Disambungkan
Kalau panjang cantik manis
Minta dikerat
Yo sungguh yo bonar
Kato sungguh dikato
Muafakat ya tuan
Ibu adat di ondeh tidak dilupa
Tak boghadat
Minum tidak bergula
Tak bobudi
Pohon tidak berbuah
Tak boghadat
Minum tidak bergula
Tak bobudi
Bagai pohon tidak berbuah
Ulang Chorus
(Terengganu)
Halus manis hai bila berkata
Hai lapik berkias molek sungguh la wei
Santun lakunya wei merendah suara
Bagai berpayung wei rasa teduhnya
( Kelantan )
Teghtek teghning oghe kito
Hok tu keno jago
Jange sapa berlete kale
Luar napok come
Jange dale habih kuca lembe
Jange dale habih kuca lembe
Luar napok come
Jange dale habih kuca lembe
(Sabah)
Membubutlah bayu
Lalu limpas siring semalu
Mengalai bagai tari sesuku
Tari sesuku
(Sarawak)
Selembut madah begitu taghi
Sek ada sakit ghasa di hati
Kamek nyambut madah tuan hulurkan
Kitak nyambut madah kamek hulurkan
Ulang *
Ulang Chorus
Sunday, November 20, 2016
Merasa Suasana Kampung di Kuala Pilah
*Untuk monambah suasano dan ponghayatan disarankan supayo bacolah entri ni sambil mendongar lagu ayam den lapeh, apo kono eh jang, atau apo-apo lagu yang soangkatan dongannyo. Sekian terimo kasih.
*****
Cerita minggu lepas. Kawan atuknya jemput ke Kuala Pilah merasa suasana kampung. Peluang tak disia-siakan. Setuju aje. Si leng chai itu paling teruja bila tahu ada aktiviti menangkap ikan.
Gerak pagi-pagi dari rumah atuknya kat Seremban singgah sarapan di pasar sehari kat Tanjung. Disebabkan semua cucu-cucu atuk pakai kasut lawa lepas sarapan atuk belanja selipar. Takkan turun sungai pakai kasut sukan dan kasut lip lap lip lap ye dak.
Gumbira cucu-cucu atuk dapat selipar baru. Baru diorang tahu kat pasar bukan je ada jual ikan, tapi selipar, baju, mainan, jam tangan, macam-macam pun ada.
Dalam perjalanan boleh tengok banyak rumah kampung, tengok kerbau, kambing, sawah padi. Dak kecit hensem tu nampak kambing dia buat bunyi bek.. nampak kerbau dia buat bunyi mooo.. Dan mama pun kena layan sama mengembek.
Leng lui nampak kambing. Dog katanya. Adui. Teringat masa dia kecik dulu pun dia panggil dog kat kambing. Dah besar ni takkan tak kenal lagi nak oi..
Ini lah rumah nya. Kampung Beting. |
Tiga kanak-kanak riang bukan main teruja pertama kali jejak rumah design macam ni dan ada lantai kayu.
Siap melompat-lompat atas rumah nak dengar bunyi lantai papan.
Si leng chai itu dah tak boleh kawal lagi. Masuk pintu dapur keluar pintu depan, lari-lari terjun tangga, lari-lari kat laman nan luas yang rumputnya baru dipotong ditemani rama-rama, latar belakang pokok-pokok durian dan manggis dengan efek bunyi unggas dan aliran sungai. Wah..
Nasib baik dia tak terjun tingkap.
Kanak-kanak riang teruja lepak kat tangga. Mula-mula nampak tangga diorang dah wah... |
Kat tepi rumah ada anak sungai. Bolehlah budak-budak yang tak pernah jumpa sungai main-main air.
Dak kecit yang sorang tu takut nak cecah kaki kat air. Mungkin sebab nampak air tu mengalir ikut arus.
Si leng chai dah tak tahan akhirnya dia berkubang dalam air cetek tu. Dia sorang yang basah satu badan.
Atot... kata dak kecit tu. |
Macam biasa dak leng chai itu banyak persoalan yang bersarang di mindanya. Mula-mula jejak kaki masuk air dia tanya nenek dalam sungai ada ikan jaws tak?
Dalam sungai mana ada jaws kata kakaknya. Belum habis akaknya bagi penerangan habitat jerung dia tanya soalan nombor dua - buaya ada tak?
Oi mulut jangan celupar! Laju aje papanya sound. Heheh.
Selesai aktiviti sungai balik makan tengah hari lauk tema nogori - gulai lomak cili padi daging salai, gulai lomak cili padi cendawan kukur, gulai lomak cili padi pucuk paku, ikan sungai goreng (lupa lak spesis apa), sup sayur (nama daun tu pun lupa. Rare), dan telur dadar.
Dah solat, rehat, minum petang, pukul 4 ptg pack barang gi melawat kawan atuknya yang ada bela rusa.
Tujuan atuk nenek nak melawat kawan, tujuan cucu-cucu nak melawat rusa.
Sampai je lepas salam mukaddimah bagai cepat je si leng chai tanya rusa mana? Adeh. Dia memang tak reti nak menyembunyikan keterujaan.
Lepas tu tuan rumah bagi roti untuk bagi rusa makan. Leng chai pandang roti. Lepas tu dia mintak nak makan roti. Macam-macam betul budak yang sorang ni.
Leng chai pandang rusa makan roti. Sedap pulak nampak roti tu. |
Lepas tengok cara-cara bagi rusa makan dua kanak-kanak riang tak nak bagi makan kat mulut rusa. Geli katanya. Takut rusa tu jilat tangan. Akhirnya diorang campak roti jauh-jauh macam bagi ayam makan. Oi nak..
Aloo, sini ada roti meh la makan. |
Nampak tak kat belakang ada budak ketiduran. Macam ni punya tidur kot bunyi bom pun tak sedar. |
Rusa ni yang sekor namanya Abang, yang lagi sekor namanya Nyet Nyet. |
Dulu ada empat ekor rusa kata tuan rusa. Satu hari tuan rusa masuk hospital ada komplikasi jantung dan paru-paru.
20 saat degupan jantung dah berhenti. Keliling dah pakat-pakat baca yasin. Doktor pakai benda yang ada renjatan letrik tu. Alhamdulillah panjang lagi umur.
Tapi kat rumah dua ekor rusa jantan kebetulan tiba-tiba sakit tenat. Lepas tuannya balik yang seekor mati yang lagi seekor sempat disembelih. Tinggallah Abang dan Nyet Nyet.
Selesai aktiviti berpiknik kat rumah kawan atuknya dengan juadah pengat durian, roti, cekodok pisang, air oren, kopi, kentang, dan nugget (betul macam piknik. Terharu dengan layanan tuan rumah), gerak balik Seremban lalu jalan lama Serenban-Pilah ikut Bukit Putus.
Tengah-tengah bukit tu ada segerombolan monyet menunggu ehsan pemandu yang nak hulur roti ke pisang ke kfc ke.
Malamnya gerak balik Ampang. Esok hari nak kojo.
Hari esoknya baru tahu masa kitorang menikmati kedamaian kampung ada kekalutan dan insiden pinochio berdarah hidung di Ampang Point. Keh3. Ah gasak koranglah. Kitorang tak suka gaduh-gaduh.
Semoga semua diberikan hidayah dan cintakan kedamaian. Amin.
Thursday, November 17, 2016
Comel ke..
Bulan lepas timbang berat 52.5 kg. Minggu lepas timbang dah naik 53 kg.
Sekali masa scan doktor kata berat baby dah 1kg berbanding last check up 600g.
Maknanya dia menyumbang 400g kenaikan berat.
Aku baru je nak rasa comel. Alang-alang jalan pun dah macam penguin 😋
Sekali masa scan doktor kata berat baby dah 1kg berbanding last check up 600g.
Maknanya dia menyumbang 400g kenaikan berat.
Aku baru je nak rasa comel. Alang-alang jalan pun dah macam penguin 😋
Wednesday, November 16, 2016
Kalu Putih Jange Demo Duk Ghoyak Itey
Come demo ghoya' come
Pute jange ghoya' ite
Dari dio kito date
Pado dio kito pule
Come demo ghoya' come
Pute jange ghoya' ite
Atah namo kebenare
Biar pait keno tele
Dari dio kito date weh
Pado dio kito pule
Dio tak suruh benci oghe
Jange kito kecek sumbe
Masakan anak tangga lebih dari lantai rumah
Ada yang tak kena tegurlah dengan berhemah
Carilah kita fikir dalam jaga dalam tidur
Bukan sekadar berdikir dalam indah hala timur
Hai langit luar terbentang di mana tegak tiangnya
( Fikirkanlah)
Hai siang bertukar malam siapa yang mengaturnya
( Fikirkanlah)
Lihat ikan di sungai dan di lautan
Entah bilakah tidurnya
Lihat burung yang boleh terbang ke awan
Entah apalah sebabnya
Bulan bintang di mana punca cahaya
Siapa menentukannya
Di dunia ini kita dilahirkan
Entah bila pula perginya
Kita cari kita fikir
Dalam jaga dalam tidur
Bukan sekadar berfikir
Kalu gitu gak, hala timurlah awe weh
(Yolah...)
Tuesday, November 15, 2016
Bulan Ditutup Awan
Imej: Google |
Wahai janji setia sudah diucapkan
Aduh kata bersumpah telah ku padukan
Kini engkau pergi jauh membawa diri
Tinggal daku seorang dalam sunyi sepi
Nun bulan ditutup awan
Terkenang hati bertambah rawan
Wahai jikalau ku tahu janji mu palsu
Tentu tidak ku turut sedari dahulu
Wahai janji setia sudah diucapkan
Aduh kata bersumpah telah ku padukan
Kini engkau pergi jauh membawa diri
Tinggal daku seorang dalam sunyi sepi
Nun bulan ditutup awan
Terkenang hati bertambah rawan
Wahai jikalau ku tahu janji mu palsu
Tentu tidak ku turut sedari dahulu
(Rokiah Wanda - Bulan ditutup awan)
***
Apa kes lagu cenggini pagi-pagi? Malam tadi bulan malu-malu sembunyi di balik awan. Hati tak rawan tapi. Lalala.
Monday, November 14, 2016
Thursday, November 10, 2016
Bukan Rusuhan
Ini bukan rusuhan baju kelabu. Ini proses pemasangan semula. |
"Mama, abang yang buat, ai dono" |
Niat di hati nak merehatkan badan dan minda di hari minggu. Taktiknya kalau anak-anak tidur siang mama pun boleh tidur dengan aman damai.
Mula-mula semua baring. Tapi saat mama hampir terlena tiba-tiba kedengaran bunyi kletung kletang kletung kletang.
Mama buat-buat tak tahu. Masih baring dan pejam mata tapi dahi berkerut juga.
Setelah sekian lama kletung kletang dan mama cuma mampu tidur-tidur ayam mama buka mata dan kelihatan lah sejenis seprais yang baru dicipta anak-anak mama.
Rupa-rupanya dua orang ni tak tidur siang pun.
Rupanya kletung kletang itu bunyi cubaan mencerai-beraikan anggota-anggota kerusi. Ya semua anggotanya berjaya diceraikan.
Mama pandang dengan pandangan memberi amaran, "pasang balik". Pendek je titah mama.
Tersengih-sengih si leng chai itu pasang balik. Macam seronok main puzzle agaknya.
Sekarang adiknya tahu yang kerusi-kerusi tu boleh diceraikan. Nanti tak mustahil dia akan cuba kat benda lain pula. Bolehlah siap sedia untuk melihat seprais yang lain nanti.
Cita-cita Saya
Dia suka tengok rancangan masak-masak. Dia suka Anna Olson ajar baking. Dia suka Asia Food Channel. Tapi rancangan makan-makan tanpa masak-masak dia tak minat.
Dulu dia pernah tanya mama orang yang kerja masak-masak tu dipanggil apa. Mama kata itu chef.
Sampai hari ni dia kata nanti dah besar nak jadi chef.
Satu hari balik sekolah dia tanya mama kenapa bila dia kata dia nak jadi chef cikgu dia ketawa dan kata nanti jangan lupa cikgu. Hehe. Mama kata cikgu suka ada murid dia nak jadi chef nanti dah besar masak sedap-sedap bagi la cikgu rasa. Gitu.. lebar dia sengih.
Malangnya mama dia tak pandai baking. Eheh. Masak lauk-pauk mama ok. Masakan melayu ke, cina ke, india ke mama boleh cuba tapi baking kek mama surrender.
Minggu lepas mama cuba buat kek. Hasilnya, hahadoi. Bagi mama kalau naik jadilah tu. Tapi tekstur macam apam. Rasa tak tau nak cakap lah sebab mama tak suka manis dan rasa kek sungguh tawar. Ngeh..
Jadi untuk cover kegagalan kek yang tak menjadi mama letak topping nutella. Akhirnya semua orang habiskan kek dan tak sedar pun kek tu tak sedap pun sebenarnya. Yay..
Tapi kan, budak yang nak jadi chef ni boleh perasan pulak. Dia tanya kenapa kek mama rasa pelik? Adoiyai..
Wednesday, November 9, 2016
This Is Not The Ending. It Is A Beginning.
Sabtu lepas princess mama yang sorang ni secara rasminya tamat pengajian di 'kolej' beliau.
Pagi-pagi kejutkan dia cakap hari ni school concert cepat aje dia bangun. Takde nak geliat nak yoga dulu atas katil.
Tapi si leng chai itu yang bangun dulu. Dah selesai mandi baru kejutkan dak leng lui ni.
Sampai Muzium Negara snap gambar dulu. Leng chai macam biasa memang suka buat muka pelik untuk menyembunyikan hensem terlampaunya takut ramai berkenan nak buat menantu. |
Tema hari tu ialah Arabian Night walaupun acara berlangsung di siang bolong. Jadi pakailah pakaian yang konon-konon ada unsur kearaban sikit. Kasut incek papa memang sesuai untuk berjalan-jalan di padang pasir atau menunggang unta. Hehe.
Dalam auditorium. Snap gambar dari jauh je. Nampak si leng lui tengah betulkan topi konvo. |
Perarakan graduan turun ke pentas diiringi irama muzik gamelan aku rekod videonya tapi tak snap gambar sebab kalau snap pun memang tak nampak barisan graduan. Dalam video pun nampak topi je bergerak turun.
Sampai sini je aku mampu snap gambar. Gambar dan video persembahan semua tak dapat ambil sebab ada rampasan kuasa ke atas hak milik henpon. Bos kecik nak tengok youtube. Pasrah.
Leng lui dan leng chai dua-dua tak dapat nombor. Hehe. Tapi leng chai dapat award The Most Outstanding. Tak dapat dipastikan macamana kriteria untuk kategori ni. Hmm.. Dapat hadiah medal dan buku cerita berjudul Moti Sakit Gigi.
Leng chai buat persembahan sketsa Abrahah menyerang Mekah. Masa kat rumah mama bacakan surah al Fil sambil terjemahkan dan matanya bulat bersinar-sinar "wah, macam mana mama boleh tahu?" Hehe.
Apa-apa pun tahniah untuk semua warga tadika dan jutaan penghargaan untuk cikgu-cikgu dan staf atas segala penat lelah, kesabaran, ilmu dan kasih sayang dalam menjaga dan mendidik anak-anak tadika ni.
Thursday, November 3, 2016
Tax Relief for Lifestyle
(e) Purchase of diaper n formula for babies n toddlers.
(f) Kindergarten/nursery/daycare fee.
Wednesday, November 2, 2016
Who Are You Trying to Fool?
Pada tahun 2014 dia pernah kata,
"Kita bukan menaikkan harga minyak, kita mengurangkan subsidi. Ada bezanya. Maknanya, kita tak sengaja menaikkan harga minyak.."
Kata-kata ini masih sah digunapakai untuk tahun ini. Harap maklum.
"Kita bukan menaikkan harga minyak, kita mengurangkan subsidi. Ada bezanya. Maknanya, kita tak sengaja menaikkan harga minyak.."
Kata-kata ini masih sah digunapakai untuk tahun ini. Harap maklum.
Tuesday, November 1, 2016
Berita Baik Hari Ini
Akhirnya tiada berita baik.
Bagai Menatang Minyak yang ... (isikan tempat kosong)
Malam ni, pagi esok, dan dalam beberapa hari ni orang akan hangat bercerita pasal kenaikan harga minyak masak (walaupun petrol dan diesel pun khabarnya naik harga juga).
Beberapa hari ni memang ketara rak-rak minyak masak di pasaraya dan kedai-kedai runcit licin.
Baru petang tadi aku round tiga kedai cari minyak masak. Rak kosong. Akhirnya jumpa minyak vesawit 1kg. Jadi lah..
Jadi, selamat menempuh hari baru, cabaran baru, dan jangan lupa rancangkan menu baru yang kurang minyak.
Nasib baik kereta tak pakai minyak sawit :p
Beberapa hari ni memang ketara rak-rak minyak masak di pasaraya dan kedai-kedai runcit licin.
Baru petang tadi aku round tiga kedai cari minyak masak. Rak kosong. Akhirnya jumpa minyak vesawit 1kg. Jadi lah..
Jadi, selamat menempuh hari baru, cabaran baru, dan jangan lupa rancangkan menu baru yang kurang minyak.
Nasib baik kereta tak pakai minyak sawit :p
Subscribe to:
Posts (Atom)